Direct Lending

10 Cara Berkesan Untuk Selesaikan Hutang

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 7 Mei 2017 dan dikemas kini pada 17 September 2020).

Adakah anda mempunyai longgokan hutang dan ianya seolah-olah seperti anda tidak akan dapat melangsaikannya dengan segera atau selamanya? Anda bukanlah satu-satunya individu tersebut. Kami telah menyediakan strategi yang mudah diikuti untuk membantu anda melangsaikan hutang dengan berkesan.

1. Sediakan anggaran bajet

Gambar oleh Pressfoto

Langkah pertama untuk menjelaskan hutang anda adalah dengan menyediakan belanjawan. Anda boleh menggunakan Excel atau aplikasi pengurus kewangan untuk membantu mengesan berapa banyak anda akan berbelanja dan menyimpan setiap bulan. Bertindak jujur dengan diri sendiri tentang pendapatan dan perbelanjaan anda. Dengan cara ini, anda boleh mengasingkan perbelanjaan anda dan melihat di mana anda boleh berbelanja dengan lebih atau kurang. Tetapi apa yang paling penting adalah kekal mematuhi bajet anda!

2. Bayar hutang yang paling mahal dahulu

Gambar oleh Freepik

Susun hutang anda daripada kadar faedah yang paling tinggi kepada yang rendah atau yang paling penting kepada kurang penting. Ini adalah kerana jika anda dapat membayar hutang yang mempunyai kadar faedah paling tinggi, anda dapat berjimat ke atas jumlah  faedah dalam jangka masa panjang. Perkara yang paling utama adalah anda perlu menyusun untuk membayar semula keperluan yang penting seperti sewa/pinjaman rumah, ansuran kereta, utiliti, pinjaman peribadi, barang-barang runcit, dan pelbagai perbelanjaan tunai langsung.

Maka anda boleh fokus membayar pelbagai perbelanjaan yang lain atau berbelanja dari poket sendiri seperti pembayaran untuk keahlian jimnasium, makanan binatang peliharaan, perkhidmatan penstriman, dan sebagainya.

3. Bayar lebih daripada kadar minima yang diperlukan

Gambar oleh PennState World Campus

Andaikan anda ada hutang kad kredit. Anda dinasihatkan membayar lebih daripada bayaran minimum baki penyata anda setiap bulan. Ini adalah kerana jika anda hanya membayar baki minimum sahaja, hutang anda akan diimbang dan ini akan menyebabkan jangka masa untuk anda menyelesaikan hutang kad kredit anda akan menjadi lebih panjang ditambah pula dengan kadar faedah akan  bertambah meningkat dan seterusnya membebankan anda sehingga tempoh bayaran sepenuh dapat dibuat.

Oleh itu jika jumlah hutang anda banyak maka cuba untuk perlahan-lahan meningkatkan jumlah bayaran bulanan melebihi daripada bayaran minima setiap bulan sehingga anda mampu untuk terus kekal berbuat sedemikian.

4. Satukan hutang anda dengan pinjaman peribadi

Gambar oleh Freepik

Salah satu cara untuk mengurangkan jumlah hutang anda adalah dengan mengurangkan kadar faedah. Anda boleh melakukannya melalui pinjaman peribadi di mana kadar faedah yang lebih rendah dapat dicapai melalui penyatuan hutang. Disebut lebih mudah, penyatuan hutang bermaksud menyatukan pelbagai hutang yang anda ada kepada satu pembayaran ansuran. Dengan cara ini anda dapat mengurangkan jumlah bayaran bulanan dan fokus membayar satu bayaran bulanan sahaja.

Sebagai contoh, jika anda seorang kakitangan awam, Co-opbank Pertama (CBP) kini menawarkan kadar promosi 2.85% untuk tempoh pinjaman selama 10 tahun. Jika anda mempunyai pinjaman lain atau kad kredit yang mempunyai kadar faedah lebih tinggi daripada yang dinyatakan tadi maka anda boleh memohon dengan CBP untuk penjimatan lebih ke atas kadar faedah.

5. Manfaatkan faedah kad kredit

Gambar oleh Today Online

Jika anda mempunyai satu (atau lebih) ‘duit plastik’ ini, anda akan dapat melakukan banyak perkara dengannya selain daripada membeli barang-barang dengan kredit. Bergantung kepada jenis kad yang anda miliki, sesetengah kad akan membenarkan anda memindahkan dana pada kadar faedah 0% dan ini dipanggil pindahan baki. Ambil kesempatan melakukan  pemindahan baki kerana ini akan membantu anda menjimatkan sejumlah wang. Sebagai contoh, andaikan anda mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM15,000 pada kadar faedah 18% setahun. Dalam masa setahun anda akan dapat berjimat sehingga RM2,700 dengan melakukan pemindahan baki.

Maka, jika anda mempunyai jumlah hutang yang anda yakin akan dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan, semak dengan bank anda untuk membuat pindahan baki untuk fi rendah (jika tidak percuma) bagi mempercepatkan penyelesaian hutang anda.

6. Elakkan perbelanjaan yang kurang penting

Gambar oleh iStock

Cara terbaik untuk berhenti menambahkan hutang anda adalah dengan berhenti berbelanja! Sudah pasti bukannya kita berhenti berbelanja sepenuhnya. Mula dengan mengurangkan perbelanjaan yang kecil dan tidak penting. Sebagai contoh, selain daripada menggunakan aplikasi penstriman muzik berbayar cuba bertukar kepada versi percuma. Tanya diri anda jika ianya berbaloi untuk anda membeli lalu menggunakannya atau anda hanya akan menggunakannya 6 bulan dari sekarang? Lebih baik jika anda amalkan tabiat untuk berfikir sebelum berbelanja di mana amalan sebegini dapat mengawal kewangan anda.

6. Gunakan wang dari bonus untuk membayar hutang

Gambar oleh Malay Mail

Pasti anda berasa hebat memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas anda menerima bonus. Tetapi sebelum anda mula untuk menghadiahkan diri dengan membeli barang-barang mewah, befikir terlebih dahulu untuk melihat sama ada pembelian adalah benar-benar mengikut keperluan atau ia hanya sekadar melayan keinginan diri sahaja. Mungkin cukup setakat berbelanja ke atas perkara biasa sahaja seperti percutian bajet atau makan bersama keluarga.

Adalah lebih praktikal jika wang yang diterima itu diperuntukkan bagi menyelesaikan hutang anda terlebih dahulu! Lakukan pengorbanan itu kerana ia adalah lebih penting bagi meletakkan kewangan anda dengan betul terlebih dahulu!

8. Bekerja sambilan untuk menambahkan pendapatan

Gambar oleh Freepik

Mendapatkan pekerjaan kedua adalah salah satu cara pantas untuk membayar hutang anda. Gunakan masa di luar waktu bekerja biasa anda dengan bijak. Selain daripada berbaring di sofa sambil menonton siri kesukaan anda, gunakan masa ini untuk menjalankan kerja-kerja ‘freelancing’ yang sesuai  dengan kebolehan anda seperti menulis atau mereka bentuk grafik dan sebagainya yang anda dapat melakukannya dari rumah. Jadi, mula untuk menambahkan portfolio anda dengan mencari tawaran yang ada di Upwork, Fiverr, Freelancer, dan sebagainya.

Selain itu, anda juga dapat menukar hobi yang anda ada menjadi pendapatan kedua anda. Jika anda gemar memasak, anda boleh cuba menjual kueh, contohnya secara atas talian. Peluang yang ada di luar sana  tiada kesudahan! Baca artikel kami untuk lebih idea kreatif tentang cara jana pendapatan sampingan.

9. Jual hadiah dan barangan rumah yang tidak perlu

Gambar oleh Time Out

Lihat di sekeliling rumah anda jika terdapat apa-apa barang yang anda tidak memerlukannya lagi. Jika anda mempunyai sebarang hadiah yang lama, hiasan atau perabot yang sudah tidak diperlukan lagi dan masih dalam keadaan yang baik, bersihkannya dan jual di atas talian untuk mendapatkan wang tunai segera.

Paparkan iklan dalam platform pasaran seperti CarousellMudah.my or Lelong pada harga yang berpatutan supaya ia boleh dijual dengan cepat! Keuntungan daripada penjualan barang-barang ini boleh digunakan sebagai tambahan kepada jumlah wang yang anda ada untuk melangsaikan hutang anda.

10. Beri ganjaran kepada diri sendiri apabila telah mencapai kejayaan!

Gambar oleh Dominik Jirovsky

Membayar balik hutang akan menjadi satu perjalanan yang panjang jika anda melihatnya sebagai suatu hukuman untuk gaya hidup anda. Tetapkan pencapaian atau matlamat dan berikan ganjaran kepada diri anda jika dapat mencapai matlamat tersebut. Ini adalah untuk memotivasikan diri kita sendiri. Kami tidak bermaksud supaya anda harus pergi berbelanja secara berlebihan. Sebagai contoh, anda boleh berkhemah di kawasan berdekatan tanpa perlu ke luar negeri pada hujung minggu.

Tiada jalan pintas

Hutang anda tidak terbayar dengan sendiri. Sama seperti yang diungkap oleh Dave Ramsey , sebagai berkata, “Tiada jalan pintas ketika keluar dari hutang”. Di peringkat awal ia akan menjadi begitu mencabar walau bagaimanapun jika anda tidak memulakan untuk membuat perubahan, tiada apa pun yang akan bertukar. Setakat mana sukar sekali pun, jangan mengambil jalan mudah seperti mendapatkan pinjaman daripada peminjam haram atau “Ah Long”. Anda pasti akan menyesal dengan keputusan yang anda buat ini. Walau bagaimanapun jika anda telah mencuba sepuluh cara seperti yang disebutkan tadi dan masih dibelenggu dengan masalah hutang, cuba mendapatkan nasihat daripada AKPK. Badan tersebut menawarkan rundingan percuma dan boleh membantu anda melalui program pengurusan hutang mereka.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, platform pinjaman peribadi dalam talian yang menawarkan perkhidmatan pinjaman yang – Cepat, Mudah dan Selamat. Jika, anda ingin mohon pinjaman peribadi atau anda mempunyai soalan tentang topik pengurusan kewangan, anda boleh dapatkan nasihat daripada konsultan kami. Servis kami adalah 100% percuma. Suka tips kewangan seperti artikel ini? Ikutilah blog dan Facebook kami.

Direct Lending

Add comment