Direct Lending
Staycation

Luangkan Masa yang Berkualiti Bersama Keluarga Anda Pada Hari Raya Ini Tanpa Perlu Berbelanja Lebih

hari raya
Star Online

Hari Raya merupakan hari yang hanya tiba setahun sekali untuk anda berehat daripada kerja dan meluangkan masa bersama seluruh keluarga.

Ini bermakna anda patut mencuba merancang beberapa aktiviti kekeluargaan. Walaubagaimanapun, aktiviti yang tidak mengoyakkan poket anda adalah idea yang baik memandangkan anda mungkin akan berbelanja lebih untuk keperluan Raya yang lain.

Cubalah beberapa aktiviti yang menjimatkan ini bersama keluarga anda pada hari Raya yang menyeronokkan tanpa tanda harga yang besar.

Cuba Staycation

Staycation
hype.my

Staycations bermaksud cuti pendek dalam tempoh 1 – 2 hari, anda tidak perlub bermalam di hotel. Anda boleh mencari di laman web untuk tempat menarik di sekitar bandar yang anda belum pernah lawati sebelum ini, termasuk muzium, galeri seni, taman tema dan sebagainya. Jika anda telah melawat tempat-tempat tersebut, maka anda boleh merancang untuk melawat tempat menarik kira-kira satu atau dua jam dari rumah. Jika anda tinggal berhampiran pantai, ini adalah masa yang baik untuk berenang dan berkelah. Elak daripada memilih tempat yang terlalu jauh supaya anda tidak keletihan daripada perjalanan anda.

Aturkan Acara Filem Potluck

filem potluck
Digital News Asia

Pernahkan anda mendengar menonton filem secara potluck? Inilah di mana orang-orang membawa filem kegemaran mereka ke satu sesi dan seluruh keluarga memutuskan sama ada mereka suka filem dalam masa 15 minit menontonnya. Jika semua orang suka filem, seluruh keluarga terus menonton, jika tidak, mereka akan cuba filem yang seterusnya. Anda boleh membawa VCD atau filem yang dimuat turun, ataupun menonton filem dari iflix atau Netflix.

Terokai Aktiviti Di Luar

bajet-merancang-percutian-keluarga-Direct-Lending
Direct Lending_percutian keluarga

Luangkan masa bersama seluruh keluarga dan pergi bersiar-siar ke taman, mendaki bukit yang berdekatan, atau merancang perjalanan perkhemahan ke tempat air terjun. Dengan cara itu, anda tidak perlu berbelanja untuk penginapan hotel. Anda juga boleh merancang aktiviti mudah seperti permainan bola sepak dengan keluarga anda. Sebagai alternatif, anda boleh menyewa basikal dan pergi bersiar-siar di sekitar kampung atau bandar anda. Idea-idea ini akan memastikan anda menghabiskan masa dengan satu sama lain, serta menjaga kesihatan.

Jalan Jalan Cari Makan

family dinner
thepicta.com

Keluarlah dengan keluarga anda ke restoran halal yang menghidangkan makanan yang anda belum pernah mencuba sebelum ini. Sama ada ia hidangan Mexico, Korea, Cina atau Arab, masakan baru yang akan membuka selera anda, dan menjadi pengalaman yang menarik untuk anak-anak anda. Cuba dan cari restoran asing yang menawarkan diskaun Raya dan promosi untuk hidangan yang lebih murah.

Jangan biarkan kewangan melemahkan semangat Aidilfitri anda. Anda boleh bergantung kepada kami untuk memenuhi sebarang keperluan kewangan anda ini melalui pinjaman Koperasi dari Direct Lending, termasuk semasa kecemasan. Hari Raya sepatutnya menjadi masa untuk semua orang bergaul dan bersatu bersama, dengan semua orang berasa gembira dan puas. Selamat Hari Raya!

Direct Lending

Add comment