Direct Lending

5 Cara Simpan dan Labur Duit Raya dengan Efisien

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 1 Julai 2017 dan dikemas kini pada 21 Mei 2020).

Ada sebilangan daripada kita masih menerima duit raya daripada ibu bapa dan juga saudara-mara semasa sambutan Hari Raya. Ada yang menerima duit raya yang banyak sehingga boleh mencecah ratusan ringgit. Tetapi, mungkin ramai yang akan fikir apa yang boleh anda lakukan duit raya tersebut.

Gambar oleh Oh Bulan

Mungkin ada di antara anda yang teringin sangat untuk membeli barangan yang sudah lama idamkan. Tetapi cuba kawal perbelanjaan diri dan pertimbangkan untuk menyimpan dan membiak dana daripada duit tersebut!

Ini merupakan cara bijak untuk mula menyimpan wang simpanan anda untuk kegunaan kecemasan dan perbelanjaan yang tidak terjangka. Ketahui bagaimana anda dapat memaksimumkan simpanan duit raya anda dengan tips berikut.

1. Akaun Simpanan

Gambar oleh Keluarga

Milik lebih daripada satu akaun simpanan agar anda boleh simpan dana untuk pelbagai tujuan. Dengan cara ini, anda dapat menjejak perbelanjaan dengan lebih cekap serta memanfaatkan kadar faedah atau terma yang lebih baik daripada bank yang berbeza. Sekiranya anda mempunyai akaun ASB, anda juga boleh meletakkan wang anda ke dalam akaun ASB anda. Dividen tahunan ASB adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar bank komersial dan deposit tetap.

Jika anda ingin berjimat bersama ahli keluarga, ini juga adalah cara yang baik untuk membina dana Raya dengan cepat. Anda boleh menyimpan di akaun khusus dan kumpul semua simpanan di akaun yang sama. Tidak semestinya anda perlu menggunakan bank yang anda sudah miliki. Sebaliknya, cari akaun simpanan dengan terma dan kadar yang terbaik. Layarilah platform perbandingan seperti RinggitPlus dan iMoney untuk membantu anda mencari akaun simpanan yang paling sesuai dengan keperluan simpanan anda.

2. Deposit Tetap (Fixed Deposit)

Gambar oleh Majalah Labur

Pertimbangkan untuk melabur sebahagian wang anda ke dalam akaun deposit tetap Islam untuk mendapatkan keuntungan. Dengan cara ini, bukan sahaja anda akan mendapatkan lebih banyak wang di atas pokok anda, malah anda akan dapat mengetepikan wang dengan berkesan, dan tidak membelanjakannya dengan sia-sia. Terdapat banyak akaun deposit tetap Islam yang boleh dipilih.

Walaubagaimanapun, memilih bank dan akaun secara rawak bukanlah suatu idea yang baik kerana anda boleh kehilangan terma dan kadar keuntungan yang lebih baik. Pastikan anda membuat penyelidikan di laman perbandingan atau melalui bank individu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

3. Unit Amanah

Gambar oleh Freepik

Dengan serendah RM1,000, anda boleh mula melabur dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan berpotensi mendapat dividen dalam pelaburan. Jenis pelaburan ini adalah baik untuk mereka yang ingin berjinak dalam dunia pelaburan. Baca melalui prospektus, sebuah dokumen yang mengandungi semua butiran penting mengenai pelaburan sebelum anda melabur. Diingatkan bahawa anda boleh melabur dalam unit amanah ASNB melalui bank-bank utama seperti  MaybankRHB dan CIMB.

Sini juga ada beberapa platform pelaburan yang anda boleh cuba seperti StashAway, HelloGold, MYTHEO. Platform ini ada menawarkan pelbagai unit amanah dengan dana pengurusan yang rendah berbanding dengan yang ditawarkan di bank komersial.

4. Simpan Sedikit Setiap Hari

Gambar oleh Reader’s Digest

Jadikannya sebagai satu amalan untuk menyimpan wang setiap hari walaupun sedikit. Ini akan membantu anda fokuskan matlamat simpanan anda dan memastikan anda tidak perlu berbelanja tanpa tujuan penting. Ingat bahawa walaupun sedikit, simpanan akan semakin bertambah! Ibarat pepatah, ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’.

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk berpegang kepada amaun harian, buat tetapan dengan bank anda untuk memotong secara automatik sejumlah wang pada permulaan setiap bulan (atau apabila anda menerima gaji anda) dan masukkannya ke dalam akaun simpanan khusus. Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk menyimpan wang menggunakan peraturan belanjawan 50/30/20.

5. Langsaikan Hutang

Gambar oleh Doucefleur

Sekiranya anda mempunyai hutang bil kad kredit atau pinjaman faedah terakru faedah, jelaskannya secepat mungkin. Ia mungkin memberi manfaat kepada anda dari segi simpanan faedah. Contohnya, jika anda membayar kad kredit anda semasa tempoh penangguhan (biasanya dalam masa 20 hari dari tempoh pembelian), anda boleh menyimpan faedah dan akhirnya menurunkan kadar faedah secara berperingkat. Untuk lebih banyak petua penjelasan hutang, baca artikel kami tentang cara berkesan untuk melangsaikan hutang anda.

Kami berharap artikel ini adalah berguna untuk anda atau boleh memberikan anda idea tentang cara untuk menyimpan dan melabur duit raya anda dengan wajar. Kami daripada pihak Direct Lending, ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada yang menyambut. Selamat menyambut Hari Raya kepada anda sekeluarga.

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak wang belanja pada Hari Raya ini, anda boleh mohon secara percuma dengan kami. Direct Lending adalah platform pinjaman peribadi yang menawarkan kadar yang berpatutan serendah 3.9% atau menerima dana sepantas 2 hari bekerja. Ikutilah Facebook page kami untuk lebih tips tentang pengurusan kewangan dan promosi terkini.

Direct Lending

Add comment