Direct Lending

7 Cara Mudah Untuk Mengurangkan Perbelanjaan Perkahwinan Anda

Proses perkahwinan tradisi Melayu memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi, kerana melibatkan beberapa upacara, termasuklah pertunangan, akad nikah, persandingan dan sebagainnya.

Kebanyakan pasangan juga akan mengadakan dua majlis keramaian, satu di sebelah pengantin lelaki dan lagi satu di sebelah pengantin perempuan. Ini bermakna anda akan berbelanja lebih untuk dua majlis ini di mana ramai tetamu yang akan datang untuk makan, berborak dan selfie untuk kenangan. Akan lebih baik dan berguna jika anda berusaha menjimatkan kos dari awal lagi, dan inilah antara cadangan yang boleh anda praktikkan:

1.  Adakan majlis perkahwinan di rumah sahaja  

www.wanista.com

Terdapat banyak faedah apabila anda melangsungkan perkahwinan di rumah. Pertama, anda tidak perlu menyewa tapak majlis dan keduanya, anda boleh merancang dengan lebih baik kerana biasa dengan persekitaran dirumah. Anda tidak perlu berulang-alik ke tapak majlis dan ini dapat menjimatkan masa. Anda juga boleh menghias rumah lebih awal dan tidak perlu tergopoh gapah pada hari majlis berlangsung.

Tapak majlis boleh menelan belanja yang banyak . Satu ‘Grand Ballroom’ di hotel boleh mencecah kos sebanyak RM 10,000, Dewan Banquet lebih murah sedikit dengan kos di antara RM 5,000 ke RM 8,000 manakala dewan serbaguna seperti dewan JKKK  boleh disewa dengan kos kurang daripada RM 1,000. Bayangkanlah berapa banyak yang boleh anda berjimat dengan hanya membuat majlis di rumah yang sememangnya percuma.

2. Menggunakan khidmat katering

indiamart.com

Sekarang ini terdapat banyak perkhidmatan katering yang dijalankan oleh orang ramai. Jadi kita boleh membuat survey dengan mencari khidmat katering dengan bajet kos yang kita mampu. Dengan menggunakan perkhidmatan katering ini dapat menjimatkan masa dan kita semua dapat bergembira di hari majlis tersebut tanpa perlu kita membuat kerja untuk menghidangkan makanan dan sebagainya.

3. Hasilkan ‘Doorgift’ sendiri

kahwin.sg

Anda tidak perlu menempah cenderahati untuk tetamu anda yang diperbuat daripada seramik ataupun bahan mahal yang lain. Buatlah ‘Doorgifts’ sendiri menggunakan kad manila yang hanya berharga 30 sen sekeping. Selain itu, anda boleh membeli dari Lazarda beg kecil yang diperbuat daripada kain organza, plastik ataupun kertas dengan harga RM 11- RM25 untuk 100 keping. Jika anda ingin membeli barang perkahwinan secara pukal, anda boleh sahaja pergi ke Nilai 3 dan membeli secara pukal dengan harga yang berpatutan.

Penghasilan beberapa ratus cenderahati mungkin tidak dapat disiapkan jika anda bekerja sendiri, tetapi ianya boleh dijayakan dengan bantuan rakan-taulan dan ahli keluarga. Kita boleh meminta bantuan daripada mereka untuk membantu dalam menyiapkan ‘Doorgift’ dan ini dapat kita jimatkan masa selain dapat menjalinkan silaturahim yang erat. Anda tidak perlu menyediakan ‘Doorgift’ yang besar, bungkusan kecil yang berisi coklat, biskut atau gula-gula lebih daripada mencukupi.

4. Rancang senarai tetamu dengan teliti

sajithansar.com

Buatlah senarai tetamu dengan rapi untuk mengelakkan kos perkahwinan menjadi tinggi dan elakkan terjadinya pembaziran jika anda menjemput ramai tetamu tetapi mereka tidak memberi respons tentang kehadiran mereka. Jadi cuba untuk mendapatkan jawapan kehadiran mereka ke majlis anda nanti. Anda juga berbincanglah dengan bakal isteri atau suami anda serta ibubapa untuk mendapatkan satu senarai tetamu yang sepadan dengan bajet majlis anda.

5. Pakaian pengantin: Sewa jangan beli 

vivadea.com

Walaupun trend hari ini memerlukan anda menempah set pakaian pengantin yang baru, anda boleh saja menyewa pakaian pengantin kerana ini lebih murah berbanding menempah satu set pakaian yang baru dari tukang jahit. Lebih-lebih lagi, anda hanya akan memakai set pakaian itu sekali atau dua sahaja.  Pakaian pengantin tidak perlu terlalu mewah dengan terlalu banyak kain renda, manik, labuci dan sebagainya. Ambillah contoh Tunku Aminah dari Johor yang memakai baju kurung tradisi Johor yang sangat ‘simple’. Gaya yang ‘minimalistic’ ini mula mendapat perhatian dan semakin ramai pasangan yang memilihnya kerana lebih berpatutan dari segi kos.

6. Buatlah jemputan melalui media sosial  

www.seocial.com

Kebanyakan orang mempunyai akaun Facebook hari ini dan anda bolehlah menjemput rakan dan juga sanak-saudara dengan memulakan satu ‘event’ di Facebook. Cara ini dapat menjimatkan duit yang perlu anda belanjakan untuk kad jemputan. Events dalam Facebook juga akan memudahkan anda menjejaki siapa yang boleh hadir dan menganggarkan jumlah tetamu sebelum hari majlis.

7. Hantaran yang berpatutan

ikahwin.my

Anda tidak perlulah memberi hantaran yang terlalu banyak. Memberi lima dulang hantaran juga sudah mencukupi, dan dibalas pula oleh pengantin perempuan dengan 7 dulang. Pilihlah barangan hantaran yang praktikal, iaitu yang boleh tahan lama dan boleh digunakan oleh pasangan dalam kehidupan seharian seperti kasut, pakaian, beg kerja dan termasuklah satu naskhah Al’Qur’an.

Anda tidak perlu berlebih-lebih dan membeli barangan yang berjenama sahaja kerana pasangan anda akan lebih menghargai benda-benda yang berguna dan tahan lama. Selain itu hiasan dulang dengan menggunakan bunga palsu yang diperbuat daripada plastik atau kertas lebih murah berbanding menghias dulang dengan bunga segar.

Ingatlah, upacara perkahwinan yang gah atau mewah tidak semestinya menjaminkan hubungan yang berkekalan ke Jannah untuk suami isteri. Majlis perkahwinan yang simple boleh juga menjadi permulaan kepada kehidupan bahagia anda bersama pasangan. Jika anda memerlukan apa-apa bantuan kewangan untuk menjayakan hari yang istemewa ini, kami sedia membantu anda mencipta memori-memori yang indah.

Direct Lending

Add comment