Direct Lending

Bagaimana Anda Boleh Selesaikan Pinjaman PTPTN?

Baru-baru ini, pihak media telah melaporkan bahawa individu yang mempunyai rekod CCRIS kini dibenarkan membeli rumah pertama. Tetapi, peminjam PTPTN yang mempunyai pinjaman pelajaran tertunggak akan terus berdepan dengan perkara negatif seperti kegagalan mendapat pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, kad kredit atau yang paling buruk adalah berdepan dengan tindakan undang-undang. Sementara sekatan keluar negara telah dimansuhkan, kemungkinan besar sekatan itu akan digunakan semula hasil perbincangan orang awam.

Kredit: rawpixel.com

Pasti semua orang tidak mahu berdepan dengan situasi yang menyusahkan, kan? Jadi, sebagai peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan, apa yang boleh dilakukan? Di sini kami ada 3 cara yang boleh dipertimbangkan:

1. Jana Pendapatan Sampingan

Kredit: rawpixel.com

Bekerja sepenuh masa, yakin bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang boleh jadi amat meletihkan. Bagaimana kalau kami kata yang anda boleh jana pendapatan sampingan di rumah dengan jadual kerja yang santai berdasarkan aktiviti harian anda? Tidak mustahil kerana zaman ini ramai individu yang memperoleh pendapatan lumayan dari rumah dengan memanfaatkan kebolehan mereka. Baik seorang pendorong media sosial, pakar video Youtube atau seorang penulis, semua kemahiran boleh dimanfaatkan untuk menjana kewangan. Mulakan secara kecil-kecilan. Anda boleh muat naik video cara memasak selama 5 minit untuk dikongsikan secara Vlog atau di Youtube. Selagi isi kandungan menepati cita rasa masyarakat semasa, lama-kelamaan usaha anda pasti akan membuahkan hasil.

Anda juga boleh mendaftar di laman seperti Upwork dan Rtist. Laman-laman ini boleh menghubungkan anda dengan pelanggan di serata dunia. Ini adalah peluang yang baik untuk memperkenalkan diri serta meningkatkan kemahiran baik dalam bidang penulisan, terjemahan, rekaan atau produksi media. Jika menulis atau membuat rekaan adalah hobi anda dan ini adalah peluang yang akan memuaskan hati semua.

Jika anda mempunyai simpanan berlebihan, apa kata pergi lebih jauh dengan menggunakan simpanan itu untuk memulakan perniagaan sampingan? Anda boleh mula dengan menjual dan mempromosikan produk anda di laman atas talian seperti Lazada dan Shopee. Bayaran permulaannya boleh dikatakan rendah berbanding dengan bayaran permulaan kedai fizikal. Anda boleh berniaga apa sahaja, asalkan tidak menyalahi undang-undang. Contohnya, anda boleh memesan barangan dari China menerusi laman Taobao, Alibaba, Tmall dan sebagainya dimana harga borong adalah rendah. Kemudian, apabila melakukan promosi di laman tempatan, ubah suai produk tersebut mengikuti dan menepati cita rasa masyarakat tempatan. Perubahan itu boleh dilakukan menerusi penerangan atau pembungkusan produk tersebut. Secara keseluruhannya, perkara yang diperkatakan adalah cara-cara yang berkesan untuk menjana pendapatan sampingan.

2. Guna Simpanan KWSP

Kredit: rawpixel.com

Walaupun wang simpanan ini adalah untuk kegunaan selepas persaraan, menggunakan sebahagian daripada wang KWSP untuk melunaskan PTPTN adalah pilihan yang wajar. Contohnya, anda boleh mengeluarkan jumlah yuran keseluruhan atau membayar pinjaman pelajaran tertunggak menggunakan Akaun 2 KWSP. Ini adalah lebih baik daripada menanggung bayaran lewat atau dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu, penggunaan wang KWSP adalah sesuatu yang wajar bagi menyelesaikan tunggakan.

Salah satu faedah ketara jika menggunakan simpanan KWSP untuk menyelesaikan PTPTN adalah ia akan memaparkan rekod pembayaran kredit atau CCRIS. Ini akan memberi manfaat kepada anda sewaktu memohon faedah kredit seperti pinjaman dan kad kredit di masa hadapan.

3. Mohon Pinjaman Koperasi Faedah Rendah

Kredit: rawpixel.com

Jika anda mempunyai tunggakan PTPTN yang banyak dan simpanan KWSP tidak mampu untuk menyelesaikan tunggakan tersebut, anda boleh mohon pinjaman faedah rendah dengan koperasi. Terdapat segelintir koperasi yang menawarkan faedah yang jauh lebih rendah berbanding pinjaman tidak terjamin daripada bank.

Pinjaman koperasi mempunyai syarat kelayakan yang lebih mudah berbanding dengan bank memandangkan bayaran balik dilakukan menerusi ANGKASA ataupun potongan gaji. Kini, hanya kakitangan kerajaan sahaja yang boleh memohon pinjaman koperasi. Namun harus diingatkan bahawa komitmen itu tetap akan wujud. Jadi pastikan bayaran pinjaman yang baharu dilakukan tepat pada masanya.

Sebagai pengguna, kita perlu lebih teliti dan memohon pinjaman daripada peminjam yang sah. Ini bagi mengelakkan penipuan oleh peminjam wang tidak sah (boleh baca artikel di SINI mengenai ‘6 Tanda untuk Mengenal Pasti Pinjaman yang Berunsurkan Penipuan’).

Kesimpulan

Secara amnya, PTPTN adalah pilihan pinjaman pelajaran yang bagus di Malaysia dimana pinjaman tersebut menawarkan faedah yang boleh dikatakan rendah. Memandangkan jumlah pinjaman yang tidak dibayar oleh peminjam PTPTN adalah tinggi, maka adalah baik jika peminjam mula selesaikan pinjaman mereka. Jika tidak, kemungkinan besar PTPTN perlu menamatkan pinjaman disebabkan kekurangan dana dan generasi akan datang perlu menanggung akibatnya. Walau apa pun, hutang tetap hutang dan hutang wajib dibayar.

Di Direct Lending, kami menawarkan perkhidmatan 100% percuma. Kami adalah platform yang menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan dan swasta. Rakan kongsi kami adalah syarikat yang berlesen dan dipercayai. Untuk keterangan lanjut, semak kelayakan secara percuma dengan layari laman web www.directlending.com.my.

Direct Lending

Add comment