Direct Lending
thinking woman

Cara Bijak untuk Membelanjakan Gaji Pertama Anda

Bagi anda, graduan muda atau sesiapa yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan, pastinya tidak sabar untuk menerima gaji pertama. Maklumlah, ia merupakan pertama kali anda menerima hasil kerja keras anda sendiri. Pastinya anda mempunyai banyak perancangan bagaimana untuk membelanjakankan duit tersebut. Tetapi tahukah anda bahawa ramai pekerja yang telah salah membelanjakan gaji mereka dan akhirnya menyesal di kemudian hari.

Mari kami kongsikan dengan anda yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan tentang tips yang perlu dilakukan apabila anda mendapat gaji pertama.

Rancang belanjawan anda

thinking woman
google.com

Sebaik sahaja anda menerima gaji anda, buat perancangan belanjawan sebaiknya. Semak semua bil dan hutang yang perlu anda bayar dan buat pembayaran secepat yang mungkin sebelum anda menggunakan gaji anda untuk perkara lain. Pastikan anda mengutamakan keperluan daripada kehendak.

Buka akaun simpanan

saving account
google.com

Amalkan tabiat menyimpan. Simpanlah 10% daripada gaji yang anda dapat. Anda boleh membuka akaun lain untuk mengelakkan dari tersalah guna wang simpanan anda. Sebenarnya terdapat banyak kebaikan menyimpan ini. Jika berlaku sebarang kecemasan pada masa akan datang, anda boleh menggunakan wang simpanan tersebut sebagai dana kecemasan.

Beli Perlindungan Insurans

insurance
google.com

Ramai yang mengabaikan kepentingan insurans ini. Insurans penting untuk melindungi anda ketika anda ditimpa musibah. Insurans yang ditawarkan merangkumi insurans hayat, kesihatan, pendidikan dan am. Banyak tawaran perlindungan daripada pelbagai syarikat insurans. Anda boleh membuat pilihan berdasarkan kemampuan dan komitmen masing-masing.

Buat Simpanan Persaraan

epf
mStar

Simpan wang anda untuk masa hadapan dengan membuat pelaburan persaraan. Contoh institusi yang menyediakan pengurusan kewangan untuk persaraan termasuklah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Skim Persaraan Pencen Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS). Elakkan dari mengeluarkan wang simpanan anda dengan alasan membeli atau mengubahsuai rumah dan sebagainya. Anda pastinya tidak mahu kehabisan wang sebelum bersara.

Beli rumah berkos rendah

beli-rumah
imoney.my

Nampak seperti mustahil untuk graduan yang baru sahaja mula bekerja  untuk membeli rumah? Tidak sama sekali! Membeli rumah bukan hanya pada kemampuan kewangan, tetapi lebih kepada perancangan. Bagi graduan muda, selain dari membayar balik pinjaman pelajaran, anda pasti tidak lepas dari hutang lain. Hanya dengan beberapa bulan bekerja, anda boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah berkos rendah. Tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan? Sewakan rumah atau bilik anda! Dengan sewa bulanan tersebut, anda boleh membayar ansuran bulanan rumah dan juga dapat menjana pendapatan sampingan.

Belanja diri anda tetapi jangan berlebihan

Apabila menerima gaji pertama, anda semestinya ingin menggunakannya untuk meraikan diri anda sendiri. Tidak ada salahnya anda ingin berbelanja mengikut kehendak, tetapi jangan berlebihan. Jangan mudah terpengaruh atau terlalu mengikut peredaran semasa. Anda tidak perlu membeli barangan berjenama, gajet atau telefon pintar yang mahal sehingga kehabisan gaji  tanpa meninggalkan sedikit wang untuk simpanan. Belanja setakat yang termampu dan bersesuaian dengan gaji yang anda terima. Masih banyak cara untuk anda meraikan diri  tanpa perlu berbelanja lebih.

Oleh itu, kami amat berharap jika tips-tips di atas dapat di aplikasikan dalam kehidupan para pekerja yang baru menerima gaji pertama mereka. Pepatah ada menyebut, ‘sediakan payung sebelum hujan’ agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Direct Lending

Add comment