Direct Lending

Pengeluaran Wang Akaun 1 KWSP: Setuju atau Tidak?

Cadangan untuk mengeluarkan wang bersyarat secara ‘one-off’ RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi hot topik sekarang di kalangan rakyat. Jumlah pengeluaran itu tidak ditetapkan lagi dan tidak semestinya setinggi RM10,000. Idea di sebalik pengeluaran KWSP ini adalah untuk bantu rakyat mengharungi tekanan hidup kesan daripada penularan Covid-19.

Setakat ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran i-Lestari di mana pencarum boleh keluarkan wang simpanan dalam Akaun 2 maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Tambahan pula, ahli KWSP diberi pilihan untuk kekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11% atau menurunkan kepada 7% pada bulan April tahun ini.

Kelonggaran sudah diberikan untuk pemilik akaun KWSP mengeluarkan daripada Akaun 2. Dan jika kelonggaran diberikan untuk pengeluaran Akaun 1, ramai risau pulak dengan masalah kewangan pada hari persaraan. Sebab tujuan simpanan KWSP adalah untuk kegunaan pada hari tua atau persaraan.

Ada yang setuju dengan pengeluaran KWSP dan ada yang tidak. Tetapi persoalannya adakah rakyat Malaysia yakin dengan diri mereka sendiri? Untuk mengeluarkan wang KWSP tersebut dan hanya guna pada masa atau keperluan mendesak sahaja?

Jom kita lihat poll daripada Malaysiakini di Twitter.

*Info yang dipaparkan adalah sekadar perkongsian sahaja.

Seramai 71.4% yang setuju dengan pengeluaran daripada Akaun 1 KWSP. Antaranya komen daripada pengundi yang setuju dengan pengeluaran:

Kedua-dua pengguna Twitter ini pula mempersoalkan perspektif yang menarik mengenai masa hadapan yang belum pasti seperti, “Adakah kita pasti akan bersara? Adakah kita akan hidup sampai hari tua?”.

Tetapi ada juga yang rasa pengeluaran haruslah diberi prioriti kepada pihak yang memerlukan sahaja:

Tapi kalau dikatakan ada kekangan kewangan, ada juga yang telah membuat pembelian mahal seperti kereta baru.

Dan ada juga sampai yang tengah hamil hendak jual buah pinggang atas desakkan hidup. Perkongsian di Instagram oleh @drzulkiflialbakri.

Apakah pandangan kami terhadap pengeluaran wang Akaun 1 KWSP?

Cadangan untuk keluarkan wang KWSP daripada Akaun 1 bergantung kepada keputusan kerajaan dalam Belanjawan 2021 samada untuk meluluskannya atau tidak. Sekiranya cadangan ini diluluskan, maka pilihan untuk mengeluarkan atau menyimpan wang KWSP masih kekal di tangan anda.

Jadi, tepuk dada tanya selera, apakah tujuan untuk pengeluaran KWSP tersebut?

Hanya keluarkan wang KWSP sekiranya:

  • Anda tiada atau kehilangan sumber pendapatan dan tidak mempunyai dana kecemasan.
  • Anda mempunyai tunggakan hutang yang tinggi. Contohnya pinjaman sedia ada, bil utiliti yang tertunggak.

Terus simpan wang dalam KWSP sekiranya:

  • Anda masih bekerja dan mempunyai sumber pendapatan yang tetap.
  • Anda mempunyai simpanan kecemasan cukup untuk 6 bulan.
  • Anda tidak mempunyai akaun persaraan yang lain.
  • Jika tujuan hanyalah semata-mata untuk membeli barang kehendak seperti Proton X50, iPhone 12, PS5 dan lain-lain, maka lupakan pembelian tersebut.

Penulisan artikel ini hanya semata untuk perkongsian sahaja dan tidak mewakili pendapat mana-mana pihak tertentu.

Artikel ini ditulis oleh Direct Lending, satu platform pinjaman peribadi bank dan koperasi khas untuk penjawat awam. Semak kelayakan anda secara percuma. Kadar faedah serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja. 

Direct Lending

Add comment