Direct Lending
3 Tempat Menarik Untuk Dilawati Dengan Bajet Kurang Daripada RM1,500

3 Destinati Percutian Menarik Dengan Bajet Bawah RM1,500

Anda masih boleh melancong ke luar negara tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi walaupun sedang berkira-kira dengan bajet anda. Di sini kami senaraikan 3 bandar yang berbaloi untuk anda lawati dengan bajet kurang daripada RM1,500.

1. ANGKOR, KEMBOJA

Angkor Cambodia

Terletak berdekatan dengan Bandar Siem Reap, Angkor merupakan tempat pelancongan paling terkenal di dunia. Ia merupakan kawasan prasejarah yang terpelihara dan terdiri daripada banyak kuil. Dengan hanya pas lawatan sehari, anda boleh masuk ke situ bermula dari pukul 5 petang sehari sebelumnya untuk melihat keindahan matahari terbenam dan menghabiskan masa sebanyak mana yang anda mahu pada hari berikutnya. Anda boleh menyewa ‘tuk-tuk’ (treler yang ditarik oleh motosikal) untuk bersiar-siar di kawasan persekitaran tersebut kerana ianya sangat luas. Sesetengah orang menghabiskan 2 atau 3 hari di Angkor tetapi anda boleh melihat banyak perkara hanya dalam satu hari. Kuil yang paling terkenal ialah Angkor Wat (kuil utama dan terbesar), Angkor Thom, Bayon dan Ta Phrom (pembikinan filem Tomb Raider dilakukan di sini). Musim kering selalunya bermula pada November hingga Mac.

Taraf hotel di Siem Reap terdiri daripada hotel murah hingga ke kelas pertama. Harga makanan adalah murah tetapi kebanyakan barangan dijual dalam dolar Amerika (USD). Oleh itu, lebih bagus jika anda membawa barangan anda sebelum tiba di sana.

Di bawah merupakan anggaran kos untuk lawatan 4 hari 3 malam:

Tiket penerbangan dan hotel bertaraf sederhana daripada AirAsiaGo, KL – Siem Reap –          RM600
 Pengangkutan – tuk-tuk untuk membawa anda melawat sekitara Angkor per hari –          RM60
Pengangkutan – teksi antara lapangan terbang dan bandar (2 sesi) –          RM60
Masuk ke Angkor – pas lawatan sehari –          RM160
Bajet per hari (RM80 x 4 hari) –          RM320
Lain-lain – cukai lapangan terbang (Siem Reap – KL) –          RM110 (bayaran 25 USD)
Kos keseluruhan –          RM1,310

2. HO CHI MINH CITY, VIETNAM

Ho Chi Minh City

Bandar Ho Chi Minh (HCMC) merupakan bandar terbesar di Vietnam. Matawang USD diterima di sini tetapi lebih murah jika anda menggunakan Vietnam Dong (VND), di mana anda boleh menukar terlebih dahulu dengan ringgit Malaysia (RM1= VND5,500). Semangkuk mi di medan selera berharga sekitar RM7-9. Makanan jalanan yang murah juga mudah didapati di mana anda boleh membeli sandwich dengan hanya beberapa ringgit. Cubalah secawan kopi kaw Vietnam, mi sup (‘pho’)  yang enak atau ‘spring rolls’ tradisional penduduk Vietnam. Sesetengah ‘spring rolls’ mempunyai inti cempedak.

Tempat yang berbaloi untuk dilawati ialah Muzium Perang yang mempamerkan banyak barangan, gambar dan cerita-cerita semasa zaman peperangan. Selain itu, mercu tanda yang lain ialah Pejabat Pos Utama, Katedral Notre Dame,  Istana Merdeka dan Rumah Opera. Anda boleh pergi ke Pasar Ben Thanh untuk tawar-menawar beg tangan tiruan, pakaian dan makanan. Kebanyakan tempat adalah mudah untuk dilawati. Gunakan separuh daripada hari anda untuk melawat Terowong Cu Chi yang terkenal yang mempunyai jarak 40km dari pekan. Di sini anda boleh melihat terowong bawah tanah yang panjang dan curam di mana para tentera Vietnam bersembunyi selama berbulan-bulan lamanya semasa peperangan.

Di bawah merupakan anggaran kos untuk lawatan 4 hari 3 malam:

Tiket penerbangan dan hotel 3 bintang daripada AirAsiaGo,  KL – HCMC –          RM500
Pengangkutan – teksi antara lapangan terbang dan bandar (2 sesi) –          RM80
Bajet per hari (RM80 x 4 hari) –          RM320
Terowong Cu Chi untuk lawatan separuh hari –          RM90
Kos keseluruhan –          RM990

3. BALI, INDONESIA

Bali

Bali merupakan tempat yang terkenal dengan pantai, pemandangan dan aktiviti membeli-belah. Penduduk Bali sangat baik hati dan kaya dengan kebudayaan serta tradisi. Kuta, Legian dan Sanur mempunyai pantai yang terkenal. Antara daya tarikan para pelancong termasuklah Tanah Lot, Kuil Uluwatu (Pura Luhur), Gunung Batur dan Ubud. Terletak di tebing yang curam, Pura Lahur merupakan satu daripada sembilan kuil Hindu yang bertujuan melindungi Bali daripada sebarang anasir jahat, manakala Tanah Lot dibina di atas batuan di laut yang jauhnya terletak lebih kurang 100m dari pesisir pantai. Ubud yang terletak di gunung sejuk terkenal dengan keunikan ukiran kayu, kraftangan, tekstil, barangan kemas dan restoran. Anda boleh mengupah pemandu yang juga boleh menjadi pemandu pelancong untuk membawa anda bersiar-siar di sekitar Bali menggunakan van mini selama 4-8 jam.

Di bawah merupakan anggaran kos seorang individu untuk lawatan 4 hari 3 malam di Kuta. Kos akan berkurangan jika melancong bersama beberapa individu lagi.

Tiket penerbangan dan hotel 3 bintang di Kuta daripada AirAsiaGo,  KL – Bali –          RM600
Pengangkutan – van mini (Bemo) antara lapangan terbang dan Kuta (2 sesi) –          RM10
Bajet per hari (RM80 x 4 hari) –          RM320
Pemandu dan van (untuk 8 jam, 2 hari – van mini boleh memuatkan sehingga 5 orang) –          RM400
Kos keseluruhan –          RM1,330

Melancong menjadi mudah sekiranya anda berjimat untuknya. Anda boleh mengasingkan sejumlah kecil wang setiap bulan sebagai ‘dana pelancongan’ supaya dapat menampung kos pelancongan di mana-mana  tempat yang anda ingini setiap tahun.  Jika anda memerlukan apa-apa bantuan kewangan untuk merancang percutian anda yang akan datang dengan keluarga, semaklah kelayakan pinjaman peribadi koperasi anda di Direct Lending platform hari ini.

Direct Lending

Add comment