5 Perkara Untuk Awasi Sewaktu Mohon Pinjaman Koperasi

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 5 April 2018 dan dikemas kini pada 1 April 2021).

Sebarang perkara yang melibatkan wang perlu dijalankan dengan berhati-hati agar anda tidak perlu menanggung rugi. Apabila anda mohon pinjaman koperasi, terutamanya sewaktu kecemasan, pastikan anda tidak terpedaya dengan individu atau skim penipuan yang ingin mengambil kesempatan di atas kesempitan anda.

Pastikan anda meneliti 5 perkara yang disenaraikan sebelum membuat keputusan untuk mengambil pinjaman koperasi bagi menjamin kesejahteraan diri anda serta keselamatan wang anda.

Sumber Gambar: Mostafa Meraji

1. Tidak ada sebarang bentuk bayaran pendahuluan

Sumber Gambar: Jomnichapa

Pemberi pinjaman yang sah tidak akan sesekali meminta pembayaran pendahuluan sebelum menerima wang pinjaman. Sebarang kos insurans, duit setem, yuran pemprosesan akan ditolak daripada jumlah pinjaman. Jangan pernah sesekali membuat sebarang pembayaran kepada pemberi pinjaman sebelum menerima wang pinjaman.

Banyak koperasi memasarkan pinjaman peribadi menerusi ejen-ejen. Semua ejen yang sah, seperti Direct Lending, akan menerima komisyen secara terus daripada koperasi apabila wang pinjaman telah diberikan kepada peminjam. Ejen adalah dilarang sama sekali untuk meminta sebarang bayaran atau yuran daripada peminjam. Jauhkan diri daripada ejen tersebut jika dia meminta kad ATM atau untuk membayar komisyen selepas pinjaman anda telah diluluskan. Kemungkinan besar itu individu tersebut adalah seorang penipu.

2. Dapatkan maklumat yang jelas mengenai sebarang pembayaran dan yuran yang ditolak menerusi wang pinjaman

Sumber Gambar: Freepik

Pastikan anda mempunyai maklumat yang jelas dan terperinci mengenai caj dan yuran yang dikenakan sewaktu memohon pinjaman kaoperasi.

Caj dan yuran pinjaman koperasi yang lazim adalah seperti berikut:

  • Duti setem
  • Bayaran insurans yang melindungi anda jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini
  • 1 sehingga 2 bulan pembayaran pendahuluan (ini disebabkan potongan Biro Angkasa biasanya hanya akan berkuat kuasa selepas 2 bulan selepas menerima pinjaman)

Ada sesetengah koperasi akan mengenakan yuran ahli sebanyak RM25 sehingga RM30 sebulan bagi pinjaman pertama. Yuran ahli akan dipotong terus menerusi gaji bulanan anda dan ia tidak akan dikembalikan semula. Pinjaman koperasi yang tidak mengenakan ahli yuran termasuk Yayasan Ihsan Rakyat dan Pinjaman Public Islamic Bank-MCCM.

Anda selaku peminjam biasanya akan menerima 80% sehingga 98% daripada jumlah pinjaman ‘payout’ setelah menolak jumlah caj dan yuran yang dikenakan (tepat pada waktu penulisan). Ini bermakna jika anda memohon pinjaman sebanyak RM1,000, anda akan menerima RM800 sehingga RM980. Pastikan anda mempunyai maklumat yang jelas mengenai jumlah yang akan diterima agar anda berpuas hati dengan jumlah wang yang anda akan terima.

3. Ketahui kadar faedah dan “payout” yang diterima

Sumber Gambar: Kenchiro75

Sewaktu memohon pinjaman koperasi, anda bukan hanya menumpukan kepada kadar faedah. Malah, anda juga perlu memberikan perhatian kepada “payout” (nisbah bayaran keluar bersih) yang diterima.

Pinjaman yang manakah adalah lebih berpatutan?

Pinjaman Koperasi APinjaman Koperasi B
Jumlah PinjamanRM10,000RM10,000
Kadar Faedah6.5% p.a.7% p.a.
Tempoh Bayaran Balik10 tahun10 tahun
Bayaran Balik BulananRM137.50/ bulanRM141.67/ bulan
Payout80%88%
Wang Yang DiterimaRM8,000RM8,800
Jumlah Pembayaran (Selepas 10 tahun)RM16,500 (RM137.50 x 120 bulan)RM17,000 (RM141.67 x 120 bulan)
Jumlah Kos Keseluruhan PinjamanRM8,500 (RM16,500 – RM8,000)RM8,200 (RM17,000 – RM8,800)

Pinjaman B mempunyai kos yang lebih rendah walaupun mempunyai kadar faedahnya adalah lebih tinggi daripada Pinjaman A. Ini disebabkan peminjam akan menerima lebih banyak wang dalam tangan pada hari pertama. Jadilah peminjam bijak dengan melakukan perbandingan sebegini bagi menentukan pinjaman yang paling sesuai.

4. Adakah ia kedengaran munasabah?

Sumber Gambar: Luis Molinero

Terdapat pelbagai koperasi yang menawarkan pinjaman peribadi dan setiap Koperasi mempunyai kriteria kelayakan yang berbeza. Selalunya pinjaman yang menawarkan kadar faedah rendah dan payout yang tinggi mempunyai kriteria kelayakan yang lebih ketat.

Berikut adalah senarai pinjaman koperasi terpilih dan kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi (Informasi adalah tepat sewaktu masa penulisan).

Kadar Faedah (p.a.)PayoutSyarat Kelayakkan
Co-op Bank Pertama2.69% – 3.99%Sehingga 95%– Mengambil kira komitmen luar
– Rujukan perdagangan (maklumat bukan perbankan) boleh diterima (i.e. Courts, Singer)
– Tiada rekod negatif CTOS
– Tiada rekod SAA* di CCRIS
– Tidak disenaraikan di bawah AKPK
Public Islamic Bank (MCCM)3.99% – 4.45%Sehingga 98%– Mengambil kira komitmen luar
– Tiada rekod negatif CTOS
– Tiada tunggakkan melebihi 2 bulan dan tiada rekod SAA di CCRIS
– Tidak disenaraikan di bawah AKPK
Koperasi KOPUTRI5.9%Sehingga 95%– Tidak mengambil kira komitmen luar
– SAA di CCRIS perlu diselesaikan menggunakan pinjaman ini
– Rekod CTOS tidak melebihi RM5,000
– Tidak disenaraikan di bawah AKPK
RCE (Yayasan Ihsan Rakyat)Dari 5.99%Sehingga 90%– Tidak mengambil kira komitmen luar
– Tunggakkan dan SAA di CCRIS boleh mohon
– Rekod CTOS tidak melebihi RM30,000 boleh mohon
– Disenaraikan di bawah AKPK boleh mohon
**SAA – Special Attention Account (Akaun Dalam Perhatian)

Oleh itu, berhati-hati jika anda telah ditawarkan pinjaman yang diluluskan dengan kadar yang terlalu cepat dengan kadar faedah serendah 1.99% atau 2.99%, payout setinggi 90% dan rekod buruk CCRIS dan CTOS juga layak mohon. Anda akan menyedari yang keputusan sebenarnya adalah jauh berbeza daripada apa yang ditawarkan apabila pihak koperasi melakukan panggilan akad dengan anda.

5. Jangan tunggu sehingga saat akhir

Sumber Gambar: Patty-Photo

Jika anda perlu meminjam untuk tujuan pengubahsuaian rumah, pendidikan atau pembelian yang penting, jangan tunggu sehingga saat akhir. Lakukan perancangan awal untuk mohon pinjaman. Ini akan memberikan anda masa untuk membuat perbandingan tawaran pinjaman yang terbaik.

Sekiranya agen yang berurusan dengan anda adalah tidak jujur dan anda mendapati bahawa butiran yang diberikan adalah berbeza dengan apa yang telah dijanjikan, anda mempunyai hak untuk batalkan permohonan pinjaman tersebut. Ingatlah 5 tips ini dan berhati-hati sewaktu membuat permohonan pinjaman. Kami berharap artikel ini boleh dijadikan sebagai petua yang berguna sebelum anda mohon Pinjaman Koperasi.

Berminat untuk mohon pinjaman koperasi? Terima kewangan tambahan secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *