Musim Bayar Cukai Kini Kembali, Ini Panduan Mudah Untuk Anda Isi e-Filing LHDN

Mulai 1 Mac 2021, pembayar cukai sudah boleh mula boleh kemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan baru-baru ini, berkata sistem e-Filing boleh diakses melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my dan terus ke MyTax, seterusnya ke Perkhidmatan ezHasil dan e-Filing.

Sebagai pembayar cukai, pastikan anda tidak terlepas pandang 21 senarai pelepasan cukai yang dimaklumkan oleh LHDN. Setiap individu yang menerima gaji minimum RM34,000 setahun atau RM2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP layak dikenakan cukai pendapatan.

Cara Daftar e-Filing Untuk Pengguna Kali Pertama

Pendaftaran boleh dibuat online melalui portal rasmi http://edaftar.hasil.gov.my. Bagi pengguna kali pertama, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:

1. Lengkapkan borang pendaftaran online

Layari https://edaftar.hasil.gov.my/individu/dafsgjpnvdprd.php untuk mendaftar kali pertama. Anda akan dibawa ke halaman seperti:

Selepas selesai anda akan diberi satu nombor permohonan contohnya seperti Ai-a68792fu7979e32. Jangan lupa untuk catatkan nombor tersebut untuk digunakan ketika mahu semak status pendaftaran nanti.

2. Muat naik dokumen yang diperlukan

Anda kemudian akan diminta untuk muat naik salinan dokumen berikut:

  • Pasport bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak menjalankan perniagaan
  • Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan
  • Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan

Ketika memuat naik dokumen pengenalan anda, pastikan hanya muka depan yang dengan jelas menunjukkan nama dan nombor kad pengenalan diperlukan.

3. Semak status permohonan

Selepas beberapa hari, anda boleh membuat semakan online status permohonan di https://edaftar.hasil.gov.my/individu/info.php.

Jika permohonan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi e-Filing pula nanti.

Disclaimer: Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap.

Cara Isi e-Filing Kepada Pengguna Sedia Ada

1. Layari ezHASiL

Layari portal https://ez.hasil.gov.my/CI dan pada bahagian Log Masuk sila isi segala maklumat yang diperlukan kemudian klik ‘Hantar’.

2. Pilih e-Borang

Anda kemudian akan dibawa ke halaman e-Borang. Di sini pastikan anda pilih e-Borang yang betul sama ada:

  • e-E: Majikan
  • e-BE: Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan
  • e-B: Individu warganegara Malaysia yang ada punca pendapatan perniagaan
  • e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
  • e-P: Perniagaan perkongsian
  • e-M: Individu bukan warganegara Malaysia
  • e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia

Untuk individu yang bekerja makan gaji tanpa perniagaan pilih borang e-BE.

Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

  1. Maklumat Individu
  2. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
  3. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
  4. Rumusan

Sila isi dengan lengkap kesemua maklumat yang diperlukan untuk memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda. Akhir sekali anda perlu sahkan borang taksiran kemudian hantar kepada pihak LHDN secara online.

Jika anda sudah berpuas hati dengan borang yang diisikan, sila klik ‘Tandatangan & Hantar’. Apabila anda sudah klik, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisikan.

Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Program Memfail Borang Nyata bagi 2021 boleh didapati di http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan dipermudahkan segala urusan buat pembayar cukai tahun 2020!

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi bank & koperasi yang bantu anda cari, mohon & banding pinjaman yang paling sesuai dengan posisi kewangan anda. Semak kelayakan anda secara percuma hari ini & dapatkan kewangan tambahan secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter