Direct Lending

4 Perkara Yang Bakal Anda Belanjakan Paling Banyak Pada Hari Raya Aidilfitri 2020

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 14 Mei 2017 dan dikemas kini pada 18 Mei 2020).

Ramai di antara kita di Malaysia, Indonesia, Singapura dan di negara lain akan menyambut Hari Raya Aidilfitri agak berbeza tahun ini. Disebabkan oleh wabak COVID-19, ini akan menjadi kali pertama bagi ramai orang untuk merayakan perayaan Hari Raya di rumah.

Walaupun anda tidak dapat ‘balik kampung’ tahun ini, tetapi anda masih boleh meraihkan dan menyiapkan perayaan Raya daripada keselesaan rumah anda sendiri. Sebelum membuat persediaan untuk perayaan ini, anda patut urus kewangan anda dengan baik. Agar anda tidak perlu ikat perut sebelum tunggu gaji bulan depan.

Salah satu cara terbaik untuk memastikan anda tidak berbelanja secara berlebihan adalah dengan menetapkan belanjawan untuk setiap kategori barang yang anda perlukan. Sini adalah senarai aplikasi kewangan percuma yang anda boleh gunakan untuk menjejaki perbelanjaan bulanan anda.

Apabila anda telah melakukannya, mari kita ketahui apakah empat perbelanjaan terbesar tersebut dan bagaimana anda boleh berjimat sambil berbelanja untuk semua keperluan ini!

1. Pakaian

Gambar oleh Says

Memakai pakaian baru pada pagi Raya adalah suatu perasaan yang mengujakan. Terutamanya apabila anda memakai pakaian tercantik anda selepas berada di rumah sewaktu masa PKP ini.  Tetapi, kos membeli pakaian perayaan ini adalah semakin mahal. Jika anda perlu membeli untuk sekeluarga, terdapat kemungkinan yang anda akan berbelanja melebihi had yang anda mahu.

Salah satu pilihan untuk mengurangkan kos pembelian baju raya adalah dengan membeli secara online. Laman web seperti Zalora, Poplook, Losravelda, Kamdar dan selainnya mempunyai pilihan pakaian dalam pelbagai style, design dan harga. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya dengan mengambil ukuran tubuh yang tepat untuk memastikan saiz yang betul. Ada sesetengah kedai online yang menawarkan polisi pertukaran sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda. Jika anda ingin membeli baju raya untuk sekeluarga, terdapat pilihan tempat lain yang boleh dikunjungi seperti Kenanga Wholesale City mall.

2. Duit Raya

Gambar oleh Dollars and Sense

Sebagai pelengkap sambutan ini, pemberian sampul hijau kecil berisi duit adalah suatu tradisi yang amat bermakna sebagai tanda bermurah hati. Ada yang tidak dapat menziarahi saudara-saudari di negeri lain boleh cuba memilih untuk memberikan Duit Raya dengan cara ‘online transfer’. Contohnya, Maybank ada menawarkan fungsi e-Duit Raya yang anda boleh cubakan.

Walaubagaimanapun, kadang-kala ia boleh meningkatkan kos sekiranya anda perlu memberikan Duit Raya kepada terlalu ramai tetamu. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan memberi minimum RM1 sebagai syarat melepasi adat pemberian duit raya. Selain itu, terdapat barangan yang kreatif dan murah seperti penanda buku dan kupon hadiah yang boleh diberikan kepada tetamu sebagai pengganti duit raya. Pemberian hadiah dalam Islam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kami juga telah menemui beberapa barangan yang menarik yang boleh diberikan sebagai Duit Raya sebagai pengganti wang.

3. Makanan

Gambar oleh mStar

Apakah sambutan Raya jika tiadanya hidangan kegemaran anda? Rendang, ketupat dan beberapa pencuci mulut tradisional Melayu yang lazat memainkan peranan yang penting pada hari perayaan ini! Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilonggarkan untuk memberi maximum 20 orang berkumpul di suatu tempat.

Walaupun ‘rumah terbuka’adalah dilarang sewaktu masa PKP ini, tetapi anda masih boleh menyambut Hari Raya dan bertemu dengan adik-beradik dan keluarga anda. Bahagikan bil makanan antara adik-beradik atau saling bertukar juadah untuk menjimatkan wang sambil menghayati kelazatan makanan bersama. Sebagai tambahan, pastikan anda memilih pencuci mulut yang ringkas dan menjimatkan seperti Kuih Semperit dan Conflakes Madu.

4. Hiasan Rumah

Gambar oleh Kaodim

Sama ada anda menerima kunjungan tetamu atau tidak, separuh daripada keseronokan perayaan tersebut adalah dengan menghias rumah. Senarai penambahbaikan termasuklah (tetapi tidak terhad kepada) cat baru, sarung kusyen baru, cadar dan langsir. Semestinya perkara ini menggunakan kos yang banyak. Cara terbaik untuk menjimatkan kos adalah dengan memilih untuk membeli beberapa barang baru, guna semula barangan yang masih berkeadaan baik, susun atur perabot, cat semula meja kopi atau kabinet dan memilih untuk melakukan dekorasi sendiri untuk mendapatkan rumah yang indah pada hari perayaan tersebut. Sini adalah beberapa cara bajet untuk menghiaskan rumah anda pada Hari Raya ini.

Akhirnya, bagi mereka yang menyambut Raya, jangan lupa mengambil banyak gambar ya. Semua sudah berpakaian cantik-cantik, gunakanlah masa ini untuk berfoto bersama ahli keluraga anda untuk memperingati perayaan Hari Raya yang unik tahun ini. Anda juga boleh menyerlah kreativiti anda dan DIY tempat sesuai di rumah anda untuk dijadikan sebagai latar belakang backdrop untuk sesi bergambar. Secara kesimpulannya, anda tidak perlu membelanjakan jumlah yang besar untuk merayakan Hari Raya yang bermakna. Jangan lupa untuk amalkan perbelanjaan yang sederhana.

Ingin mencari wang tambahan pada Hari Raya ini untuk menjadikan sambutannya lebih bermakna? Anda boleh mohon pinjaman peribadi dengan Direct Lending pada kadar yang berpatutan serendah 3.9% dan dapat wang tunai secepat 2 hari bekerja.

Suka baca artikel seperti ini? Ikutilah kami di blog dan Facebook page untuk lebih tips penjimatan wang!

Direct Lending

Add comment