Direct Lending

7 Matlamat Kewangan untuk Dicapai Sebelum Usia 30 Tahun

Golongan Milenial di Malaysia dikenali sebagai penyimpan berhemah. Ini adalah hasil  keputusan kaji selidik yang dikendalikan oleh VASE.AI. Namun begitu, keputusan yang diumumkan pada 29 Mei 2019 telah menunjukkan sebahagian besar daripada 1,525 responden mengakui bahawa jumlah simpanan mereka adalah kurang daripada jumlah pendapatan setahun.

Bagi yang berusia 20-an dan mempunyai kerja tetap, anda masih lagi mempunyai peluang untuk mencapai matlamat kewangan sebelum anda mencapai usia 30 tahun. Berikut adalah matlamat kewangan yang kami huraikan untuk golongan muda di Malaysia.

1. Sentiasa ada Perancangan

Gambar oleh Freepik

Apabila anda mempunyai matlamat kewangan, segalanya bermula dengan perancangan. Menyimpan tanpa perancangan adalah sia-sia. Anda akan tergoda untuk berbelanja secara berlebihan sehingga melangkaui pendapatan sendiri.

Perancangan bulanan akan bantu anda menjejaki kesemua perbelanjaan. Berikan keutamaan mengikuti urutan kepentingan setiap perbelanjaan. Lazimnya, kepentingan adalah mengikut urutan simpanan, hutang, sewa, bil, makanan dan dana kecemasan.

2. Selesaikan Hutang

Gambar oleh Jcomp

Anda akan memperoleh kebebasan kewangan jika anda bebas daripada hutang. Dahulukan penyelesaian hutang, terutamanya hutang yang mempunyai faedah tinggi. Bagi mengelakkan denda, bayar tepat pada masanya. Selain itu, sementara anda menyelesaikan hutang, anda tidak seharusnya mengumpul hutang yang baru. Penggunaan kad kredit adalah salah satu bentuk hutang juga. Elakkan atau kurangkan penggunaannya. Kalau boleh, jangan gunakannya langsung.

Selain itu, cuba elakkan daripada menggunakan wang simpanan untuk membayar hutang. Rujuk kepada rancangan kewangan anda untuk lihat di mana wang tersebut sepatutnya disalurkan. Berikan tumpuan kepada menyelesaikan hutang secepat mungkin.

3. Tiada Lagi Perbelanjaan Sia-Sia dan Mengikut Nafsu

Gambar oleh Pressfoto

Anda sedang menjalankan kawalan kewangan dengan baik jika anda boleh hentikan perbelanjaan sia-sia dan mengikut nafsu. Anda akan kurangkan simpanan dan ganggu perancangan jika anda tidak mampu perbaiki perbuatan ini.

Tanya diri anda sendiri jika perbelanjaan ini adalah keperluan atau kemahuan semata-mata. Jika anda mempunyai matlamat kewangan yang perlu direalisasikan, pembaziran dan berbelanja dengan mewah adalah merugikan. Cuba cari pilihan yang lebih murah. Dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah, anda boleh menjimatkan wang setiap masa.

4. Asingkan Wang untuk Tujuan Kecemasan

Gambar oleh Wong Sze Fei

Walaupun anda bermula dengan jumlah wang yang sedikit, itu tidak mengapa. Kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dana kecemasan yang baik adalah yang mampu menampung perbelanjaan sara hidup selama setengah tahun. Paling penting adalah anda mempunyai jaringan keselamatan untuk perkara yang tidak dijangka.

5. Bina Pendapatan Pelaburan

Gambar oleh Rawpixel

Membina pendapatan pelaburan adalah aset yang dapat menghasilkan pendapatan lalu menjalankan pelaburan terhadapnya. Mengumpul wang dalam akaun simpanan dengan faedah rendah tidak akan menggalakkan pertumbuhan wang.

Satu-satunya cara untuk mempercepatkan pertumbuhan wang adalah untuk membiarkan wang anda bekerja sendiri dengan menjana wang berlipat ganda. Contohnya, anda boleh menjana lebih wang daripada saham, sama ada menerusi dividen atau penghargaan harga. Apabila anda melabur semula dividen tersebut, anda akan sedar tentang keajaiban faedah terkumpul.

6. Simpan untuk Beli Rumah

Gambar oleh Roungroat

Sebahagian besar golongan Milenial di Malaysia mempunyai impian untuk membeli dan memiliki rumah. Ini selari dengan keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri.

Pembelian rumah adalah penggunaan wang untuk sesuatu yang berharga kerana rumah adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Sebuah rumah boleh diwariskan kepada orang tersayang pada masa hadapan. Jika anda tidak bercadang untuk menginap di rumah tersebut, anda boleh sentiasa sewakannya.

Apabila anda menjadi seorang pelabur, mimpi anda menjadi semakin besar. Anda akan memberikan tumpuan kepada barangan yang lebih berharga seperti kereta dan rumah yang lebih besar.

7. Rancang untuk Persaraan

Gambar oleh Tirachardz

Persaraan anda mungkin lambat lagi tapi lagi awal anda rancang untuk hari tua, lagi selesa kehidupan anda. Kebanyakan generasi tua yang sedang memasuki era persaraan menyesal kerana tidak menyimpan dan melabur pada waktu muda. Hidup sewaktu usia emas adalah sukar jika anda tidak mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi.

Selain itu, bergantung kepada wang pencen semata-mata bukanlah idea yang baik. Anda masih perlukan sumber kewangan lain untuk menjamin kedudukan kewangan anda pada masa hadapan.

Teruskan Berusaha

Gambar oleh Tirachardz

Tujuh matlamat ini saling berkait antara satu sama lain. Anda akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tujuh matlamat kewangan tersebut sebelum usia 30 tahun jika anda tidak mengerjakannya. Dalam kaji selidik yang dinyatakan pada awal rencana, golongan Milenial Malaysia yang berusia antara 24 sehingga 35 tahun menyimpan wang untuk mencapai tiga matlamat kewangan. Menyimpan wang sebagai dana kecemasan, membeli rumah dan membina keluarga adalah tiga kepentingan paling utama.

Matlamat yang keempat adalah penemuan yang menarik kerana itu merupakan perkara biasa terhadap golongan muda. Sebahagian besar menyimpan wang dengan baik agar boleh pergi bercuti.

Maka dengan itu, menyimpan dan melabur bagi mencapai matlamat kewangan mengikut urutan kepentingan menjadi lebih penting. Kerana hasilnya, golongan muda seharusnya memperoleh kebebasan kewangan untuk mengembara ke seluruh dunia pada usia 30 tahun.

Rencana ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan bantuan kewangan mudah, selamat dan berpatutan kepada mereka yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk mencari, mohon dan menerima bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.

Ikuti laman blog kami atau di laman Facebook untuk dapatkan petua kewangan berguna.

Direct Lending

Add comment