Direct Lending

Haruskah anda membuat pinjaman peribadi untuk menjalankan perniagaan sampingan?

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 18 Disember 2017 dan dikemas kini pada 6 Julai 2020.)

Salah satu cara untuk memastikan anda mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi untuk perniagaan sampingan anda adalah dengan membuat pinjaman. Anda boleh memohon untuk membuat pinjaman peribadi ataupun pinjaman perniagaan. Di sini kami kongsikan beberapa perbezaan antara kedua-dua jenis pinjaman ini dan juga panduan supaya anda boleh membuat pilihan terbaik sama ada untuk membuat pinjaman peribadi ataupun pinjaman perniagaan demi perniagaan anda.

Perbezaan antara Pinjaman Peribadi & Pinjaman Perniagaan

Gambar oleh Autonuk

Pinjaman peribadi diberikan kepada individu dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Kebiasaannya, pinjaman jenis ini tidak memerlukan sebarang cagaran ataupun penjamin. Pinjaman peribadi ini diberi berdasarkan sejarah rekod kredit peminjam seperti CCRIS/ CTOS, potensi pendapatan dan kemampuan bayaran balik peminjam.

Sebaliknya, pinjaman perniagaan digunakan untuk tujuan perniagaan dan diberikan kepada syarikat atau entiti perniagaan, bukannya individu. Pinjaman perniagaan boleh digunakan untuk membeli premis, peralatan atau membantu membayar kerja model perniagaan.

Bilakah pinjaman peribadi sesuai digunakan untuk tujuan perniagaan?

Gambar oleh Pressfoto

1. Apabila amaun pinjaman yang diperlukan tidak banyak

Jika anda hanya memerlukan wang untuk membeli komputer atau barangan untuk perniagaan, anda mungkin mempertimbangkan untuk membuat pinjaman peribadi. Pinjaman peribadi boleh dibuat dengan amaun serendah RM1,000 sehingga RM250,000. Tambahan pula, pinjaman peribadi lebih cepat diluluskan dan memerlukan sedikit dokumen berbanding dengan pinjaman perniagaan.

2. Anda baru sahaja memulakan perniagaan & tidak mempunyai pengesanan rekod

Untuk meluluskan pinjaman, kebiasaannya anda memerlukan pengesanan rekod selama 2 atau 3 tahun serta mempunyai perniagaan yang baik aliran tunainya. Jika anda tidak dapat menyediakan dokumen sokongan ini, adalah lebih baik jika anda memohon pinjaman peribadi yang berdasarkan kemampuan pendapatan anda.

3. Anda tidak dapat menyediakan cagaran untuk pinjaman perniagaan

Pinjaman perniagaan selalunya memerlukan nilai cagaran seperti harta, kereta atau peralatan untuk melindungi pemberi pinjaman atau bank jika peminjam gagal membayar balik pinjaman. Jika anda tidak dapat menawarkan apa-apa cagaran kepada pihak bank, anda mungkin tidak mempunyai pilihan lain kecuali membuat pinjaman peribadi yang tidak memerlukan sebarang cagaran.

Bilakah pinjaman perniagaan sesuai digunakan untuk membiayai perniagaan anda?

Gambar oleh Freepik

1. Amaun pinjaman yang besar

Pinjaman peribadi yang bernilai besar bukanlah sesuatu yang mudah tanpa cagaran. Oleh itu, katakan jika anda memerlukan RM200,000, pinjaman perniagaan mungkin lebih sesuai digunakan. Walaupun begitu, amaun minimum untuk pinjaman perniagaan berbeza bagi setiap bank. Contohnya, sesetengah bank mungkin meletakkan minimum RM100,000 untuk perusahaan sederhana kecil (SME) yang istimewa.

2. Perniagaan anda telah lama beroperasi dan mempunyai rekod yang baik

Dengan rekod operasi yang lama dan baik, adalah lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman perniagaan kerana anda dapat membuktikan kepada peminjam bahawa perniagaan anda dapat menjana pendapatan yang tetap, membuat balik bayaran seperti yang dikehendaki dan mempunyai risiko kredit yang rendah. Perniagaan dengan rekod yang lama dan baik membolehkan anda untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dengan kadar faedah yang rendah serta terma bayaran yang lebih bagus.

3. Anda layak untuk sokongan pinjaman perniagaan kerajaan

Terdapat pelbagai sokongan pinjaman perniagaan yang diperkenalkan untuk membantu SME mendapatkan pinjaman perniagaan.  Contohnya ialah skim pinjaman berkaitan dengan Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (CGC) dan Tabung Khas BNM untuk PKS.

Jika perniagaan anda tergolong dalam SME dan anda layak untuk salah satu jenis pembiayaan tersebut, ia mungkin merupakan pilihan yang lebih baik daripada pinjaman peribadi kerana pinjaman perniagaan ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah tanpa memerlukan sebarang cagaran. Pinjaman sokongan kerajaan ini ditawarkan menerusi bank-bank di Malaysia.

Kesimpulannya, apabila membuat keputusan untuk memilih jenis pinjaman yang sesuai dengan perniagaan anda, adalah penting untuk mempertimbangkan keupayaan membayar balik dan kemudahan akses berbanding hanya mencari kadar paling murah.

Jika anda ingin mohon pinjaman peribadi, Direct Lending sedia membantu anda. Kami boleh bantu anda cari pinjaman peribadi yang sesuai dengan keperluan kewangan anda untuk mengembangkan perniagaan anda. Servis kami adalah 100% percuma dengan tiada caj tersembunyi atau caj pendahuluan. Baca Google review kami dan lihat ulasan pelanggan yang berpuas hati dengan servis terbaik kami.

Direct Lending

Add comment