Direct Lending

Bagaimana sambut Ramadhan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020?

COVID-19 telah mengubah kehidupan kita. Kita akan terus menjalani kehidupan kebiasaan baharu seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk membendung wabak COVID-19 yang sedang melanda. Salah satu usahanya adalah aktiviti keramaian telah ditunda, dibatalkan, atau ditangguhkan. Pihak berkuasa juga telah melarang aktiviti penjualan bazar di Malaysia bagi menghalang virus COVID-19 daripada terus menular.

Ramai yang mungkin kecewa atau khuatir kerana tidak dapat menyambut Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya. Ramadhan selalunya disambut dengan Solat Tarawih di masjid. Bazaar Ramadhan juga memainkan peranan penting dalam sambutan Ramadhan kerana manfaatnya bukan saja dirasai oleh para peniaga kecil, tetapi manfaatnya turut dirasai oleh para pelanggan yang boleh membeli makanan untuk berbuka dengan keluarga. Oleh itu, daripada merasa sedih dan tidak bersemangat pada bulan Ramadhan ini, marilah ubah pandangan kepada sudut yang lebih positif dengan menjadi lebih kreatif agar kemeriahan Ramadhan turut dirasai!

Jadi, macam mana nak sambut Ramadhan?

Gambar oleh Freepik

Antara perkara positif yang boleh diambil daripada situasi ini adalah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti ‘balik kampung’ tidak akan berlaku. Maka dengan itu, tidak perlulah memandu selama berjam-jam lamanya untuk beraya. Selain itu, ini juga adalah waktu yang amat sesuai untuk menyimpan wang kerana kurang pembelian makanan dari luar. Mereka yang sering sibuk bekerja dan tidak ada masa untuk meluangkan bersama keluarga kini boleh menebus masa yang hilang dahulu kala. Walaupun anda harus duduk rumah buat masa ini, terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan dari keselesaan kediaman anda sendiri.

1. Bazar Dalam Talian

Gambar oleh Atstock Production

Memandangkan bazar tahun ini dibatalkan, maka bazar dalam talian pun muncul di Internet bagaikan cendawan selepas hujan. Banyak peniaga yang berjinak-jinak dengan perniagaan digital menerusi landasan dalam talian dan sebagainya. Kami juga telah melancarkan bazar dalam talian kami sendiri di laman web Direct Lending iaitu Platform Jualan Peniaga Tempatan. Untuk landasan laman web pula, kami akan bekerjasama dengan Bazaar Rakyat sebagai rakan kewangan rasmi mereka. Sementara di Facebook pula, terdapat pelbagai kumpulan bazar dalam talian seperti Bazar Ramadhan & Food Delivery Bangi/Kajang/Serdang/Putrajaya, Bazaar Ramadhan Shah Alam Online Official 2020, Bazaar Ramadhan Online Subang Jaya dan lain-lain.

Pengguna kini mempunyai pilihan untuk berbuka puasa dengan juadah kegemaran mereka. Tambahan lagi, dengan bazar dalam talian, pengguna boleh mengurangkan pembelian mengikut nafsu yang sering berlaku sewaktu berbelanja di bazar biasa. Ini kerana dengan penggunaan bazar dalam talian, pengguna boleh semak ‘troli’ pembelian sebelum sempurnakan pembayaran. Perkara ini akan mengajar pengguna untuk berbelanja dengan lebih berhemah.

2. Kejutan Penghantaran Makanan

Gambar oleh Freepik

Siapa yang tidak suka kejutan? Ramadhan ini, apa kata berikan sedikit kejutan kepada keluarga ataupun kawan-kawan menerusi penghantaran makanan. Makanan enak pasti akan membawa kegembiraan. Lagipun, Ramadhan adalah bulan yang baik untuk bersedekah. Gunakan aplikasi penghantaran makanan seperti Foodpanda, Grab Food, dahmakan dan sebagainya. Aplikasi-aplikasi ini turut menawarkan potongan harga dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk rancang dan pesan awal supaya makanan sampai tepat pada masanya.

 3. DIY Kad Raya

Gambar oleh Pinterest

Gunakan kesempatan masa lapang di rumah sewaktu Ramadhan untuk membuat kad raya. Nanti bila hari raya sudah hampir, bolehlah hantarkan kepada keluarga dan kawan-kawan. Walaupun e-kad adalah lebih mudah, namun kad buatan tangan adalah lebih istimewa kerana ada sentuhan peribadi. Ini juga merupakan aktiviti seronok untuk dilakukan dengan pasangan dan anak-anak. Untuk idea dan inspirasi, boleh tengok di laman Pinterest.

4. Pesta Panggilan Video

Gambar oleh Business Insider

Cara yang terbaik untuk berhubung sewaktu masa PKP ini adalah melalui panggilan video. Sewaktu penularan wabak ini, panggilan video memainkan peranan besar untuk kekal berhubung dengan insan tercinta atau rakan sekerja. Anda juga boleh ‘berbuka puasa’ dengan insan tercinta menerusi panggilan video sewaktu mereka jauh di mata.

Walaupun Zoom sedang hangat menjadi buah mulut masyarakat kerana boleh menyertai sesi sembang tanpa memerlukan akaun, terdapat juga aplikasi panggilan video alternatif yang boleh digunakan dengan keluarga dan kawan. Skype yang popular sejak sekian lama membenarkan pengguna memanggil 50 peserta dalam satu masa tanpa perlu log masuk, asalkan pengguna menggunakan pelayar web Chrome atau Edge. Manakala Google Hangout pula mengehadkan panggilan kepada 25 peserta sahaja. Pengguna boleh menyertai dengan mudah menggunakan Gmail, aplikasi Hangouts, atau Chrome.

5. Kelas Agama Dalam Talian

Gambar oleh Learn Quran Online

Selain daripada belajar bahasa atau kemahiran baru, manfaatkan bulan mulia ini dengan mendekati Al-Quran menerusi bacaan, pemahaman, dan tafsiran isi kandungannya. Terdapat banyak sumber percuma yang boleh digunakan. Salah satu daripadanya adalah Fahm Al-Quran. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan https://bit.ly/2JKFcKl. Jangan hadkan pembelanjaran anda. Ajaklah sekali ahli keluarga anda agar semua boleh memperoleh manfaat.

Secara amnya, Ramadan pada tahun 2020 adalah berbeza dan lebih mencabar. Walaupun anda akan berjauhan dan tidak dapat bersemuka dengan keluarga dan kawan, tidak semestinya semangat dan perasaan hendak beraya itu harus dimatikan. Adalah penting untuk memperingati kenangan manis yang pernah berlaku dan menghargai satu sama lain walaupun dipisahkan menerusi jarak. Supaya nanti bila PKP telah berakhir dan hidup kembali seperti sedia kala, kita akan lebih menghargai setiap perkara, baik kecil atau besar. Baca juga artikel kami tentang tips berbuka puasa tanpa berbelanja lebih pada Ramadhan

Percayalah bahawa Ramadan masih bermakna. Ini adalah beberapa petua atau cara untuk menyambut Ramadan sewaktu masa yang mencabar ini. Harap artikel ini adalah berguna untuk anda. Yang pentingnya, keluar daripada zon kreatif anda dan sambutlah Ramadan dengan kreatif walaupun dengan PKP. Jika anda ada cadangan lain, jangan lokek untuk berkongsi dengan para pembaca. Kongsikan saja sebarang pendapat dan komen di laman Facebook kami.

Rencana ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah landasan pinjaman peribadi dalam talian yang menawarkan pinjaman mudah, selamat, dan berpatutan. Pinjaman peribadi yang ditawarkan mempunyai kadar menarik serendah 3.9% dan diproses sepantas 2 hari sahaja. Mohon percuma dengan kami!

Jika anda gemar baca rencana seperti ini, terus ikuti laman Facebook page dan blog kami. Di sana ada pelbagai rencana berkaitan kewangan yang amat berguna.

Direct Lending

Add comment