Direct Lending

5 Tempat yang Anda Boleh Kunjungi Untuk Keperluan yang Murah

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 8 July 2017 dan dikemas kini pada 5 Disember 2019.)

Harga barangan semakin meningkat tanpa dapat dikawal. Walaupun ramai di antara kita yang dapat hidup tanpa kemewahan, namun terdapat banyak keperluan yang tidak boleh dibeli tanpanya. Ini termasuklah barangan untuk dapur, pakaian, peralatan mandian, barangan rumah dan banyak lagi. Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk mengurangkan perbelanjaan untuk keperluan-keperluan tersebut.

Salah satu cara yang anda boleh cuba adalah dengan memilih tempat untuk membeli-belah. Anda boleh dapati bahawa ia hanya 10 hingga 30sen lebih murah di tempat beli-belah bajet ini. Biarpun sedikit sahaja tetapi lama-kelamaan anda dapat lihat manfaatnya. Jadi, simpan duit pada bila-bila masa. Kami cadangkan beberapa tempat membeli-belah berpatutan yang anda boleh cuba!

Untuk Sayuran Segar, Daging dan Makanan Laut

Gambar oleh Mael Balland

Tidak ada tempat yang dapat mengalahkan harga di pasar segar pagi. Ini merupakan tempat terbaik untuk anda mendapatkan keperluan yang segar dan pelbagai dengan harga yang berpatutan. Daging di sini adalah yang disembelih dengan segar dan ikan adalah yang dibawa terus daripada lautan. Sayuran yang didapati di sini lebih besar dan kurang cela berbanding di tempat lain.

Satu-satunya kelemahan yang mungkin ada ialah dari segi waktu perniagaannya yang hanya beroperasi pada waktu pagi sedangkan pada waktu tersebut para pekerja berlumba-lumba pergi bekerja dan tidak sempat membeli di pasar ini. Anda boleh bangun lebih awal atau membeli-belah pada hujung minggu untuk menyimpan stok bahan mentah sepanjang minggu berikutnya.

Sesetengah tempat mungkin mempunyai Pasar Malam yang beroperasi pada waktu malam yang menjual makanan dan bahan mentah. Harganya hampir sama dengan pasar segar pagi dan peniaga juga selalunya menawarkan pilihan barangan yang pelbagai.

Bahan Kering

Gambar oleh Lilly Daily

Anda juga boleh pergi ke pasar segar untuk dapatkan barangan seperti ikan masin, belacan, mi, sayur-sayuran yang dijeruk dan sebagainya. Tetapi jika anda mencari makanan dalam tin, makanan ringan, makanan beku yang dimasak, mi segera dan sebagainya, anda mungkin boleh dapatkannya di pasar raya besar yang mempunyai pelbagai jenama supaya anda boleh membuat perbandingan harga.

Perkakasan dan DIY

Gambar oleh The Malaysian Reserve

Adalah lebih bagus jika anda dapat menyelesaikan sendiri masalah kecil di rumah seperti membaiki paip yang bocor, mentol lampu yang rosak, tombol pintu yang rosak dan sebagainya. Ini merupakan satu strategi untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan. Antara tempat yang mungkin anda boleh kunjungi untuk dapatkan barangan tersebut ialah kedai seperti MR. DIY. Mereka menawarkan pilihan yang pelbagai untuk komponen dan peralatan sehingga hampir separuh harga lebih murah berbanding rangkaian perkakasan luar negara yang semakin banyak muncul sejak kebelakangan ini ibarat ‘cendawan yang tumbuh selepas hujan’.

Produk Peralatan Rumah

Gambar oleh Aeon Retail

Kedai-kedai bajet Jepun seperti Daiso menawarkan peralatan pembersihan, kraf, peralatan berkebun, alat tulis, pinggan mangkuk, kutleri dan sebagainya. Terdapat pelbagai barangan yang dijual dan semuanya berharga RM5.90 (harga adalah tepat sewaktu tulisan dikarang).

Banyak produk mereka menjalani pemeriksaan kualiti yang ketat jadi anda tidak perlu risau tentang nilai pembelian anda. Terdapat juga kedai bajet Korea seperti Yubiso dan KIODA yang menjual peralatan mandian, penjagaan kulit dan kosmetik dengan harga yang agak berpatutan tetapi dengan kualiti yang tinggi. Jadi anda mungkin ingin kunjungi tempat-tempat seperti ini.

Pakaian dan Fabrik

Gambar oleh Becca McHaffie

Sekiranya anda inginkan pakaian kasual, tempat yang paling berpatutan adalah di kedai ‘bundle’. Selalunya, benda-benda bundle itu memang unik atau ‘rare’ sebab kebanyakan barangan diimport dari US atau Jepun.

Jalan-Jalan Japan adalah tempat yang menjual barangan terpakai seperti pakaian, pinggan mangkuk, kasut dan sebagainya. Barangannya biasanya berharga kurang daripada RM10 setiap satu. Terdapat 3 cawangan di Kuala Lumpur dan 1 di Negeri Sembilan.

Salah satu promosi popular mereka adalah ‘TaPauSab’ yang diadakan pada hari Sabtu minggu terakhir setiap bulan. Para pelanggan boleh mengisi beg dengan penuh dengan harga RM5 untuk 1 beg dan RM10 untuk 3 beg. Contohnya, sebanyak 39 helai baju boleh dimuatkan ke dalam 3 beg. Kosnya adalah 21sen untuk sehelai pakaian.

Satu pilihan untuk pakaian formal dan berpatutan adalah dengan membeli-belah dalam talian, kerana ia memberikan anda peluang untuk membuat perbandingan harga sebelum membuat keputusan. Contohnya, anda boleh membeli daripada platform Taobao melalui agen seperti ezbuy, buy2taobao, sgshop dan sebagainya. Kebanyakan butik di Malaysia dapatkan stok mereka daripada China. Jadi, jika anda membeli terus daripada China, harganya adalah lebih murah. Untuk tips ekstra, bacalah artikel kami tentang cara bijak untuk berjimat ketika membeli baju.

Jika anda memerlukan kain untuk membuat tirai, kain meja atau pakaian, pergilah ke Nilai Square dan Nilai 3 kerana mereka mempunyai pilihan yang paling pelbagai. Anda akan menemui harga yang paling berpatutan di sana serta dapat menjimatkan wang. Sebuah lagi kawasan untuk membeli kain adalah di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran dengan pusat beli-belah SOGO.

Secara kesimpulannya, dengan beberapa disiplin dan kawalan diri, anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan anda dan tetap hidup dengan selesa mengikut kemampuan anda. Mula dengan membina tabiat baik dengan perubahan kecil setiap hari.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk cari, mohon dan peroleh pinjaman yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.

Ikutilah blog & Facebook kami untuk tips pengurusan kewangan yang berguna.

Direct Lending

Add comment