Pembiayaan Auto Servis - Direct Lending

Pembiayaan Auto Servis

Servis Kereta Sekarang, Pay Later

Pembiayaan patuh syariah bertempoh 3 ke 12 kali bayaran bulanan sehingga RM5,000.

Pembiayaan Auto Servis

Servis Kereta Sekarang, Pay Later

Pembiayaan patuh syariah bertempoh 3 ke 12 kali bayaran bulanan sehingga RM5,000.

Kolaborasi bersama:

Platform Automotif

Penasihat Syariah

Platform Automotif

Penasihat Syariah

Penyelesaian Untuk Pemanduan Yang Selamat Di Jalan Raya

  • Pandu dengan selamat tanpa risaukan bil servis kereta yang tidak dijangka
  • Baiki kereta, paylater. Lanjutkan pembayaran bil anda dari 3 ke 12 kali
  • Kini, ada lebih 500+ bengkel kereta yang menawarkan instalment servis kereta ini

Kenapa Pilih Direct Lending?

PERMOHONAN MUDAH

Hanya kad pengenalan dan penyata bank

KELULUSAN SEGERA

Dalam 15 minit*

*berdasarkan waktu operasi bengkel terpilih

MAMPU MILIK

Bayar sehingga 12 kali bayaran bulanan. Tiada caj tersembunyi

SELAMAT

Tanpa kad kredit atau debit

*berdasarkan waktu operasi bengkel terpilih

Kalkulator Pembayaran

Hanya 3 Langkah Mudah Untuk Mohon

  • MOHON

    Isikan maklumat anda

  • MUAT NAIK

    Hanya kad pengenalan dan penyata bank

  • DAFTAR KELUAR

    Buat bayaran pertama, sediakan pelan pembayaran bulanan dan tandatangan kontrak pembiayaan

Pembiayaan Patuh Syariah

(klik untuk besarkan imej)

Ini adalah kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang diiktiraf oleh Amanie Advisors, sebuah firma Penasihat Kewangan Islam terkemuka dunia yang diterajui oleh sarjana Syariah, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar. Kemudahan ini adalah berdasarkan konsep syariah Komoditi Murabahah melalui Tawarruq.

      Ingin bengkel pilihan anda menawarkan kemudahan ini?

      Testimoni Pelanggan

      Soalan Lazim Pembiayaan Auto Servis

      Pembiayaan Auto Servis (Servis Kereta, PayLater) adalah kemudahan pembiayaan yang tidak bercagar dan juga patuh Syariah. Pembiayaan ini adalah untuk tujuan perkhidmatan auto servis di mana amaun pembiayaan yang telah diluluskan akan dibayar kepada bengkel terpilih (tempat yang anda servis kenderaan). Kemudahan pembiayaan ini dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap di mana bayaran ansuran bulanan adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan. Sekarang anda boleh bayar ansuran servis kereta dan lanjutkan bayaran bulanan sehingga 12 kali.

      Produk pembiayaan ini berasaskan konsep Syariah daripada komoditi Murabahah melalui Tawarruq. Kontrak jual beli ini adalah antara anda dan Direct Lending, dengan komoditi patuh Syariah tertentu yang dikenal pasti dan digunakan sebagai aset pendasar untuk transaksi jual beli antara pelanggan dan Direct Lending untuk tujuan pengagihan dana di bawah Kemudahan tersebut.

      Selain daripada butiran peribadi, kami hanya memerlukan dua dokumen ini:

      • Gambar IC (depan dan belakang)
      • Penyata Bank 3 bulan terkini (akaun utama yang menerima pendapatan seperti gaji) – Cara untuk muat turun penyata bank boleh rujuk di sini.

      Pembiayaan ini terbuka untuk warganegara Malaysia berumur 18 – 65 tahun yang mempunyai akaun bank. Kad kredit TIDAK diperlukan.

      Keputusan pra-kelayakan akan dimaklumkan segera selepas mengisi maklumat peribadi berdasarkan profil kredit anda. Kelulusan permohonan dan jumlah pembiayaan yang layak akan dimaklumkan secepat 15 minit (selepas waktu bekerja) selepas anda melengkapkan pemohonan.

      Anda boleh servis kereta dalam masa 1 bulan selepas permohonan diluluskan.

      Selepas anda ketahui jumlah bayaran ansuran untuk baiki kereta; anda boleh mula merancang dan menempah temujanji atau melawat mana-mana bengkel yang menawarkan pembiayaan ini.

      Jika anda baru mendapati ada keperluan dana yang lebih semasa di bengkel, anda juga boleh terus membuat permohonan di bengkel tersebut dan keputusan pra-kelulusan hanya mengambil masa 15 minit (semasa waktu kerja)

      Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan.Tiada apa-apa caj pemprosesan yang akan dikenakan untuk pembiayaan ini.

      Amaun pembiayaan adalah dari RM300 (minimum) sehingga RM5,000 (maksimum).  

      Pembiayaan ini adalah bertempoh dari 3 kali bayaran bulanan sehingga 12 kali bayaran bulanan.

      Tidak – ia akan dilakukan di bengkel selepas servis selesai dan apabila anda bersetuju dengan pembiayaan tersebut. Kebanyakan proses hanya dilakukan secara digital melalui telefon pintar anda.

      Kemudahan pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin atau guarantor.

      Pembiaya akan mengkreditkan amaun pembiayaan terus ke bengkel 3 hari selepas perjanjian ditandatangani untuk membayar bil servis kereta.

      Selepas menandatangani perjanjian pembiayaan di platform Direct Lending, anda perlu sediakan eMandate untuk membenarkan proses auto debit melalui akaun bank anda, daripada institusi kewangan berlesen di Malaysia. Bayaran bulanan akan ditolak daripada akaun ini pada hari yang sama (semasa perjanjian ditandatangani) dan juga pada bulan-bulan berikutnya sepanjang tempoh pembiayaan.

      Anda akan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 8% setahun yang terdiri daripada; Ta’widh (pampasan) 1% setahun dan Gharamah (penalti) 7% setahun pada ansuran tertunggak. Caj Gharamah (penalti) ini akan disalurkan kepada badan kebajikan. Caj lewat bayar ini tidak akan dikompaun.

      Anda boleh membuat penyelesaian awal sebelum tamat tempoh ansuran, dengan memberikan notis bertulis 1 minggu terlebih dahulu kepada Direct Lending. Rebat akan diberikan kepada anda berdasarkan baki keuntungan tertunda.

      Anda boleh daftar disini dan pihak Direct Lending akan hubungi anda dalam masa 1 hari bekerja

      Pembiayaan ini akan ditawarkan oleh Direct Lending Sdn. Bhd., sebuah platform pembiayaan peribadi yang menyediakan pembiayaan yang selamat dan berpatutan untuk pelanggan yang bekerja keras di Malaysia. Direct Lending adalah Syarikat Kredit Komuniti yang dikawal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

      Direct Lending juga penerima geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., dan antara syarikat startup daripada Global Accelerator Programme pada tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

      Klik sini untuk Direct Lending Pembiayaan Auto Servis Terma dan Syarat
      Klik sini untuk Direct Lending Pembiayaan Auto Servis Lembaran Penerangan Produk

      *Tertakluk kepada terma dan syarat. Amaun pembiayaan adalah dari RM300 (minimum) sehingga RM5,000 (maksimum). Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan berdasarkan profil kredit pelanggan. Tempoh pembiayaan adalah 3 sehingga 12 bulan. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM500 dengan tempoh pembiayaan 6 bulan, kadar keuntungan 1.5% sebulan, bayaran bulanan adalah RM88 sebulan.