Tahukah anda selain kemudahan pinjaman koperasi kerajaan, para penjawat awam di Malaysia ini juga berpeluang untuk membuat pinjaman kenderaan kerajaan untuk membeli kenderaan bagi kegunaan sendiri. Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara mohon pinjaman kenderaan kerajaan untuk penjawat awam.
- Apa Itu Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat Awam?
- Siapa Yang Boleh Memohon Pinjaman Kenderaan Kerajaan
- Had Kelayakan Pinjaman Kenderaan Kerajaan
- Syarat Mohon Pinjaman Kenderaan Kerajaan
- Dokumen Mohon Pinjaman Kenderaan Kerajaan
- Berapa Jumlah Pinjaman Kenderaan Kerajaan Yang Akan Diluluskan?
- Kadar Keuntungan Pinjaman Kenderaan
- Cara Memohon Pinjaman Kerajaan Untuk Beli Kenderaan
- Pinjaman Kenderaan Kerajaan Kali Kedua
- Soalan Lazim Pinjaman Kenderaan Kerajaan
- Maklumat Lanjut
Apa Itu Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat Awam?
Pinjaman kenderaan kerajaan untuk penjawat awam adalah sebuah skim pinjaman kenderaan yang diberikan kepada para pegawai perkhidmatan awam sama ada berjawatan tetap mahupun kontrak.
Tujuannya, adalah bagi memberi peluang kepada semua penjawat awam untuk memiliki kenderaan sendiri bagi kemudahan harian dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.
Bagi pegawai kontrak yang berada masih dalam tempoh percubaan anda boleh mendapatkan skim ini dengan mengemukakan dua penjamin iaitu pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.
Kerajaan telah melantik 2 Institusi Kewangan sebagai bank pembiayaan untuk program ini iaitu:
- Bank Simpanan Nasional (BSN): Pegawai Perkhidmatan Awam, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Perkhidmatan Pasukan Polis.
- CIMB: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Siapa Yang Boleh Memohon Pinjaman Kenderaan Kerajaan
- Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjawatan tetap; dan
- Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkhidmat secara kontrak.
*Pegawai yang masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan dari Gred 27 ke atas yang telah disahkan dalam jawatannya.
Had Kelayakan Pinjaman Kenderaan Kerajaan
Had kelayakan pinjaman kenderaan kerajaan ini ditentukan mengikut kepada jawatan dan had kelayakan maksimum bagi pinjaman kenderaan itu sendiri.
Berikut adalah had kategori yang boleh anda rujuk:
Jawatan | Had Pinjaman (RM) |
Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas, Timbalan Pesuruhjaya Polis hingga Ketua Polis Negara | 70,000 |
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penolong Penguasa Polis hingga Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis | 65,000 |
Kumpulan Sokongan @ Ketua Inspektor polis dan ke bawah | 55,000 |
- Pembelian motosikal RM 10,000
- Pembelian motobot RM 4,000
- Pembelian enjin motobot RM 3,500
- Pembelian bot RM 700
- Pembelian basikal RM 500
Syarat Mohon Pinjaman Kenderaan Kerajaan
Berikut adalah syarat am untuk melayakkan anda membuat pinjaman kenderaan ini:
- Membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai.
- Memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna.
- Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi ⅓ dari gaji pokok.
- Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokkok dan elaun bulanan.
- Pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta.
- Mempunyai lesen memandu yang sah.
Dokumen Mohon Pinjaman Kenderaan Kerajaan
- Borang Permohonan ( (KEW.294/294APin.1/93) (Lampiran A);
- Surat Perjanjian (KEW.295/295A Pin.1/93) (Lampiran B);
- Surat Kelulusan Pinjaman Kenderaan (Lampiran C);
- Salinan asal dokumen perjanjian yang telah dimatikan setem;
- Borang Pinjaman/ Pembiayaan Harta (Kew.322/ AK1);
- Salinan akaun bank;
- Salinan slip gaji terkini;
- Salinan kad pengenalan;
- Salinan lesen memandu yang sah;
- Sebutharga asal dengan cop syarikat;
- Surat pengesahan kenderaan dapat asal
- Senarai tugas terkini;
- Surat kelulusan dan tawaran pembiayaan pembelian kenderaan; dan
- Surat akuan beza harga (jika harga kenderaan melebihi pinjaman yang dimohon).
Untuk perkongsian lanjut berkenaan dokumen yang perlu disertakan, anda boleh merujuk pada senarai semak dan borang skim pembiayaan pinjaman kenderaan di pautan berikut: Borang Senarai Semak & Skim Pembiayaan Pinjaman
Berapa Jumlah Pinjaman Kenderaan Kerajaan Yang Akan Diluluskan?
Jumlah pinjaman yang dibuat ini tidak boleh dari melebihi harga bersih kenderaan yang anda beli.
Harga bersih sebuah kendaraan yang dimaksudkan ini adalah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur.
Selain itu, anda juga tidak boleh memasukkan bayaran bayaran terlindung dalam kenderaan seperti bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans, dan lain-lain bayaran tambahan atau aksesori opsional yang berkaitan pada kenderaan tersebut.
Ini dikecualikan bagi pinjaman membeli bot dan basikal pula, jumlah pinjaman wang yang diluluskan hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang.
Contohnya, bagi membeli kereta yang berharga bersih RM 59,993 dan pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksima meminjam:
- Jika RM65,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM59,900
- Jika RM55,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM55,000.
Contoh lain yang boleh anda rujuk:
Pegawai A – Pembelian Kereta
- Permohonan pinjaman = RM 43,950.00
- Pinjaman diluluskan = RM 43,900.00
Pegawai B – Pembelian Kereta
- Permohonan pinjaman = RM 19,993.00
- Kelayakan maksima pegawai = RM 23,000.00
- Pinjaman diluluskan = RM 19,900.00
Kadar Keuntungan Pinjaman Kenderaan
Konsepnya sama juga seperti pinjaman bank yang lain, skim pinjaman kenderaan kerajaan ini mempunyai kadar keuntungan yang telah ditetapkan. Berikut adalah maklumatnya:
- Bayaran perkhidmatan ke atas pinjaman pembiayaan menggunakan Kumpulan Wang Pendahuluan Kenderaan Persekutuan
- Bayaran perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulan yang belum diselesaikan adalah dikenakan kepada peminjam melainkan pinjaman membeli bot dan basikal di mana dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan.
- Bayaran perkhidmatan sebanyak 10% setahun akan dikenakan ke atas ansuran ansuran tertunggak sehingga diselesaikan.
Mendengar kadar keuntungan yang ditetapkan sebanyak 4%, pasti ramai yang terfikir, bukankah lebih baik membuat pinjaman dari bank yang hanya mengenakan kadar keuntungan sebanyak 3.25, 3.75, atau lebih rendah?
Dalam hal ini, anda sebagai pemohon perlu jelas. Kadar 4% yang dimaksudkan ini akan dikira dari atas baki yang belum diselesaikan lagi.
Hal ini bermakna, semakin lama tempoh pinjaman maka akan semakin sikit kadar yang perlu dibayar. Dalam kata lain, ia jauh lebih menguntungkan dari pinjaman-pinjaman lain di luar sana.
Pinjaman dan bayaran perkhidmatan perlu dibayar balik sebanyak yang sama jumlahnya pada tiap-tiap bulan sama seperti pinjaman koperasi kerajaan. Tempoh bayaran balik pinjaman kenderaan adalah seperti jadual berikut:
Bil. | Jenis Kenderaan | Tempoh |
1 | Kereta baru | Tidak melebihi 108 bulan |
2 | Kereta terpakai | Tidak melebihi 96 bulan |
3 | Motosikal baru | Tidak melebihi 60 bulan |
4 | Motosikal terpakai | Tidak melebihi 48 bulan |
5 | Motobot | Tidak melebihi 48 bulan |
6 | Enjin motobot | Tidak melebihi 48 bulan |
7 | Bot | Tidak melebihi 24 bulan |
8 | Basikal | Tidak melebihi 20 bulan |
Sekiranya, peminjam mahu menyelesaikan baki pinjaman yang masih tersisa dengan lebih awal dari tempoh masa yang ditetapkan seperti di atas, ia adalah dibenarkan.
Cara Memohon Pinjaman Kerajaan Untuk Beli Kenderaan
Berikut disertakan langkah yang perlu anda ikuti untuk membuat permohonan pinjaman kerajaan ini:
- Anda perlu mengisi borang permohonan untuk membeli kenderaan bagi penjawat awam. Borang yang dimaksudkan ini adalah seperti Permohonan (Lampiran A Kew. 294 PIN. 1/93) dan (Lampiran B Kew 294 PIN 1/93) boleh dapatkan borang-borang ini di dalam : Pinjaman Kerajaan Beli Kenderaan
- Lengkapkan sepenuhnya borang seperti yang diminta.
- Selepas melengkapkan borang, anda perlu dapatkan pengesahan Ketua Jabatan / Guru Besar / Pengetua, kemudian minta kerani buat semakan borang sama ada lengkap atau tidak.
- Bagi guru boleh hantar borang permohonan ke Pejabat Pendidikan Daerah / Jabatan Pendidikan Negeri, bagi penjawat awam lain boleh hantar ke Pejabat Utama Negeri masing-masing.
Pinjaman Kenderaan Kerajaan Kali Kedua
Skim ini membenarkan para penjawat awam untuk memohon pinjaman kenderaan buat kali kedua dan seterusnya. Syaratnya, ia perlulah genap tempoh 5 tahun dari tarikh kelulusan dan pinjaman yang ada sudah dilangsaikan sepenuhnya. (SPP 5/2001 berkuatkuasa mulai 1 April 2001)
Apa-apa permohonan yang berkaitan dengan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli perlulah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pegawai yang meluluskan pinjaman.
Anda juga perlu mengemukakan salinan kelulusan tersebut kepada agensi yang berkaitan iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau Pejabat Pembayar yang berkenaan.
Soalan Lazim Pinjaman Kenderaan Kerajaan
Berikut adalah beberapa soalan lazim berkenaan dengan pinjaman kenderaan kerajaan ini:
- Bolehkah pegawai mengguna pinjaman kenderaan kerajaan untuk menyelesaikan baki (re-finance) bagi kenderaan yang telah dibeli mengunakan pinjaman bank?
Tidak boleh, sebab Skim Pembiayaan Kenderaan bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam adalah untuk membiayai pinjaman baru sahaja bukan untuk pinjaman semula. (Pekeliling Perbendaharaan Bil 7/1993 perenggan 13.1 dan Bil. 8/1993 perenggan 14.1)
- Bagaimana peminjam boleh mendapat pembatalan catatan “Hak Milik Dituntut Oleh Kerajaan”?
Peminjam boleh mendapatkan Surat Pengesahan Tamat Tempoh Pinjaman daripada Bahagian Akaun, Kementerian masing-masing.
Kemudian, serahkan surah berkenaan ke Bahagian Kewangan Kementerian/Jabatan dimana tempat peminjam membuat pinjaman untuk membuat pembatalan dalam Sistem JPJ (FIS).
Bahagian Kewangan Kementerian/ Jabatan akan mengeluarkan Surat Pembatalan Hak Milik kepada peminjam.
Peminjam hendaklah membawa surat tersebut ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk membatalkan catatan “HAK MILIK DITUNTUT OLEH KERAJAAN”.
- Bagaimana prosedur untuk membuat penyelesaian awal baki pinjaman kenderaan?
Anda perlu dapatkan Surat Pengesahan Baki Pinjaman melalui kaedah sama ada secara pos, e-mail, atau perkhidmatan online di www.anm.gov.my.
Kemudian, anda boleh buat bayaran berdasarkan kepada baki yang telah disahkan dengan mematuhi tempoh dan tarikh yang telah ditetapkan.
- Bagi pinjaman di bawah Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan Persekutuan, bayaran secara tunai/ bank draft atas nama Akauntan Negara Malaysia, melalui Bahagian Kewangan Jabatan peminjam; atau
- Bagi pinjaman di bawah Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan (GSVL) Bank Simpanan Nasional (BSN), bayaran secara terus di kaunter BSN yang berdekatan
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh rujuk kepada portal Pekeliling Perbendaharaan di Portal Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk Pengurusan Wang Awam (WP), No. 9 Kemudahan Pinjaman/Pembiayaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam.
Kesimpulannya, sama ada pinjaman koperasi kerajaan atau pinjaman kenderaan kerajaan, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Anda hendaklah menilainya dengan saksama dan memilih yang terbaik berdasarkan keperluan diri.
Sekiranya anda berminat dengan pinjaman tanpa potongan slip gaji, anda boleh semak kelayakan pinjaman peribadi anda segera di Direct Lending.
Diharapkan perkongsian kami ini berkenaan dengan Pinjaman Kenderaan Kerajaan Penjawat Awam dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk rujukan bersama khususnya kepada mereka yang sedang bercadang untuk membeli kenderaan.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 2,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta.