Direct Lending

Program Rujukan #DIRECTBANTU

Tentang #DIRECTBANTU

Program Rujukan #DIRECTBANTU bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia dalam tempoh yang mencabar ini menerusi satu sistem ganjaran yang menarik. Selaras dengan matlamat utamanya untuk menjadikan proses pinjaman wang lebih selamat, lebih mudah diakses dan mampu untuk mereka yang memerlukannya. Direct Lending menyediakan peluang yang secukupnya kepada peminjam dan referral affiliate menerusi program yang direka khas ini. Program rujukan ini membolehkan anda menerima ganjaran RM200 (bagi setiap rujukan yang berjaya) dan lebih lagi apabila anda mencadangkan lebih ramai pemohon pinjaman.

Ganjaran Rujukan

Cara Sertai #DIRECTBANTU

Tunggu apa lagi?

Program Rujukan #DIRECTBANTU ada slot limited. Jom cepat isikan Google Form ini!

Soalan Lazim Tentang Program Rujukan #DIRECTBANTU

  1. Siapakah yang layak menyertai Progam Rujukan #DIRECTBANTU?
    Semua warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas.

  2. Sekiranya saya bekerja di sektor swasta, adakah saya layak untuk mendaftar Program Rujukan #DIRECTBANTU?
    Ya, Program Rujukan #DIRECTBANTU ini terbuka kepada semua sektor pekerjaan.

  3. Bila program ini bermula dan berapa lamakah tempoh ia berlangsung?
    Program ini bermula pada 27 October 2020 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

  4. Apakah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan ganjaran rujukan?
    Anda perlu isikan borang pendaftaran di https://www.directlending.com.my/direct-bantu yang hanya dibuka pada 21 October 2020 sehingga 26 October 2020. Pihak Direct Lending akan menghubungi anda untuk memberikan pautan rujukan unik melalui WhatsApp. Anda harus memastikan pautan rujukan anda digunakan untuk memudahkan proses mengesan rujukan anda. Setiap rujukan yang berjaya akan mendapat ganjaran.

  5. Apakah yang dimaksudkan dengan rujukan yang berjaya?
    Rujukan yang berjaya adalah dimana peminjam yang dirujuk memohon pinjaman peribadi bank atau koperasi dan pinjaman tersebut diluluskan serta wang pinjaman diterima di akaun bank peminjam.

  6. Adakah pengalaman dalam bidang kewangan diperlukan untuk menyertai Program Rujukan #DIRECTBANTU?
    Tiada pengalaman diperlukan untuk menyertai Program Rujukan #DIRECTBANTU.

  7. Apakah sokongan yang akan diberikan oleh Direct Lending kepada peserta untuk membuat rujukan?
    Anda akan diberikan sokongan oleh Direct Lending dari segi tips di mana Live Session membantu dapatkan lebih rujukan akan dijalankan di Facebook group Program #DIRECTBANTU.

  8. Bilakah saya dapat menerima ganjaran rujukan?
    Direct Lending akan mengemaskini setiap pinjaman yang lulus pada setiap minggu dan pembayaran ganjaran akan dilakukan dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh pinjaman diluluskan.

  9. Jika rujukan saya tidak lulus, apakah akan berlaku?
    Tiada ganjaran akan diberikan dan Direct Lending akan memaklumkan kepada anda jika rujukan anda gagal.
  1. Jika saya hanya membuat 1 rujukan, adakah saya layak mendapatkan ganjaran?
    Ya anda masih layak dan akan menerima RM200 sekiranya rujukan tersebut berjaya.

  2. Boleh saya hubungi pihak Direct Lending sekiranya saya mempunyai soalan lain tentang Program Rujukan #DIRECTBANTU?
    Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp (0103865261) atau PM kami di Facebook

Terma & syarat

  1. Hanya untuk warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas.
  2. Tempoh pendaftaran untuk Program Rujukan #DIRECTBANTU akan bermula dari 21 Oktober 2020 – 26 Oktober 2020 sahaja.
  3. Semua maklumat yang dihantar melalui Google Form harus tepat dan lengkap.
  4. Perujuk akan menerima pautan rujukan melalui WhatsApp.
  5. Rujukan dianggap berjaya apabila peminjam yang dirujukkan bekerja di sektor kerajaan dan permohonan pinjaman bank/koperasi peminjam tersebut telah diluluskan dan menerima wang pinjaman di bank akaun mereka.
  6. Setiap rujukan hanya boleh dirujuk oleh seorang Perujuk sahaja (Pelanggan A hanya boleh dirujuk oleh Pendaftar A sekali sahaja).
  7. Sebarang pemalsuan rujukan untuk Program Rujukan #DIRECTBANTU akan mengakibatkan penghentian Perujuk.
  8. Sebarang pemalsuan dokumen untuk permohonan pinjaman oleh Perujuk adalah dilarang sama sekali dan Direct Lending atau rakan pembiayaannya berhak mengambil tindakan undang-undang (iaitu melaporkan kepada polis) terhadap Perujuk dan ini akan mengakibatkan penghentian Pendaftar.
  9. Setelah rujukan berjaya, insentif akan dibayar dalam masa 7 hari bekerja melalui transaksi dalam talian ke nombor akaun bank Perujuk. Untuk tujuan pengesahan, kami akan meminta salinan IC & maklumat bank anda. Nama Perujuk harus sepadan dengan pemegang akaun bank.

Direct Lending