Direct Lending

Apakah Perbezaan antara Koperasi dan Pemberi Pinjaman Berlesen?

Kebanyakan pinjaman peribadi di Malaysia ditawarkan oleh bank, Koperasi dan Pemberi Pinjaman Berlesen. Ramai yang memikirkan bahawa Koperasi dikategorikan di bawah Pemberi Pinjaman Berlesen atau sebaliknya. Sebelum kita teruskan perbincangan mengenai perbezaan di antara Pinjaman Koperasi dan pinjaman peribadi oleh Pemberi Pinjaman Berlesen, marilah kita fahamkan konsep umum terma-terma tersebut.

Gambar oleh Chinnarach

Apa itu Koperasi?

Dalam terma mudah, hanya kakitangan kerajaan sahaja boleh mohon Pinjaman Koperasi. Pembayaran balik Pinjaman Koperasi dilakukan menerusi skim potongan gaji menerusi Biro ANGKASA. Kebanyakan Pinjaman Koperasi adalah berkonsep Syariah. Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai Pinjaman Koperasi, baca rencana kami mengenai “Apakah Pinjaman Koperasi & Perbezaannya dengan Pinjaman Bank Komersial?

Apa itu Pemberi Pinjaman Berlesen?

Pemberi Pinjaman Berlesen merupakan pemberi pinjaman yang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Selalunya, kelebihan meminjam daripada Pemberi Pinjaman Berlesen adalah kelulusan dan pembayaran segera. Berbanding dengan bank komersial, Pemberi Pinjaman Berlesen lebih santai dalam penilaian kredit. Baca di sini untuk ketahui perbezaan di antara Pemberi Pinjaman Berlesen dan Ah Long.

Apakah perbezaan utama di antara Koperasi dan Pemberi Pinjaman?

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara Koperasi dan Pemberi Pinjaman Berlesen.

KOPERASI KRITERIA PEMBERI PINJAMAN BERLESEN YANG MEMATUHI AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dikawal dan Diselia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Dilesenkan di bawah Akta Koperasi 1993. Pelesenan Dilesenkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Kakitangan kerajaan dan pekerja terpilih di bawah kerajaan negeri atau persekutuan, pekerja perbandaran, badan berkanun, agensi berkaitan kerajaan dan sebagainya. Kelayakan Kakitangan kerajaan, pekerja swasta dan individu yang bekerja sendiri.
Lazimnya dari RM1,000 sehingga RM100,000-150,000. Segelintir Koperasi boleh memberi pinjaman sehingga RM250,000. Jumlah Pinjaman Lazimnya RM1,000 sehingga RM10,000. Sungguh begitu, terdapat Pemberi Pinjaman yang menawarkan cagaran yang lebih tinggi.
Maksimum sehingga 10 tahun. Tempoh Pinjaman Maksimum sehingga 5 tahun.
Lazimnya daripada 4.9% sehingga 10% setahun (pinjaman tidak bercagar). Kadar Faedah Maksimum 12% setahun (pinjaman bercagar) dan 18% setahun (pinjaman tidak bercagar) seperti yang dinyatakan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Kebanyakan tidak bercagar. Keperluan Cagaran Mungkin memerlukan cagaran untuk jumlah pinjaman yang tinggi.
Bergantung pada Koperasi, dari 2 hari sehingga 3 minggu. Waktu Pemprosesan Lazimnya pemprosesan adalah pantas, dari 1 hari sehingga satu minggu.
Bergantung pada Koperasi, ada Koperasi terima rekod CTOS negatif, komitmen luaran tinggi, ‘Akaun Perhatian Khusus’ (Special Attention Account – SAA) di CCRIS, berdaftar dengan AKPK. Kriteria Kredit Bergantung pada Pemberi Pinjaman, ada koperasi terima rekod CTOS negatif, komitmen luaran tinggi, ‘Akaun Perhatian Khusus’ (Special Attention Account – SAA) di CCRIS, berdaftar dengan AKPK.
Potongan gaji secara automatik menerusi Biro ANGKASA ataupun Jabatan Akauntan Negara. Bayaran Balik ‘Auto-debit’ atau kemasukan secara manual menerusi bank.
Kebanyakan pinjaman Islamik. Konvensional atau Islamik? Kebanyakan pinjaman Konvensional.

Jadi, adakah saya patut dapatkan pinjaman peribadi daripada Koperasi atau Pemberi Pinjaman Berlesen?

Gambar oleh Black Salmon

Secara amnya, jika anda layak dapatkan pinjaman bank, ini sepatutnya menjadi pilihan utama memandangkan kos yang lebih rendah. Jika anda tidak layak, kedua-dua Koperasi dan Pemberi Pinjaman Berlesen boleh jadi pilihan kepada anda. Tetapi ia juga bergantung kepada situasi kewangan anda dan juga pakej pinjaman yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman.

Anda seharusnya memilih pinjaman yang sesuai dengan keperluan. Contohnya, jika anda merupakan kakitangan kerajaan, jelaslah yang memohon Pinjaman Koperasi lebih bermanfaat dari segi kadar faedah rendah, penilaian kredit lebih santai dan kemudahan bayaran balik. Namun begitu, jika anda memerlukan jumlah pinjaman yang sedikit dalam masa yang singkat bagi tujuan kecemasan (contohnya untuk dapatkan wang dalam masa sehari), maka pinjaman mikro daripada pemberi pinjaman berlesen boleh jadi salah satu jalan penyelesaian.

Sentiasa pastikan anda jelas tentang terma pinjaman – kadar faedah, tempoh pinjaman, kadar bayaran balik bulanan, wang tunai di dalam tangan dan juga denda jika terlewat bayar. Semua pemberi pinjaman sah akan memberikan semua maklumat dengan jelas sebelum anda bersetuju dengan pinjaman dan segala terma akan dinyatakan dengan terang di dalam perjanjian.

Akhir sekali, kami ingin mengingatkan para pembaca untuk selalu berwaspada bahawa pemberi pinjaman sah tidak akan minta sebarang bayaran dari peminjam atau ambil kad ATM anda. Hanya jika terdapat sebarang yuran transaksi, maka jumlah tersebut akan ditolak daripada jumlah pinjaman. Pemberi pinjaman sah tidak akan minta sebarang yuran atau bayaran pendahuluan.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi untuk penjawat awam di Malaysia untuk mencari, mohon dan terima pinjaman yang terbaik. Perkhidmatan Direct Lending adalah 100% percuma. Semak kelayakan pinjaman anda dengan percuma dan selamat.

Direct Lending

Add comment