Direct Lending

8 Perkara untuk Ketahui Sebelum Tandatangan Kontrak Pinjaman Peribadi di Malaysia

Memohon pinjaman peribadi pada hari ini adalah mudah dan senang. Kenapa? Ini adalah kerana anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau sekuriti untuk mendapatkan tunai. Apa yang perlu anda lampirkan sebagai bukti kelayakan kredit anda adalah rekod kredit CCRIS atau CTOS yang baik serta pendapatan yang stabil.

Jadi pinjaman peribadi anda telah diluluskan. Apakah proses yang seterusnya? Tentulah proses menandatangani perjanjian. Namun, sebelum kita terus melihat perkara apakah yang anda perlu memberi perhatian yang lebih, pertama sekali kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan kontrak.

Apa itu Kontrak?

Gambar oleh Rawpixel

Kontrak adalah penerimaan tawaran oleh dua belah pihak yang telah sama-sama mempersetujuinya. Beberapa terma lain yang digunakan secara silih berganti adalah perjanjian dan akta. Sebenarnya kita terdedah kepada menandatangani kontrak setiap masa tanpa kita sedari. Sebagai contoh, dengan hanya menandakan kotak yang menyatakan “Saya Setuju” di laman web dengan sendirinya adalah satu kontrak. Untuk keterangan lanjut tentang kontrak, anda boleh rujuk  Akta Kontrak 1950.

Jika ini adalah kali pertama anda menandatangani kontrak pinjaman, kadang-kala ia boleh menjadikan anda gelisah apabila membaca beberapa istilah teknikal yang terdapat dalam kontrak. Untuk memudahkannya, kami akan memperincikan serta menekankan perkara utama yang anda perlu perhatikan dalam kontrak pinjaman peribadi anda. Adalah bijak jika anda mempertimbangkan beberapa panduan sebelum anda menurunkan tandatangan.

1. Kadar Faedah

Pertama, lihat jenis kadar faedah yang ditawarkan. Kebanyakan pinjaman peribadi di Malaysia menawarkan kadar tetap di mana kadarnya tetap dan tidak berubah. Kemudian, lihat amaun kadar faedah. Ini adalah bahagian yang menentukan berapa banyak jumlah ansuran bulanan anda.

Sebagai contoh, anda memohon pinjaman peribadi Koperasi dari Co-opbank Pertama dengan jumlah pinjaman sebanyak RM10,000 dengan kadar faedah 2.75% setahun dan 10 tahun tempoh pinjaman. Ansuran bulanan anda pula akan berjumlah lebih kurang RM96.

Kemudian, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk mempertimbangkan jika kadar yang dicadangkan bersesuaian dengan keadaan kewangan anda. Kadar faedah yang lebih tinggi akan bermaksud anda perlu membayar lebih untuk ansuran bulanan anda.

2. Cara Pembayaran Balik Pinjaman

Gambar oleh Berita Harian

Semak dengan pemberi pinjaman anda untuk melihat sama ada terdapat cara tertentu membayar balik pinjaman. Selalunya, bank fleksibel semasa menerima pembayaran. Daripada deposit tunai, pembayaran cek, pemindahan bank dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pinjaman peribadi Koperasi memerlukan peminjam untuk menetapkan pemotongan gaji bulanan secara automatik oleh ANGKASA.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman Koperasi, baca artikel ini tentang 5 cara anda perlu tahu sebelum memohon pinjaman Koperasi.

3. Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman merujuk kepada jangka masa atau tempoh masa yang diberikan kepada anda untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman. Selalunya dalam kes pinjaman peribadi di Malaysia, tempoh minimum pinjaman adalah 1 tahun (12 bulan) dan maksimum adalah 10 tahun (120 bulan).

Umur maksimum untuk memohon pinjaman peribadi adalah di bawah 60 tahun. Ini bermakna jika anda memohon pinjaman peribadi pada umur 54 tahun, tempoh pinjaman anda adalah 6 tahun. Walau bagaimanapun, sesetengah institusi kewangan telah menghadkan umur kepada 50 atau 55. Jadi, semak dengan penyedia kewangan anda mengenai perkara ini.

4. Caj Bayaran Lewat

Gambar oleh Doucefleur

Caj bayaran lewat akan dikenakan ke atas peminjam yang terlepas membuat bayaran bulanan selepas tarikh akhir. Sekali lagi, ia bergantung kepada bank masing-masing. Fi akan dikenakan ke atas pinjaman peribadi tersebut di mana selalunya dikira sebagai peratusan ke atas jumlah pinjaman yang tertunggak.

Walau bagaimanapun, bagi pinjaman peribadi Islamik, tiada terdapat pengkompaunan caj faedah bayaran lewat. Peminjam akan dikenakan caj berdasarkan baki amaun pembiayaan. Ini bermakna pinjaman peribadi Islamik mengenakan caj bayaran lewat yang lebih rendah berbanding dengan pinjaman peribadi konvensional.

Secara amnya, bagi mengelak daripada dikenakan caj penalti bayaran lewat, adalah dinasihatkan agar anda membuat pembayaran ansuran bulanan tepat mengikut masa. Ini bukan sahaja menyumbang kepada rekod kredit yang lebih sihat tetapi juga untuk mengelak daripada membayar caj tambahan.

5. Rebat

Sesetengah institusi kewangan menawarkan ‘rebat’ kepada peminjam jika dia dapat membayar penuh pinjaman peribadinya sebelum kontrak berakhir. Secara amnya, kebanyakan bank konvensional di Malaysia membuat kiraan jumlah rebat berdasarkan ‘Rule of 78’. Manakala pinjaman Islamik pula membuat kiraan berdasarkan formula ‘Ibra’. Bagi mendapat pemahaman lebih lanjut tentang bagaimana rebat pinjaman peribadi berfungsi, kami akan tunjukkan dengan menggunakan contoh kiraan seperti di bawah.

Andaikan senario adalah satu pinjaman peribadi sebanyak RM20,000 dengan tempoh pinjaman selama 60 bulan (5 tahun). Kadar faedah atau kadar keuntungan adalah 6%. Peminjam memilih untuk membuat penyelesaian awal selepas 20 bulan.

Pinjaman Peribadi KonvensionalPembiayaan Peribadi Islamik
[(n-3) x (n-2) / N(N+1)] x l[n (n+1) / N (N + 1)] x PM
n = Bilangan baki ansuran bulanan
N= Tempoh pinjaman
l = Jumlah faedah perlu dibayar

n = 60 – 20 = 40
N = 60
l = RM20,000 x 6% x 5 = 6,000
n= Bilangan baki ansuran bulanan
N= Jumlah tempoh pembiayaan
PM= Jumlah margin keuntungan

n = 60 – 20 = 40
N = 60
PM = RM20,000 x 6% x 5 = RM6,000
[(40-3) (40-2) / 60(60+1)] x 6000[40(40+1) / 60(60+1)] x 6000
Jumlah Rebat: RM2,304.92Jumlah Rebat: RM2,688.52

Sila perhatikan bahawa ini adalah contoh garis panduan umum tentang cara mengira jumlah rebat. Angka yang dinyatakan di atas hanya digunakan untuk tujuan ilustrasi semata. Sila semak dengan pengurus kewangan anda tentang jumlah rebat untuk penjelasan lebih sahih.

6. Penyelesaian Awal & Tempoh Sekatan

Pembayaran balik awal atau penyelesaian awal bermaksud peminjam menentukan untuk membayar jumlah penuh pinjaman sebelum tempoh pinjaman tamat. Caj untuk penyelesaian awal adalah berbeza untuk setiap institusi kewangan. Sebagai contoh, sesetengah bank mungkin akan mengenakan caj kepada peminjam berdasarkan peratusan tertentu terhadap baki tertunggak atau kemungkinan caj kadar tetap. Tambahan, sesetengah bank tidak mengenakan caj ke atas penyelesaian awal sama sekali. Jadi, semak dengan pengurus kewangan anda tentang perkara ini juga.

Dalam kes-kes tertentu, sesetengah kontrak pinjaman peribadi mungkin termasuk tempoh sekatan. Ini bermakna peminjam tidak dibenarkan membayar penuh pinjaman lebih awal daripada yang telah dijadualkan. Sebagai contoh, jika tempoh sekatan adalah 2 tahun, maka peminjam tidak dibenarkan menyelesaikan pinjaman peribadinya dalam jangka masa tersebut. Jika tidak, dia mungkin berhadapan dengan penalti atau fi penyelesaian awal.

7. Fi Pengendalian, Fi Pemprosesan & Duti Setem

Gambar oleh Freepik

Semak dengan pembiaya jika terdapat sebarang caj atau fi pengurusan yang terbabit. Sesetengah institusi kewangan tidak mengenakan sebarang fi pengendalian dan pemprosesan. Untuk duti setem pula caj adalah lebih kurang 0.5% ke atas pinjaman atau RM5 setiap RM1,000. Sebagai contoh, jika pinjaman anda adalah sebanyak RM10,000, maka duti setem anda adalah sebanyak RM50.

Biasanya, jika terdapat sebarang caj, jumlahnya akan ditolak daripada pinjaman tersebut. Berhati-hati apabila pemberi pinjaman meminta anda membayar fi pemprosesan pendahuluan, kemungkinan mereka ini adalah penipu. Sentiasa ingat, tiada mana-mana pemberi pinjaman yang sah akan meminta anda untuk membuat sesuatu pembayaran sebelum anda menerima pinjaman. Semak 6 tanda-tanda amaran jika pinjaman peribadi yang anda perolehi adalah satu penipuan.

Sesetengah pinjaman Koperasi juga akan mengenakan fi keahlian antara RM25 – RM30 sebulan. Amaun ini akan ditolak daripada gaji anda serta ansuran bulanan anda.

8. Insurans

Selalunya, peminjam akan mendapatkan perlindungan insurans bagi mengurangkan kegagalan membayar balik pinjaman sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) atau kematian. Insurans adalah satu cara menyediakan perlindungan untuk kedua-dua peminjam dan pemberi pinjaman.

Premium insurans dikira berdasarkan jumlah bayaran pinjaman. Biasanya, peminjam akan mengambil polisi insurans daripada penanggung insurans yang disediakan oleh pemberi pinjaman. Walau bagaimanapun, sesetengah pemberi pinjaman menawarkan fleksibiliti kepada peminjam untuk memilih penanggung insurans mereka sendiri. Sementara,  sesetengah pemberi pinjaman pula tidak mewajibkan peminjam memohon insurans memandangkan terdapat pinjaman peribadi yang berjangka pendek kurang dari 3 tahun.

Bolehkah anda berunding tentang terma pinjaman anda?

Gambar oleh Pressfoto

Bagaimana jika anda tidak bersetuju dengan terma pinjaman peribadi anda? Kebanyakan perjanjian pinjaman tidak boleh dirunding kerana ia telah dinyatakan dengan terma standard. Melainkan jika anda ingin berunding untuk menurunkan kadar faedah anda. Cuba berunding dengan pegawai pinjaman anda untuk melihat jika ada pilihan lain untuk membantu mengurangkan kadar faedah anda. Atau sama ada untuk melanjutkan tempoh pinjaman anda atau meningkatkan jumlah pinjaman.

Bandingkan & Dapatkan Tawaran Terbaik

Gambar oleh Freepik

Akhir sekali, dapatkan pemberi pinjaman yang dapat memberikan anda produk serta terma pinjaman yang sesuai dengan keperluan kewangan anda. Sebagai peringatan, walaupun pinjaman peribadi dengan kadar faedah rendah lebih meyakinkan, berhati-hati jika terdapat caj tersembunyi. Perlu diingati tentang perkara yang perlu diberi fokus yang telah kami tekankan dan jadilah seorang peminjam yang bijak.

Jika anda seorang kakitangan kerajaan dan sedang mencari bank terbaik atau pinjaman Koperasi, maka anda boleh mendapatkannya di platform – Direct Lending. Sistem pintar kami dapat membantu anda untuk mencari pinjaman peribadi paling sesuai untuk menyelesaikan keperluan kewangan anda. Kami boleh membantu anda secara percuma tanpa sebarang caj yang dikenakan!

Ikuti kami di laman Facebook dan blog untuk mendapatkan lebih tip tentang kewangan!

Direct Lending

Add comment