Direct Lending

5 Mitos tentang Pinjaman Peribadi yang Anda Perlu Tahu

Pinjaman peribadi sering dikaitkan dengan pelbagai isu yang kurang menyenangkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Konsep pinjaman peribadi sering disalahertikan oleh sesetengah pihak yang gagal dalam pengurusan kewangan mereka. Akibatnya, pinjaman peribadi acap kali disalah anggap sebagai sebab utama krisis kewangan mereka walaupun sebenarnya berpunca daripada kegagalan mereka dalam merancang kewangan dan mengurus komitmen hutang dengan baik. Berikut adalah 5 mitos tentang pinjaman peribadi yang anda perlu tahu!

Mitos 1: Pinjaman peribadi merupakan hutang buruk

kredit: newamericanfunding

Pinjaman peribadi sering dianggap sebagai hutang yang buruk oleh sesetengah pihak. Hakikatnya, pinjaman peribadi boleh menjadi hutang buruk hanya apabila seseorang individu gagal mengurus kewangan mereka dengan baik. Kebanyakan hutang peribadi disalahguna oleh pihak peminjam sendiri dan kurangnya kemahiran dalam pengurusan kewangan menjadikan mereka gagal membayar komitmen ansuran bulanan dengan baik. Rujuk artikel perbezaan hutang baik dan hutang buruk.

Bagi mengatasi perkara ini, dapatkan khidmat nasihat kewangan daripada pihak yang bertauliah bagi membuat semakan kelayakan anda. Semakan kelayakan merupakan perkara yang sangat penting untuk mengetahui jumlah komitmen ansuran bulanan yang anda mampu biayai.

Mitos 2: Pinjaman peribadi mempunyai kadar faedah yang tinggi

kredit: von.gov

Setiap pinjaman, tidak kira pinjaman peribadi, perumahan dan sebagainya mempunyai kadar faedah yang berbeza mengikut dasar sesuatu bank. Kebiasaannya, kadar faedah yang ditawarkan adalah munasabah, namun kegagalan dan kelewatan pihak peminjam membayar ansuran pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan menyebabkan mereka akan dikenakan denda atau penalti sebagaimana yang telah dipersetujui dalam surat pinjaman. Apabila keadaan ini berlaku, jumlah yang dibayar menjadi lebih tinggi kerana tunggakan dan denda; sekali gus menyebabkan pihak peminjam menyangka bahawa kadar faedah yang dikenakan adalah tinggi.

Dalam situasi ini, untuk mengelakkan kekeliruan terhadap kadar faedah yang ditawarkan, dapatkan kepastian daripada pegawai yang bertanggungjawab berkenaan dengan kadar faedah pinjaman serta penalti yang akan dikenakan (jika ada). Bandingkan dahulu kadar faedah pinjaman dengan beberapa buah bank serta fahami syarat dan terma perjanjian. Dengan pemahaman yang betul tentang syarat dan terma pinjaman yang dibuat, sebarang kekeliruan dapat dielakkan dan anda juga akan dapat membuat pilihan pelan pinjaman yang terbaik untuk anda.

Mitos 3: Pinjaman peribadi boleh merosakkan skor kredit anda

kredit: techblog

Ya, pinjaman peribadi boleh merosakkan skor kredit anda, jika anda sendiri gagal membuat pembayaran ansuran bulanan pada tempoh yang ditetapkan. Skor kredit anda boleh menjadi kurang baik bukan sahaja disebabkan pinjaman peribadi, tetapi mana-mana jenis pinjaman sekiranya anda lewat membayar ansuran bulanan tersebut walaupun bil telefon anda! Fahami dulu secara mendalam maksud  skor kredit, CCRIS dan CTOS. Dengan memahami bagaimana skor kredit ini dikira, anda akan mengetahui punca-punca skor kredit anda menjadi kurang baik dan sekiranya anda buntu tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah skor kredit yang kurang baik, bacalah 7 Cara Untuk Membersihkan Rekod Negatif CCRIS Anda.

Bagi sesetengah situasi, pinjaman peribadi yang dilakukan boleh menambahkan kelayakan anda bagi pinjaman yang seterusnya. Sebagai contoh, rekod CTOS dan CCRIS yang baik akan memudahkan kelulusan pinjaman perumahan kerana pihak bank sudah yakin dengan komitmen anda untuk membayar ansuran bulanan dengan baik!

Mitos 4: Pinjaman peribadi hanya senang diluluskan sekiranya saya seorang kakitangan awam

kredit: modernsurvivalblog

Dalam proses permohonan pinjaman, syarat kelayakan dari segi pendapatan dan komitmen anda untuk membayar ansuran bulanan memainkan peranan yang paling penting, bukannya sektor pekerjaan anda semata-mata. Sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang ditetapkan dan mengekalkan rekod kredit yang bagus, tidak kira sama ada anda seorang kakitangan swasta atau kerajaan, anda mempunyai peluang yang sama dalam kelulusan pinjaman. Penyediaan dokumen yang lengkap dan sah daripada anda amat penting bagi melicinkan proses permohonan pinjaman supaya menjadi lebih cepat dan efisien.  Jadi, pastikan anda mempunyai dokumen-dokumen yang dapat membuktikan kestabilan pendapatan anda (seperti slip gaji, penyata KWSP terbaru atau Borang Pengesahan Cukai) untuk diserahkan kepada pihak pemberi pinjaman bagi proses permohonan.

Mitos 5: Anda hanya boleh menerima pinjaman peribadi dari “Ah-Long” atau perlu bayar yuran pendahuluan untuk mendapat pinjaman, sekiranya permohonan pinjaman bank gagal

kredit: marketing-interactive

Sebelum memohon sebarang pinjaman, siasat terlebih dahulu latar belakang sesebuah ejen yang menawarkan perkhidmatan pinjaman.  Sentiasa ada laporan berita tentang kes penipuan pinjaman akibat tersalah memilih agensi pinjaman.  Ramai peminjam tersalah memilih ejen yang tidak berlesen kerana terpedaya dengan tempoh kelulusan pinjaman yang pantas atau syarat pinjaman yang longgar, termasuklah pihak yang menjanjikan tempoh kelulusan dalam masa 1 jam sahaja!

Sebagai pihak peminjam, anda harus sentiasa berwaspada terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyiasat latar belakang syarikat mereka dengan teliti. Sekurang-kurangnya, anda perlu tahu bahawa pinjaman yang sah tidak akan mengenakan apa-apa yuran pendahuluan sebelum menerima pinjaman. Baca blog kami untuk mengenal pasti pinjaman yang berunsurkan penipuan.  Platform pinjaman, seperti Direct Lending, ditubuhkan untuk membantu permohon untuk semak dan dapatkan pinjaman yang sesuai untuk mereka dengan cepat, mudah dan selamat. Perkhidmatan adalah 100% percuma.

Kesimpulan

Ramai daripada kita mempunyai konsep yang salah tentang pinjaman peribadi. Pinjaman peribadi boleh menjadi bantuan yang bermakna pada saat anda memerlukannya, dengan syarat, anda sendiri sebagai pihak peminjam faham dan jelas dengan tujuan pinjaman yang dibuat serta berdisiplin dalam memberi komitmen untuk membayar balik pinjaman. Jangan salahkan pihak lain sekiranya pihak peminjam sendiri gagal dalam menguruskan kewangan dengan baik.

Jika anda memerlukan khidmat nasihat kewangan atau ingin mendapatkan pinjaman peribadi yang selamat, layarilah laman web Direct Lending. Direct Lending ialah platform pinjaman peribadi atas talian yang membantu kakitangan kerajaan (pinjaman koperasi) dan juga pekerja swasta untuk semak dan dapatkan pinjaman yang sesuai dengan cepat, mudah dan selamat. Perkhidmatan kami ialah 100% percuma.

Direct Lending

Add comment