
Kebanyakan daripada kami pernah membuat pinjaman sebelum ini, mungkin untuk membayar perbelanjaan yang tidak dijangkakan, mengejar suatu impian atau menggabungkan hutang. Kemungkinan besar anda pernah menghadapi kekecewaan ini semasa berurusan dengan pemberi pinjaman tradisional:
Lebih teruk lagi, mereka yang menghadapi masalah kewangan yang serius atau peminjam yang permohonannya ditolak oleh pemberi pinjaman tradisional mungkin berhadapan dengan pemberi hutang yang menipu mereka dari wang yang dimiliki atau mengenakan faedah yang berganda-ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dipinjam.
Direct Lending merupakan sebuah platform pinjaman dalam talian yang ditubuhkan oleh sebuah pasukan profesional kewangan dan teknologi yang mempunyai pengalaman bersama selama lebih banyak daripada 30 tahun yang diperolehi daripada bertugas di Malaysia, London, Hong Kong dan Singapura.
Matlamat kami mudah - memberikan kebebasan kewangan kepada semua melalui pinjaman yang lebih cepat, mudah, selamat dan mampu milik.
Agenda pertama kami - cara meminjam yang lebih baik untuk kakitangan awam. Direct Lending merupakan wakil pemasaran yang sah untuk pinjaman bank dan koperasi untuk kakitangan kerajaan di Malaysia.
Pada tahun 2018, kami juga mulai bekerjasama dengn JCL Credit Leasing Sdn Bhd, sebuah syarikat pinjaman berlesen di bawah KPKT, untuk menawarkan pinjaman peribadi kepada pekerja swasta. Nantikan produk dan perkhidmatan lain daripada kami.
Kami adalah sebuah syarikat yang sedang berkembang dan ingin bertambah baik setiap hari untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Oleh itu, kami perlukan maklum balas anda. Bagaimana kami boleh membantu anda menjadi lebih berdikari dari segi kewangan? Apakah yang boleh kami lakukan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik?
Hantarkan maklum balas anda ke founder@directlending.com.my