Soalan Lazim
Tentang Direct Lending
Siapakah Direct Lending?
Direct Lending merupakan platform pinjaman peribadi dalam talian yang ditubuhkan untuk menawarkan pengalaman pinjaman yang lebih baik kepada pengguna di Malaysia – cepat, mudah, selamat dan mampu milik.
Kami merupakan wakil pemasaran yang sah (ejen) bagi RCE Marketing Sdn Bhd (subsidari kepada RCE Capital Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia) yang menawarkan kemudahan pembiayaan peribadi kepada kakitangan awam melalui Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad. Kami juga menawarkan pinjaman peribadi daripada Coopbank Pertama, Public Islamic Bank, Ambank, Koperasi Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (“KOBETA”), Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (“KOPUTRI”), Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad dan koperasi-koperasi terpilih di Malaysia (“Pembekal Perkhidmatan Kewangan”).
Kami juga bekerjasama dengn lebih 15 syarikat-syarikat pinjaman wang berlesen dan kredit komunity di bawah KPKT untuk menawarkan pinjaman peribadi kepada pekerja swasta.
Pembiayaan dan pinjaman yang ditawarkan melalui platform Direct Lending adalah daripada pihak bank, koperasi dan pemberi wang pinjaman berlesen yang kami kerjasama. Direct Lending sendiri tidak memberi pinjaman.
Mohon sekarang dan alami sendiri perkhidmatan peminjaman yang lebih baik. Nantikan produk dan perkhidmatan lain yang hebat daripada kami. Nantikan produk dan perkhidmatan lain yang hebat daripada kami.
Bagaimana jika saya ingin berhenti menerima e-mel?
Semua e-mel pemasaran dari Direct Lending mematuhi spam. Oleh itu, setiap e-mel pemasaran mengandungi pautan unik untuk henti langganan. Klik pada pautan itu untuk mengecualikan diri daripada menerima e-mel pemasaran.
Bagaimana saya boleh menghubungi Direct Lending?
Anda boleh:
- E-mel kami di support@directlending.com.my;
- hubungi kami di +603 9212 4200 antara 9.00 pagi – 6.30 petang dari Isnin hingga Jumaat
- sembang bersama kami melalui laman web
- Direct Lending kunjungi pejabat kami di Unit 16-3A, Oval Tower Damansara, 685 Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur
Kami mengalu-alukan maklum balas anda!
Pinjaman Peribadi untuk Pekerja Swasta
Permohonan Pinjaman
Bagaimana cara memohon untuk pinjaman?
Proses yang pantas dan senang dalam 3 langkah mudah:
Langkah 1 Isi borang permohonan atas talian dan pilih pemberi pinjaman yang sesuai untuk anda
Isikan borang dalam talian dengan butiran peribadi anda dan beritahu kami berapa banyak dan berapa lama anda ingin meminjam. Selepas itu, pilih pemberi pinjaman yang sesuai untuk anda untuk membuat permohonan
Langkah 2 Pihak pemberi pinjaman yang anda pilih akan hubungi anda untu semakan kredit dan pengesahan
Pemberi pinjaman akan menghubungi anda melalui e-mel atau panggilan untuk pengesahan jika anda memenuhi kelayakan pinjaman
Langkah 3 Hantarkan dokumen yang diperlukan dan tandatangan surat perjanjian
Sebaik sahaja proses pengesahan selesai, anda boleh menyerahkan dokumen yang dikehendaki kepada pemberi pinjaman iaitu, Kad pengenalan (MyKad), 3 bulan slip gaji dan penyata bank terkini, penyata KWSP terkini atau borang perisytiharan cukai, bil utiliti (seperti elektik, bil air & sebagainya) sebelum pergi ke pejabat pemberi pinjaman terdekat untuk menandatangani perjanjian pinjaman
Apakah yang boleh dilakukan dengan pinjaman ini?
Anda boleh menggunakan wang pinjaman untuk hampir apa sahaja, selagi ia tidak menyalahi undang-undang. Contohnya yang berikut:
- Selesaikan bil kad kredit
- Gabungkan hutang
- Pengubahsuaian rumah
- Perkahwinan
- Membuka atau meluaskan perniagaan
- Perbelanjaan perubatan atau hospital
- Melanjutkan pelajaran
- Membeli kereta
- Pembelian yang besar
- Melancong
Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman?
Anda boleh meminjam dari RM1,000 sehingga RM20,000. Terma pinjaman adalah fleksibel, di antara 6 bulan hingga 3 tahun. Jumlah maksimum anda ditentukan oleh latar belakang, profil kredit, keadaan kewangan semasa, dan komitmen anda.
Apakah jumlah pinjaman minimum?
Jumlah pinjaman minimum ialah RM1,000.
Adalah pemberi pinjaman akan ambil kad ATM saya?
Tidak, pemberi pinjaman yang kami kerjasama tidak akan ambil kad ATM anda bila-bila masa.
Kelayakan Peminjam
Adakah saya layak meminjam?
Anda layak meminjam jika anda adalah:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 60 tahun
- Bergaji dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan
- Pendapatan tetap bulanan minimum (gaji pokok dan elaun tetap) RM1,500 untuk Semenanjung Malaysia atau RM1,200 untuk Sabah & Sarawak
- Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman.
- Untuk pemberi pinjaman tertentu, tiada “special attention account” dalam “Bank Negara Central Credit Reference Information System (CCRIS)”
Apakah jenis dokumen pengenalan dan dokumen pendapatan yang perlu disertakan bersama permohonan pinjaman saya?
Anda mesti menyediakan dokumen-dokumen yang berikut untuk melengkapkan proses permohonan pinjaman rasmi.
- Kad pengenalan (MyKad) Slip
- Gaji 3 bulan terkini
- Penyata Bank 3 bulan terkini (panduan download penyata bank)
- Penyata KWSP terbaru (panduan download penyata KWSP) atau Borang Pengesahan Cukai
- Bil Utiliti – Elektrik, air, atau lain lain
Pengesahan dan Pelepasan Pinjaman
Berapa lamakah masa yang diambil sebelum pinjaman dimasukkan ke akaun bank saya?
Kami berhasrat untuk mendapatkan kelulusan anda dalam masa 1 hari bekerja. Ia juga bergantung pada kelengkapan dokumentasi dan maklumat yang diberikan kepada kami.
Adakah saya dibenarkan menggunakan pendapatan isi rumah atau suami/isteri saya?
Tidak. Oleh kerana ini merupakan pinjaman peribadi, kami hanya mempertimbangkan pendapatan peribadi anda. Tetapi, penggunaan penjamin adalah dibenarkan.
Kadar, Yuran dan Jumlah Wang Pinjaman
Adakah Direct Lending akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau pemprosesan daripada peminjam?
Tidak. Kami tidak akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau yuran pemprosesan daripada peminjam bila-bila masa.
Apakah kadar untung pembiayaan saya?
Kadar adalah dari 12% setahun (dengan cagaran) sehingga 18% setahun (tanpa cagaran).
Adakah terdapat sebarang duti setem?
Ya, anda perlu membayar duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman anda.
Adakah sebarang bayaran ansuran pendahuluan diperlukan?
Tidak, pinjaman ini tidak memerlukan bayaran ansuran pendahuluan.
Apakah akan terjadi jika saya lewat membayar?
Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pinjaman anda.
Membayar Balik Pinjaman Anda
Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman?
Pinjaman anda dibayar balik pada setiap bulan melalui Interbank GIRO (IBG), deposit tunai, deposit cek atau MEPS ATM pemindahan dana.
Bolehkah saya melalukan bayaran balik awal untuk pembiayaan peribadi saya?
Ya, anda boleh melakukan bayaran balik awal. Ada pemberi pinjaman tertentu yang ada bayaran awal penalti jika anda ingin menyelesaikan pinjaman anda awal.
Keselamatan
Adakah maklumat peribadi saya selamat dengan Direct Lending?
Maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat menurut Terma Penggunaan dan Notis Privasi kami. Semua maklumat pelanggan yang dikumpul oleh Direct Lending adalah melalui pelayan yang selamat, menggunakan teknologi enkripsi dan dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan oleh beberapa prosedur keselamatan. Direct Lending tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak tanpa kebenaran anda.
Pinjaman Bank & Koperasi untuk Penjawat Awam
Permohonan Pinjaman
Bagaimana cara memohon untuk pinjaman?
Proses permohonan pinjaman kami adalah cepat dan mudah. Ia mengambil masa hanya beberapa minit untuk ketahui kelayakan dan kadar yang ditawarkan dengan serta-merta. Kami akan meminta anda memberikan maklumat peribadi, termasuklah pekerjaan, pendapatan bulanan, komitmen pinjaman semasa dan tahap pendidikan anda.
Anda hanya perlu memberi dokumen pengenalan dan dokumen pendapatan jika anda berminat dengan kadar yang ditawarkan dan ingin teruskan permohonan rasmi pinjaman.
Sila pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat kerana ia akan diperiksa.
Apakah yang boleh dilakukan dengan pinjaman ini?
Anda boleh menggunakan wang pinjaman untuk hampir apa sahaja, selagi ia tidak menyalahi undang-undang. Contohnya yang berikut:
- Gabungkan hutang
- Selesaikan bil kad kredit
- Membuka atau meluaskan perniagaan
- Perbelanjaan perubatan atau hospital
- Melanjutkan pelajaran
- Pembelian yang besar
- Membeli kereta
- Pengubahsuaian rumah
- Melancong
- Perkahwinan
Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman?
Terma pinjaman adalah fleksibel, di antara 1 hingga 10 tahun. Jumlah maksimum anda ditentukan oleh latar belakang, profil kredit, keadaan kewangan semasa, dan komitmen anda. Jumlah maksimum pinjaman anda ditentukan oleh latar belakang peribadi anda, profil kredit, keadaan kewangan semasa dan komitmen yang lain.
Apakah jumlah pinjaman minimum?
Jumlah pinjaman minimum ialah RM3,000. Untuk Public Islamic Bank, pinjaman mininum ialah RM5,000.
Bagaimana cara mengubah permohonan yang telah dihantar?
Anda tidak boleh mengedit permohonan anda setelah dihantar. Sila pastikan maklumat anda disahkan sebelum menyerahkan permohonan. Jika terdapat kesilapan pada permohonan anda dan ingin mengubah jumlah pinjaman, tempoh atau maklumat peribadi, sila e-mel support@directlending.com.my, hubungi +603 9212 4200atau klik kotak sembang di sebelah kanan bahagian bawah.
Bagaimana cara membatalkan permohonan pinjaman saya?
Jika anda ingin membatal permohonan anda, sila e-mel support@directlending.com.my, hubungi +603 9212 4200 atau klik kotak sembang di sebelah kanan bahagian bawah.
Adakah pembiayaan peribadi ini berkonsep Syariah?
Ya, pembiayaan yang disediakan di platform kami adalah berkonsep Syariah.
Kelayakan Peminjam
Adakah saya layak meminjam?
Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 58 tahun
- Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan di sektor awam
- Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 termasuk elaun tetap
- Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Apakah jenis dokumen pengenalan dan dokumen pendapatan yang perlu disertakan bersama permohonan pinjaman saya?
Anda mesti menyediakan dokumen-dokumen yang berikut untuk melengkapkan proses permohonan pinjaman rasmi.
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- Penyata gaji (payslip) yang disahkan untuk 3 bulan terkini
- Surat pengesahan pekerjaan
- Salinan bil utiliti (untuk pinjaman koperasi KOBETA, KOPUTRI dan Ukhwah sahaja)
- Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda (Panduan download penyata bank)
Pengesahan dan Pelepasan Pinjaman
Berapa lamakah masa yang diambil sebelum pinjaman dimasukkan ke akaun bank saya?
Anda boleh menerima pinjaman dari 2 hari bekerja sehingga 2 minggu, ini bergantung dengan pakej pinjaman yang anda pilih.
Untuk pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, setelah menerima dokumen lengkap daripada anda dan tiada lagi dokumen tambahan atau susulan diperlukan berikutan penyerahan pertama, dan Yayasan berjaya menghubungi anda dan majikan anda dalam tempoh 24 jam untuk pengesahan, dan pengesahan itu berjaya, wang pinjaman boleh dimasukkan ke akaun bank anda sepantas 2 hari bekerja jika akaun anda ialah akaun Maybank. Dalam semua keadaan lain, ia akan mengambil masa lebih daripada 2 hari bekerja.
Untuk pembiayaan Coopbank Pertama, pra-kelulusan boleh diketahui dalam masa 1-3 hari bekerja dan selepas itu, pemohon boleh pergi ke branch Coopbank Pertama terdekat dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, untuk menandatangani surat tawaran dan terima pembiayaan.
Untuk pinjaman Public Islamic Bank, Koperasi KOBETA dan Koperasi KOPUTRI, ia mengambil 1-2 minggu untuk memproses dan masukkan pinjaman ke bank akaun anda. Untuk Koperasi Ukhwah, ia mengambil lebih kurang 2 sehingga 3 minggu.
Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.
Saya menerima beberapa jenis elaun daripada majikan saya. Yang manakah dikira sebagai pendapatan?
Elaun berikut dikira sebagai pendapatan:
- Imbuhan tetap perkhimatan awam
- Imbuhan perumahaan
- Bantuan sara hidup
- Elaun keraian
- BI tugas kewangan
- Tanggungjawab pendidikan
- BI Ajar/ Cacat
Yang berikut TIDAK dikira sebagai pendapatan:
- Overtime
- Imbuhan tahunan
- Elaun jahitan
- Elaun warden
Jika anda menerima elaun berlainan daripada yang disenaraikan di atas, sila emel kami di support@directlending.com.my, hubungi+603 9212 4200 atau klik kotak sembang di sebelah kanan bahagian bawah.
Adakah saya dibenarkan menggunakan pendapatan isi rumah atau suami/isteri saya?
Tidak. Oleh kerana ini merupakan pinjaman peribadi, kami hanya mempertimbangkan pendapatan peribadi anda.
Kadar, Yuran dan Jumlah Wang Pinjaman
Adakah Direct Lending akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau pemprosesan daripada peminjam?
Tidak. Kami tidak akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau yuran pemprosesan daripada peminjam bila-bila masa.
Apakah kadar untung pembiayaan saya?
Kadar untung anda ditentukan oleh Pemberi Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda.
Kadar keuntungan untuk pembiayaan Coopbank Pertama adalah 2.69% untuk tempoh sehingga 3 tahun dan 2.99% untuk tempoh pembiayaan 4 sehingga 10 tahun.
Kadar untung untuk pinjaman Public Islamic Bank adalah dari kadar sama rata 4.45% untuk pinjaman sehingga RM100,000, dan 3.99% untuk tempoh pinjaman RM100,000 atau lebih.
Kadar untuk pinjaman koperasi KOBETA adalah 5.9% setahun (sama rata) dan koperasi KOPUTRI adalah 5.50% setahun (sama rata). Untuk pinjaman koperasi Ukhwah, kadar adalah 4.35% untuk tempoh pinjaman 1-3 tahun dan 4.99% untuk tempoh pinjaman 4-10. ntuk pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat & Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, kadar bermula dari 5.99% sehingga 9.99% setahun sama rata (kadar akhir adalah berdasarkan profil kredit anda). Kadar untung akhir akan dinyatakan dengan jelas untuk pertimbangan anda sebelum memutuskan untuk menerima pinjaman atau tidak.
Apakah jumlah pembiayaan yang saya akan terima?
Jumlah pembiayaan akhir yang anda akan terima ditentukan oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda. Maklumat ini akan dinyatakan dengan jelas untuk pertimbangan anda sebelum memutuskan untuk teruskan memohon untuk pinjaman atau tidak.
Secara amnya, jumlah pembiayaan akhir adalah berdasarkan nisbah bayaran keluar bersih (payout) (ditentukan oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda), jumlah bersih daripada ansuran pendahuluan dan caj lain yang berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada duti setem, takaful, saham koperasi, ahli yuran koperasi dan caj pentadbiran.
Untuk pinjaman Public Islamic Bank, payout adalah setinggi 98%. Untuk pinjaman Coopbank Pertama, payout adalah 98% dan tolak 2 bulan bayaran awal disebabkan potongan ANGKASA akan mula selepas 2 bulan. Payout untuk koperasi KOBETA adalah setinggi 91.5%, KOPUTRI 95% dan Ukhwah 89%. Untuk Yayasan Ihsan Rakyat & Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, payout adalah dalam 78-88% (bergantung kepada profil kredit)
Adakah sebarang bayaran ansuran pendahuluan diperlukan?
Untuk pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat & Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, peminjam akan dikenakan bayaran ansuran pendahuluan 1 bulan dan untuk pinjaman koperasi KOBETA, KOPUTRI dan Ukhwah, peminjam akan dikenakan bayaran ansuran pendahuluan 2-3 bulan. Ini akan ditolak daripada pinjaman anda. Tiada bayaran ansuran pendahuluan diperlukan untuk pinjaman Public Islamic Bank.
Apakah akan terjadi jika saya lewat membayar?
Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan Pembekal Perkhidmatan Kewangan.
Membayar Balik Pinjaman Anda
Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman?
Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Jabatan Akauntan Negara atau Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).
Bolehkah saya melalukan bayaran balik awal untuk pembiayaan peribadi saya?
Ya, anda boleh melakukan bayaran balik awal. Pembekal Perkhidmatan Kewangan, mengikut budi bicara boleh memberikan anda rebet untuk bayaran balik awal.
Keselamatan
Adakah maklumat peribadi saya selamat dengan Direct Lending?
Maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat menurut Terma Penggunaan dan Notis Privasi kami. Semua maklumat pelanggan yang dikumpul oleh Direct Lending adalah melalui pelayan yang selamat, menggunakan teknologi enkripsi dan dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan oleh beberapa prosedur keselamatan. Direct Lending tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak tanpa kebenaran anda.