Direct Lending

Ringkasan Penting Belanjawan 2021

Kerajaan telah memperkenalkan pendekatan 6R iaitu Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalise dan Reform. Belanjawan 2021 kini di peringkat kelima iaitu Revitalise. Untuk Belanjawan 2021, tiga matlamat utama yang dihuraikan adalah Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi. Semua matlamat ini adalah kesinambungan Pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan Kita Prihatin.

Berikut adalah ringkasan daripada Belanjawan 2021:

Bonus untuk Penjawat Awam

  • RM600 untuk penjawat awam Gred 56 & ke bawah.
  • RM300 untuk pesara & veteran tentera yang tidak pencen.

Pekerja Kesihatan & Pelepasan Cukai untuk Kos Kesihatan

  • RM500 kepada semua barisan hadapan KKM.
  • RM3 bilion untuk vaksin Covid-19.
  • RM1,000 pelepasan cukai atas perbelanjaan vaksinasi untuk radang paru-paru, influenza & Covid-19 untuk diri sendiri, pasangan & anak-anak.
  • RM2,000-RM8,000 had pelepasan cukai penyakit serius perubatan diri, pasangan & anak.
  • RM8,000 pelepasan cukai belanja rawatan perubatan untuk penjagaan orang tua.

Program Vaksinansi Pneumokokal

  • RM90 juta untuk program pneumokokal.
  • RM6 juta untuk rawatan reumatologi & RM25 juta untuk program dialisis dari rumah.

Bayaran Kebajikan untuk Keluarga Miskin

  • RM1,000 had bantuan kebajikan untuk anak-anak keluarga miskin.
  • RM500 untuk warga emas & penjaga OKU.

Bantuan Prihatin National (BPN)

  • RM1,000 untuk isi rumah <RM2,500. Keluarga dengan lebih daripada dua anak akan terima RM1,800.
  • RM800 untuk isi rumah antara RM2,501-RM4,000. Keluarga dengan lebih daripada dua orang anak akan terima RM1,200.
  • RM500 untuk isi rumah RM4,001-RM5,000. Keluarga dengan lebih daripada dua anak akan terima RM750.
  • RM350 untuk individu bujang dengan pendapatan <RM2,500.

Skim Moratorium Pinjaman

Golongan B40  yang menghadapi masalah untuk membayar pinjaman dibenarkan untuk memilih dari dua pilihan. Kemudahan ini akan bermula pada Disember 2020.

  • Pilih moratorium 3 bulan atau mengurangkan pembayaran ansuran bulanan mereka sebanyak 50% selama 6 bulan.
  • Golongan M40 boleh menyusun semula pakej kewangan melalui proses pengisytiharan diri sekiranya mereka mengalami pengurangan pendapatan.

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

  • Caruman KWSP akan dikurangkan kepada 9 peratus berbanding 11 peratus sebelum ini, bermula 1 Januari untuk tempoh 12 bulan.
  • Pengeluaran Akaun 1 secara bersasar sehingga RM6,000 (RM500 setiap bulan).
  • Pengeluaran boleh dibuat bermula 1 Januari 2021.

Skim Jana Kerja & Skim PenjanaKerjaya

  • RM7 bilion untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan menerusi Skim JanaKerja.
  • PenjanaKerjaya yang kini dikendalikan Perkeso akan ditambah baik. Skim subsidi gaji naik daripada kadar rata RM800 sebulan, kepada 40% daripada gaji bulanan. Had insentif jumlah maksimum RM4,000 sebulan.
  • Subsidi untuk pekerjaan yang diberikan kepada OKU & penganggur jangka panjang dinaikkan daripada 20% kepada 60%.

Skim Subsidi Gaji untuk Pelancongan & Peruncitan

  • Subsidi gaji akan dilanjutkan selama 3 bulan akan menyasarkan sektor pelancongan & peruncitan.
  • RM600 subsidi untuk pekerja berpendapatan <RM4,000.
  • Jumlah maksimum bilangan pekerja yang layak untuk setiap syarikat dinaikkan daripada 200 kepada 500.

Pelepasan Cukai PRS Dilanjutkan 

  • RM3,000 pelepasan cukai untuk sumbangan kepada Dana Skim Persaraan Swasta (PRS) akan dilanjutkan sehingga 2025.
  • Skim 10 tahun ini sebelum ini dijadual berakhir pada 2021.

Elaun Sukarelawan Jaga OKU & Pelepasan Cukai Pasangan OKU

  • RM400 bayaran untuk orang yang menjadi sukarelawan di bawah Program Khidmat Bantu di Rumah.
  • RM5,000 pelepasan cukai untuk pasangan OKU.
  • Pelepasan cukai untuk majikan yang menggaji warga emas akan dilanjutkan sehingga 2025.

Penjagaan Anak Percuma untuk B40 di Bandar

  • RM20 juta untuk mewujudkan pusat komuniti sebagai tempat jagaan anak-anak selepas tamat sesi persekolahan.
  • Pusat itu akan melibatkan kerjasama NGO & dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen, perpustakaan mini & program bimbingan mentor.

Insentif untuk Majikan Ambil Graduan Baru Bekerja

  • RM1,000 bulanan diberi untuk majikan yang ambil graduan baru yang bekerja selama 3 bulan untuk latihan amali.
  • Majikan juga boleh memohon geran maksimum RM4,000 untuk program latihan amali.

Pemberian e-Tunai RM50 untuk Belia

  • RM50 dalam e-dompet yang dipegang oleh belia berusia antara 18-20 tahun.

Pelepasan Cukai Gaya Hidup

  • Pelepasan cukai untuk gaya hidup ditingkatkan sebanyak RM500 kepada RM3,000, khusus untuk tujuan aktiviti sukan & juga akan meliputi langganan berita dalam talian.

Komputer Percuma untuk Pelajar Sekolah

  • GLC akan menyumbang RM150 juta kepada Tabung Cerdik yang bertujuan menyediakan komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah di bawah program perintis.
  • Projek ini dikendalikan oleh Yayasan Hasanah.

Susu Percuma untuk Murid Sekolah Setiap Hari

  • Program susu 2 kali seminggu di sekolah akan diganti dengan skim yang menyediakan susu setiap hari.

Pelepasan Cukai SSPN

  • RM8,000 pelepasan cukai untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dilanjutkan sehingga taksiran cukai tahun 2022.

Insentif untuk Memiliki Kediaman

  • Duti setem untuk hartanah berharga sehingga RM500,000 akan dikecualikan.
  • Skim ini akan digunakan untuk perjanjian jual beli bertarikh antara 1 Januari sehingga 31 Disember 2025.
  • RM2 bilion akan dibelanjakan untuk subsidi program perumahan mampu milik.
  • Kerajaan juga merancang untuk memulakan skim sewa-untuk-beli yang melibatkan 5,000 rumah PR1MA untuk pembeli rumah kali pertama.

Insentif Pengangkutan Awam

  • Kad perjalanan tanpa had My30 yang berharga hanya RM30, untuk pengangkutan awam di Lembah Klang akan dilanjutkan ke Pulau Pinang & Kuantan.
  • Murid sekolah & OKU dapat membeli kad perjalanan tanpa had baru dengan harga RM5 sebulan.
  • Kad perjalanan ini boleh digunakan di bas & keretapi kendalian Prasarana, KTM Komuter, kereta api antara Kuala Lipis & Tumpat dan kereta api Beaufort-Tenom di Sabah.

Pengeluaran KWSP untuk Pembelian Insurans

  • Ahli KWSP boleh mengeluarkan wang dari Akaun 2 untuk membeli produk insurans untuk diri sendiri & ahli keluarga.

Latih Semula Pekerja Penerbangan & Tingkatkan Pekerja Eko-Pelancongan

  • Melatih semula & menyediakan penempatan pekerjaan untuk 8,000 kakitangan syarikat penerbangan yang akan menelan belanja RM50 juta.
  • Kerajaan berhasrat menyediakan 500 pekerjaan untuk penduduk tempatan & masyarakat Orang Asli untuk dijadikan panduan eko-pelancongan di Taman Negara.
  • RM50 juta untuk membaik pulih tempat pelancongan di seluruh negara.
  • RM10 juta untuk menyelenggara bangunan Sultan Abdul Samad 7 Carcosa Seri Negara.

Sumber: MalaysiaKini

[Kemaskini setakat 6 November 2020]

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank dan koperasi khusus untuk penjawat awam. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma tanpa sebarang caj tersembunyi atau fi pemprosesan. Kadar berpatutan kami serendah 2.75% atau kelulusan pinjaman sepantas 2 hari bekerja. Semak kelayakan anda dengan kami hari ini!

Direct Lending

Add comment