Menang Cabutan Bertuah RM1 Juta, Remaja 21 Tahun Ini Tarik Perhatian Warganet

Sumber Gambar: Facebook (@BSN Malaysia)

Siapa sangka, pada usia 21 tahun seorang remaja lelaki dari Pahang menjadi jutawan segera apabila diumumkan Bank Simpanan Nasional sebagai pemenang tempat pertama Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM1 juta baru-baru ini.

Menerusi live di Facebook BSN Malaysia, pemuda yang bernama Hassan Mohamed itu berjaya meletakkan dirinya sebagai pemenang termuda dalam sejarah peraduan SSP sekaligus menjadi buah mulut di media sosial.

Susulan kejayaan yang diperoleh, pemuda itu telah menerima pelbagai komen daripada para warganet yang ‘mengaku’ mereka adalah sebahagian daripada ahli keluarga remaja berkenaan. Tidak kurang juganya ada wanita yang mendakwa dirinya sebagai bekas kekasih pemenang.

Berikut antara komen dan gurauan netizen yang mencuit hati daripada Facebook Harian Metro menerusi perkongsian berita kemenangan cabutan SSP bernilai RM1 juta:

Sumber: Facebook (@Harian Metro)

Sumber Gambar: Facebook (@Harian Metro)

Sumber Gambar: Facebook (@Harian Metro)

Sebagai rekod, BSN dalam satu kenyataan berkata, pemuda berkenaan yang memenangi Cabutan Istimewa BSN SSP pertama bagi 2021 adalah pemenang termuda sejak ganjaran RM1 juta diperkenalkan pada 2014.

Buat kali pertama pada tahun ini juga, BSN turut mengumumkan seramai 13 orang pemenang bagi Cabutan Tempatan yang membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi 1.5 Auto.

Tahniah diucapkan buat para pemenang dan terutamanya kepada jutawan muda ini. Diharap kemenangan yang diperoleh menjadi motivasi buat remaja ini untuk menggandakan wang yang diperoleh serta menjadi bekalan untuk kegunaan hari tuanya nanti. Tetapi jika anda adalah pemenang, bagaimana anda akan belanjakan RM1 juta ini?

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman bank & koperasi. Terima khidmat nasihat percuma daripada konsultan kami untuk bantu anda dapatkan pinjaman terbaik yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter