Direct Lending

Apakah Cara Bayaran Terbaik Apabila Membeli Motorsikal Baru?

Kenderaan peribadi yang sering menjadi pilihan orang ramai adalah kereta atau motosikal. Memandangkan harga kereta di Malaysia adalah tinggi, maka motosikal adalah pilihan yang lebih baik untuk para pelanggan yang ingin memiliki kenderaan peribadi dengan harga yang lebih rendah.

Antara soalan lazim yang bermain di fikiran para pelanggan adalah :

Apakah pembiayaan terbaik untuk motosikal saya? Pembiayaan sewa beli atau pinjaman peribadi?

Pembiayaan sewa beli

Kredit: cityofhomer-ak.gov

Biasanya, pembiayaan yang menjadi pilihan untuk membeli motosikal adalah Pembiayaan Motosikal memandangkan skim sewa beli. Pelanggan dapat mengguna-pakai kenderaan tersebut sambil membayar pinjaman bulanan, walaupun mereka tidak mempunyai hak sepenuhnya ke atas kenderaan tersebut sehingga pinjaman tersebut telah selesai sepenuhnya. Faedah (atau lebih dikenali sebagai kadar keuntungan bagi perbankan Islamik) dan tempoh pembayaran adalah berbeza mengikut jenis motosikal yang dibeli.

Jadual di bawah menunjukkan pakej pembiayaan yang biasanya ditawarkan oleh Pembiayaan Motosikal AEON Credit (maklumat adalah tepat sewaktu tulisan dikarang)

Jenis Motosikal Faedah / kadar keuntungan sebulan, % Tempoh Pembayaran Maksima Margin Kewangan
 Moped
(< 250 cc)
Daripada 0.83% Sehingga 60 bulan Sehingga 90%
Berkuasa Tinggi
(≥ 250 cc)
Daripada 0.40% Sehingga 84 bulan

Pinjaman peribadi – pilihan berbeza?

Kredit: Loans Canada

Antara pembiayaan alternatif untuk membeli motosikal adalah menggunakan pinjaman peribadi (atau pinjaman koperasi untuk penjawat awam), di mana pelanggan akan membuat pinjaman daripada institusi kewangan dan membayar ansuran pinjaman peribadi.

Antara kebaikan mengunakan pinjaman peribadi adalah:

  • Motosikal menjadi hak milik sepenuhnya (pembelian secara tunai daripada pembekal)
  • Tempoh pembayaran lebih tinggi, sehingga 120 bulan
  • Ansuran bulanan yang mungkin lebih rendah (pinjaman diedarkan pada tempoh masa yang lebih panjang)

Tetapi, harus diingatkan bahawa penerimaan pinjaman peribadi adalah berdasarkan latar belakang kredit dan kriteria kelayakan. Individu yang hendak memperoleh pinjaman peribadi (atau pinjaman koperasi) tertakluk kepada pemeriksaan kredit dan kriteria kelayakan yang ketat, selain daripada kelulusan yang lebih memakan masa.

Contohnya, Public Islamic Bank menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan dengan kadar keuntungan 5.20% setahun (0.43% sebulan) dengan tempoh pembayaran sehingga 120 bulan.

Perbandingan pembiayaan motosikal dan pinjaman peribadi

Berikut adalah 2 contoh – yang pertama adalah pembelian motosikal 250cc dan yang kedua adalah pembelian motosikal berkuasa tinggi 650cc menggunakan pembiayaan motosikal (daripada AEON Credit) dan pinjaman peribadi (daripada Public Islamic Bank) untuk membuat mengetahui pilihan yang mana adalah lebih berbaloi.

Contoh 1 : Membeli motosikal Honda CBR50R 250cc dengan harga RM21,940

Kredit: CarAndBike

 

Pembiayaan Motosikal Pinjaman Peribadi
Kadar keuntungan bulanan 0.83% 0.43%
Tempom Pembayaran 60 bulan 60 bulan
Bayaran Faedah (RM) 21,940 x 0.83% x 60 = 10,926 21,940 x 0.43% x 60 = 5,661
Penjimatan Faedah (RM) 10,926 –5,661 = 5,265
Jumlah Bayaran  (RM) 21,940 + 10,926 = 32,866 21,940 + 5,661 = 27,601
Ansuran Bulanan 32,866 / 60 = 548 27,601/ 60 = 460

Pinjaman peribadi lebih menjimatkan – Dalam kes ini, pelanggan dapat peroleh penjimatan sebanyak RM5,265 dengan membeli motosikal menggunakan pinjaman peribadi, dan ansuran bulanan juga kira-kira RM90 lebih rendah dengan menggunakan pinjaman peribadi.

Contoh 2 : Membeli motosikal Honda CB650F 650cc dengan harga RM44,995

Kredit: Honda UK
Pembiayaan Motosikal Pinjaman Peribadi
Kadar Keuntungan Bulanan 0.40% 0.43%
Tempoh Pembayaran 84 bulan 84 bulan
Bayaran Faedah (RM) 44,995 x 0.40% x 84 = 15,118 44,995 x 0.43% x 84 = 16,252
Penjimatan Faedah (RM) 16,252 – 15,118 = 1,134 (lebuh penjimatan dengan embiayaan motosikal)
Jumlah Bayaran (RM) 44,995 + 15,118 = 60,113 44,995 + 16,252 = 61,247
Ansuran Bula 60,113 / 84 = 715 61,247 / 84 = 729

Pembiayaan motosikal lebih menjimatkan – Bagi kes ini pula, pelanggan memperoleh penjimatan sebanyak RM1,134 dengan membeli motosikal menggunakan pembiayaan motosikal, dan ansuran bulanan lebih rendah sebanyak RM15 dengan menggunakan pembiayaan motosikal.

Kesimpulan

Adakah pinjaman peribadi pilihan yang lebih baik untuk membeli motosikal? Mungkin ya, mungkin tidak. Ia bergantung kepada profil dan akses kredit anda. Sebagai pelanggan bijak, anda patut nilai kesemua pilihan sebelum membuat keputusan yang sesuai dengan keperluan kewangan anda. Anda perlu meneroka pilihan pinjaman peribadi. Mungkin ia adalah pilihan yang berbaloi.

Jika anda adalah kakiangan kerajaan dan memilih untuk membuat pinjaman peribadi koperasi untuk membeli motosikal, semak kelayakan pinjaman anda dengan Direct Lending.

Direct Lending

Add comment