Direct Lending

Lebih Baik Membayar Hutang atau Melabur?

Soalan yang begitu mudah, tetapi memerlukan pemikiran teliti. Sebelum memberikan jawapan, ayuh kita lihat perbezaan asas di antara kedua-duanya. Hutang merupakan liabiliti atau tanggungjawab, manakala pelaburan adalah aset. Jika anda mempunyai hutang tertunggak, adalah lebih baik untuk melakukan bayaran dengan segera. Dengan ini, anda akan mengekalkan kedudukan dan akses kredit yang baik.

Gambar oleh Pressfoto

Sebuah pelaburan pula membolehkan anda memperoleh wang atau mencipta pendapatan pasif. Situasi akan menjadi rumit apabila terdapat peluang pelaburan, tetapi anda masih mempunyai hutang yang perlu diselesaikan. Jadi, yang mana satu harus dijadikan keutamaan?

Aliran Keluar Tunai

Gambar oleh Rawpixel.com

Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai hutang terkumpul menerusi kad kredit. Apabila anda menggunakan kad kredit, anda sebenarnya memperoleh pinjaman. Anda sedang berbelanja terlebih dahulu dan bayaran sebenar akan dilakukan sewaktu memperoleh pendapatan pada masa hadapan. Sebagai peminjam, anda mesti membayar pinjaman tersebut.

Sama ada baki kad kredit, pinjaman peribadi atau apa jenis pinjaman sekalipun, anda akan membayar pinjaman termasuklah kadar faedah sehingga bayaran penuh keseluruhan baki. Hutang akan menjadi beban apabila ditambah dengan perbelanjaan. Anda akan menggunakan wang simpanan atau mengambil pinjaman baru untuk memenuhi keperluan.

Hutang adalah aliran keluar tunai, tetapi bukan semua hutang adalah tidak baik. Hutang yang baik adalah apabila anda memperoleh hasil melaluinya. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah hutang, pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk dapatkan pinjaman.

Aliran Masuk Wang

Gambar oleh Freepic.Diller

Anda tidak akan dapat lihat penambahan wang dengan nyata jika anda menyimpannya secara tunai dan bukan dengan melaburkannya. Mereka yang mempunyai matlamat kewangan jangka masa panjang akan melaburkan pendapatan bagi menghasilkan aset untuk mengukuhkan kewangan masa hadapan atau dijadikan persiapan persaraan.

Dengan melabur dalam saham dividen, contohnya, anda mencipta pendapatan pasif menerusi dividen. Terdapat juga potensi perolehan menerusi kenaikan harga saham. Bayangkan jika anda mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 dan wang tersebut dilaburkan dalam saham cip biru yang menawarkan bayaran dividen sebanyak 4% saban tahun.

Pelaburan anda akan memperoleh RM400 setahun ataupun pendapatan pasif sebanyak RM33.33 sebulan. Jika anda terus melabur dalam dividen, kesan pengumpulan akan menyebabkan pulangan yang lebih tinggi.

Oleh itu, pelaburan adalah sesuatu yang membolehkan wang anda bekerja dengan sendiri bagi menghasilkan pulangan pada masa hadapan. Apabila anda mempunyai peluang untuk menyimpan, lakukannya agar anda boleh menambah dana pelaburan. Memiliki saluran pendapatan tetap atau aliran wang adalah lebih baik daripada berbelanja terhadap perkara yang tidak akan memberikan pulangan.

Tujuan Bersama

Gambar oleh Rawpixel.com

Hutang dan pelaburan boleh mempunyai tujuan bersama. Anda boleh menggabungkan kedua-duanya jika anda mengenal pasti objektif pengakhiran yang serupa. Meminjam untuk membeli saham atau melabur dalam dana bersama akan memberikan kesan yang sama, yakni menghasilkan pendapatan.

Kesannya adalah jelas. Sebaik-baiknya, elakkan daripada melakukan pinjaman untuk membeli aset penyusutan. Ini kerana tindakan tersebut tidak akan memperbaiki kedudukan kewangan anda atau apa sahaja.

Gabungan hutang dengan pelaburan bukanlah gabungan yang sempurna namun perkara tersebut menjelaskan perbezaan antara hutang baik dan buruk.

Jawapan Akhir

Gambar oleh Seniv Petro

Kesimpulannya, hutang adalah tindakan meminjam wang dengan perjanjian untuk melakukan bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan. Pelaburan adalah tindakan menggunakan wang anda untuk menjana pendapatan dalam bentuk faedah, dividen ataupun lain-lain keuntungan daripada peningkatan nilai produk pelaburan.

Apabila membuat keputusan untuk membayar hutang atau melabur, bandingkan kadar faedah yang perlu dibayar menerusi pinjaman dengan potensi pulangan pelaburan. Jika pulangan terhadap prospek pelaburan adalah lebih tinggi berbanding kadar faedah hutang, maka pertimbangkan pelaburan.

Jika tidak, anda harus mengutamakan pembayaran hutang. Setiap kali anda kurangkan baki pinjaman, beban akan turun berkurangan. Apabila anda bebas hutang, anda boleh menyimpan dengan lebih dan mempunyai lebih banyak modal untuk pelaburan di masa hadapan. Matlamat utama anda adalah untuk membina kemewahan dan memperoleh kebebasan kewangan secara menyeluruh.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk cari, mohon dan peroleh pinjaman yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.

Ikutilah blog & Facebook kami untuk tips pengurusan kewangan yang berguna.

Direct Lending

Add comment