Mungkin tidak ramai yang tahu selain kemudahan pinjaman koperasi kerajaan, para penjawat awam di Malaysia ini juga berpeluang untuk membuat pinjaman komputer kerajaan untuk membeli komputer dan telefon pintar bagi kegunaan sendiri.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara mohon loan komputer dan telefon pintar kerajaan untuk penjawat awam.
- Apakah Pinjaman Komputer Kerajaan?
- Siapa Yang Boleh Memohon Pinjaman Komputer Kerajaan
- Syarat Mohon Pinjaman Komputer Kerajaan
- Syarat pembelian komputer dan telefon pintar yang dibenarkan
- Had kelayakan Maksimum Pinjaman Komputer Kerajaan
- Dokumen Mohon Pinjaman Komputer Kerajaan
- Kadar Keuntungan Pinjaman Komputer Kerajaan
- Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Komputer Kerajaan
- Cara Memohon Pinjaman Kerajaan Untuk Beli Komputer
- Apa proses selepas permohonan pembiayaan diluluskan?
- Cara Pembayaran Pinjaman Komputer Kerajaan
- Cara Membuat Penyelesaian Awal
- Soalan Lazim Pinjaman Kenderaan Kerajaan
- Maklumat Lanjut
Apakah Pinjaman Komputer Kerajaan?
Pinjaman komputer kerajaan adalah sebuah skim loan komputer dan telefon pintar yang diberikan kepada para pegawai perkhidmatan awam sama ada berjawatan tetap mahupun kontrak.
Tujuannya, adalah bagi memberi peluang kepada semua penjawat awam untuk memiliki komputer atau telefon pintar sendiri bagi kemudahan harian dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.
Skim ini sudah diperkenalkan pada 1 Januari 1992 dalam pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan.
Baru-baru ini menerusi Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 yang telah diumumkan lalu, kadar keuntungan setahun ke atas Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) telah diturunkan daripada 4% kepada 2% sahaja.
Siapa Yang Boleh Memohon Pinjaman Komputer Kerajaan
Mereka yang bergelar Penjawat Awam iaitu Pegawai yang sedang berkhidmat di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri dan dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon.
Syarat Mohon Pinjaman Komputer Kerajaan
Berikut adalah syarat untuk melayakkan anda membuat loan komputer kerajaan ini:
- Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan ini.
- Pegawai Perkhidmatan Awam yang telah membuat pinjaman pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) hanya layak membuat permohonan pembiayaan setiap tiga (3) tahun dengan syarat pinjaman yang terdahulu telah diselesaikan.
- Amaun pembiayaan maksimum bagi satu (1) permohonan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000.00) sahaja (bagi salah satu atau kombinasi kedua-duanya).
- Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi ⅓ dari gaji pokok.
- Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan komputer tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan.
Syarat pembelian komputer dan telefon pintar yang dibenarkan
Berikut adalah syarat untuk membeli komputer menerusi skim ini:
- Pembelian komputer yang dibenarkan adalah pembelian komputer baharu termasuk perkakasan dan perisiannya.
- Komputer bagi maksud pekeliling ini dikelaskan kepada tiga kategori iaitu komputer desktop, komputer riba dan komputer tablet
- Perkakasan bagi maksud pekeliling ini dikelaskan kepada tiga kategori seperti mesin pencetak, mesin pengimbas dan peranti pelbagai fungsi (multifunction device).
- Pemohonan untuk membuat pembelian lebih daripada satu unit komputer adalah dibenarkan tetapi bukan dari kategori komputer yang sama.
- Permohonan untuk pembelian komputer bersama lebih dari satu unit perkakasan adalah dibenarkan tetapi bukan dari kategori perkakasan yang sama.
- Urus niaga pembelian komputer hendaklah dilakukan di dalam Malaysia.
Berikut adalah syarat untuk membeli telefon pintar menerusi skim ini:
- Pembelian telefon pintar (smartphones) yang dibenarkan adalah pembelian telefon pintar (smartphones) baharu termasuk perkakasan tambahan
- Pemohonan untuk membuat pembelian lebih daripada satu (1) unit telefon pintar adalah tidak dibenarkan sama sekali.
- Pembelian telefon pintar (smartphones) di bawah pakej jalur lebar dibenarkan tetapi pembiayaan tidak termasuk bayaran langganan bulanan.
- Urus niaga pembelian telefon pintar (smartphones) hendaklah dilakukan di dalam Malaysia
Had kelayakan Maksimum Pinjaman Komputer Kerajaan
Mesti ramai tertanya-tanyakan berapa sebenarnya hak kelayakan maksimum bagi pinjaman laptop dan telefon pintar ini? Adakah sama dengan pinjaman koperasi kerajaan?
Jumlah pembiayaan maksimum yang ditawarkan oleh kerajaan adalah sebanyak RM5,00.00 yang mana ia akan dikira kepada angka ratusan ringgit yang kurang.
Sebagai contoh, bagi harga komputer:
- Sekiranya harga komputer adalah sebanyak RM4,888 – maka, pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM4,800
- Sekiranya harga komputer adalah sebanyak RM5,199 – maka, pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM5,000
Jika harga belian adalah melebihi dari jumlah pembiayaan maksimum, pemohon perlu menjelaskan dengan sendiri jumlah bayaran baki yang diperlukan.
Dokumen Mohon Pinjaman Komputer Kerajaan
- Borang Kew.317 (Lampiran A) – 3 salinan;
- Surat Kelulusan Dan Tawaran Pembiayaan & Memorandum Penerimaan (Lampiran B) – 3 salinan;
- Surat Perjanjian Kew.318 (Lampiran C) – 3 salinan (disetemkan);
- 3 Sebutharga Pembekal;
- Salinan Slip Gaji Terkini;
- Salinan Kad Pengenalan; dan
- Salinan Akaun Bank
Kadar Keuntungan Pinjaman Komputer Kerajaan
Konsepnya sama juga seperti pinjaman bank yang lain, skim pinjaman komputer kerajaan ini mempunyai kadar keuntungan yang telah ditetapkan. Berikut adalah maklumatnya:
Jumlah Pembiayaan | RM5,000 | ||
Tempoh Bayaran Balik | Harga Jualan (RM) | Jumlah Keuntungan (RM) | Ansuran Bulanan (RM) |
6 Bulan | 5,058.48 | 58.48 | 843.08 |
12 Bulan | 5,109.00 | 109.00 | 425.75 |
18 Bulan | 5,159.88 | 159.88 | 286.66 |
24 Bulan | 5,210.88 | 210.88 | 217.12 |
30 Bulan | 5,262.60 | 262.60 | 175.42 |
36 Bulan | 5,314.32 | 314.32 | 147.62 |
42 Bulan | 5,366.34 | 366.34 | 127.77 |
48 Bulan | 5,419.20 | 419.20 | 112.90 |
Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Komputer Kerajaan
Tempoh bayaran balik maksimum bagi pinjaman laptop kerajaan ini adalah selama 48 bulan sahaja.
Pinjaman Kali Kedua & Seterusnya
Skim ini membenarkan para penjawat awam untuk memohon pinjaman kenderaan buat kali kedua dan seterusnya. Syaratnya, ia perlulah genap tempoh 3 tahun dari tarikh kelulusan dan pinjaman yang ada sudah dilangsaikan sepenuhnya. syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan. (SPP 10/2009 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010)
Cara Memohon Pinjaman Kerajaan Untuk Beli Komputer
Berikut disertakan langkah yang perlu anda ikuti untuk membuat permohonan pinjaman kerajaan ini:
- Anda perlu mengisi borang permohonan untuk membeli komputer dan telefon pintar bagi penjawat awam. Borang yang dimaksudkan ini adalah Borang Permohonan Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar Anggota Perkhidmatan Awam (Borang Kew. 317). Anda boleh muat turun borang di sini: Pinjaman Kerajaan Beli Komputer dan Telefon Pintar.
- Buat 3 salinan borang di atas ini dan kemukakan borang tersebut kepada Bahagian Kewangan Kementerian / Jabatan masing-masing.
- Permohonan perlulah disertakan sekali dengan sebut harga barang yang hendak dibeli. Sebut harga dari pembekal berdaftar adalah berdasarkan kepada undang-undang di Malaysia yang boleh diperoleh secara terus atau atas talian (online).
- Pinjaman yang diluluskan anda dikreditkan terus ke akaun bank anda atau anda juga boleh memohon untuk diberikan cek secara tunai.
Apa proses selepas permohonan pembiayaan diluluskan?
Sekiranya, permohonan anda berjaya dan diluluskan, ada boleh membuat pembelian laptop atau telefon pintar dengan kadar segera.
Kemudian, jangan lupa untuk serahkan resit atau invoice pembelian anda kepada pegawai yang telah meluluskan permohonan tersebut dalam tempoh 30 hari selepas amaun pembiayaan diterima.
Kegagalan anda mengemukakan dokumen yang diminta dalam tempoh yang sudah ditetapkan akan menyebabkan pembiayaan tersebut terbatal.
Anda hendaklah membayar keseluruhan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan berserta kadar keuntungan dalam tempoh 30 hari selepas pembatalan tersebut.
Cara Pembayaran Pinjaman Komputer Kerajaan
Pembayaran balik pembiayaan termasuk kadar keuntungan setahun sebanyak 2% hendaklah dibayar oleh pegawai secara ansuran melalui potongan gaji pada tiap-tiap bulan sebagaimana yang dipersetujui di dalam perjanjian.
Jika anda mendapati potongan gaji masih berjalan walaupun sudah tamat tempoh pinjaman, anda boleh maklumkannya kepada Bahagian Akaun Kementerian peminjam untuk memberhentikan transaksi pemotongan tersebut.
Selepas pemberhentian tersebut berjaya, anda perlu mengemukakan salinan slip gaji potongan terlebih potong dan slip gaji terkini kepada Bahagian Kewangan untuk tujuan pulangan balik bayaran pinjaman
Cara Membuat Penyelesaian Awal
Anda perlu dapatkan Surat Pengesahan Baki Pinjaman melalui kaedah sama ada secara pos, e-mail, perkhidmatan online di www.anm.gov.my.
Kemudian, anda boleh buat bayaran berdasarkan kepada baki yang telah disahkan dengan mematuhi tempoh dan tarikh yang telah ditetapkan.
- Bagi pinjaman di bawah Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan Persekutuan, bayaran secara tunai/ bank draft atas nama Akauntan Negara Malaysia, melalui Bahagian Kewangan Jabatan peminjam; dan
- Peminjam juga perlu mengemukakan salinan bukti pembayaran kepada Bahagian Kewangan/Akaun untuk tujuan pemberhentian potongan gaji.
Soalan Lazim Pinjaman Kenderaan Kerajaan
Berikut adalah beberapa soalan lazim berkenaan dengan pinjaman komputer kerajaan ini:
- Adakah pembelian lebih dari satu unit komputer atau perkakasan dibenarkan?
Boleh. Pembelian lebih daripada satu unit komputer atau perkasasan adalah dibenarkan tetapi bukan dari kategori komputer yang sama.
- Adakah pembelian lebih dari satu unit telefon pintar dibenarkan?
Tidak Boleh. Permohonan untuk membuat pembelian lebih daripada satu unit telefon pintar (smartphones) adalah tidak dibenarkan sama sekali.
- Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengelakkan dari terlebih potongan gaji peminjam apabila pinjaman skim sudah tamat?
Pemberhentian potongan gaji adalah secara automatik mengikut tempoh perjanjian. Sekiranya potongan gaji masih berjalan selepas tamat tempoh pinjaman, sila maklumkan kepada Bahagian Akaun Kementerian untuk tindakan pemberhentian potongan gaji.
Peminjam perlu mengemukakan salinan slip gaji potongan bagi bulan yang terlebih potong dan slip gaji bulan terkini (potongan telah diberhentikan) serta salinan akaun bank untuk tujuan bayaran balik (refund) terlebih potongan tersebut
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh rujuk kepada portal Pekeliling Perbendaharaan di Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 9.1.1. Anda juga boleh menyemak kembali berkenaan butiran lanjut pembiayaan komputer dan telefon pintar ini dengan kerani kewangan jabatan masing-masing.
Kesimpulannya, sama ada pinjaman koperasi kerajaan atau pinjaman komputer kerajaan, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Anda hendaklah menilainya dengan saksama dan memilih yang terbaik berdasarkan keperluan diri.
Sekiranya anda berminat dengan pinjaman tanpa potongan slip gaji, anda boleh semak kelayakan pinjaman peribadi anda segera di Direct Lending.
Diharapkan perkongsian kami ini berkenaan dengan loan laptop kerajaan dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk rujukan bersama khususnya kepada mereka yang sedang bercadang untuk membeli komputer.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 2,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta.