Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi Terbaik 2021 - Direct Lending

Pinjaman bank & koperasi dipermudah

Semak dan pilih pinjaman peribadi yang terbaik untuk anda. Berkonsep Syariah
Kadar dari serendah 2.69% atau secepat 2 hari bekerja

Dapatkan pinjaman dengan cepat, mudah dan selamat. Khas untuk penjawat awam

Loan peribadi untuk apa jua tujuan-perniagaan, perumahan, pendidikan, perubatan

Komitmen luar tinggi dan masalah rekod CCRIS dan CTOS layak memohon

Liputan media

Rebat tunai eksklusif daripada Direct Lending

Di bawah inisiatif DirectBantu+ untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia dengan menyediakan sumber kewangan tambahan semasa PKP (tempoh 1 Jun sehingga 16 Julai 2021)

Untuk setiap pinjaman yang lulus & dikeluarkan

Rebat

RM700
RM500
RM400
RM200
RM60

Amaun pembiayaan

≥ RM30,000
RM20,100 – RM30,000
RM10,100 – RM20,000
RM3,100 – RM10,000
≤ RM3,000 & ke bawah

Jaminan kami

CEPAT

Ketahui kelayakan pinjaman bank & koperasi segera. Terima pinjaman sepantas 2 hari bekerja**

MUDAH

Cari dan mohon pinjaman peribadi yang sesuai untuk anda, bila-bila masa, di mana jua

SELAMAT

Wakil pemasaran sah untuk bank & koperasi yang terkenal dan kukuh di Malaysia

Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan

Kita membantu anda cari, semak, mohon dan dapatkan pinjaman bank & koperasi yang terbaik untuk anda.

Pembiayaan bank & koperasi berkonsep Syariah

Syarat-syarat permohonan

Rebat tunai eksklusif from Direct Lending

Untuk Pembiayaan Peribadi RCE Yayasan yang berkadar 7.99% dan ke-atas sahaja

RM1,500 (BARU!)

RM500 RM1,000

RM500 RM700

RM250 RM500

RM250 RM300

RM100 RM150

≥ RM40,000

RM30,000 – RM39,900

RM20,000 – RM29,900

RM15,000 – RM19,900

RM10,000 – RM14,900

RM5,000 – RM9,900

Rebat Tunai Eksklusif daripada Direct Lending

Untuk Pinjaman Peribadi RCE Yayasan yang berkadar 7.99% dan ke-atas sahaja

RM1,500 (BARU!)

RM500 RM1,000

RM500 RM700

RM500 RM500

RM500 RM300

RM500 RM15

≥ RM40,000

RM30,000 – RM39,900

RM20,000 – RM29,900

RM15,000 – RM19,900

RM10,000 – RM14,900

RM5,000 – RM9,900

Cara mohon pinjaman bank dan koperasi atas talian

LANGKAH 1

Klik semak kelayakan dan beritahu kami apa yang anda perlukan

LANGKAH 2

Banding dan pilih produk yang paling sesuai dengan anda

LANGKAH 3

Hantar dokumen anda & konsultan peramah kami akan menghubungi anda untuk memproses permohonan anda

Testimoni pelanggan

Apa yang pelanggan katakan tengan servis Direct Lending di Google Business Page dan Facebook

Soalan Lazim Pinjaman Peribadi Bank dan Koperasi Malaysia

Pinjaman peribadi koperasi adalah sejenis pinjaman tidak bercagar yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Koperasi yang menawarkan pinjaman koperasi adalah berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Akta 1993. Pembayaran balik pinjaman peribadi koperasi dilakukan menerusi potongan gaji melalui Biro ANGKASA. Kebanyakan pinjaman peribadi koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep Syariah.

  1. Kaedah bayaran balik: Bayaran pinjaman koperasi dilakukan melalui potongan gaji peminjam oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara (AG). Bayaran balik pinjaman bank komersial lazimnya dilakukan melalui ‘auto debit’ atau bayaran ansuran ‘bank-in’ secara manual. Terdapat juga situasi di mana ada bank komersial yang menawarkan pilihan potongan gaji.
  2. Kriteria kredit:Kriteria kelulusan pinjaman koperasi adalah lebih mudah dan peminjam yang ada rekod negatif CCRIS/CTOS, komitmen tinggi atau disenaraikan di bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA) berpeluang untuk dapatkan kelulusan pinjaman koperasi. Kriteria kelulusan untuk pinjaman bank komersial adalah lebih ketat di mana peminjam yang ada rekod CCRIS atau CTOS yang kurang baik (bayaran pinjaman lewat melebihi 3 bulan), komitmen tinggi, atau disenaraikan bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA); mungkin sukar untuk dapatkan kelulusan pinjaman daripada bank.
  3. Kadar faedah: Kadar faedah pinjaman koperasi biasanya lebih rendah daripada pinjaman bank komersial di mana kaedah bayaran balik untuk pinjaman bank adalah melalui ‘bank-in’ secara manual atau ‘auto debit’. Salah satu sebab kadar faedah pinjaman koperasi adalah lebih rendah kerana kaedah bayaran balik adalah melalui potongan gaji. Selain itu, kadar faedah akan jadi yang paling rendah untuk pinjaman peribadi bank yang dilakukan melalui pemotongan gaji.
  4. Jumlah Bersih Bayaran Keluar (Payout): Biasanya pinjaman koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada peminjam. Kebanyakan payout pinjaman koperasi adalah antara lingkungan 80%-95%. Ini adalah selepas potongan takaful, duti setem, pembayaran balik bulanan, saham koperasi dan yuran keahlian. Selain itu, payout untuk pinjaman bank komersial adalah lebih tinggi sebab ia tidak termasuk potongan untuk saham koperasi dan yuran keahlian.
  5. Jenis pemohon: Pinjaman koperasi dikhaskan untuk penjawat awam. Permohonan pinjaman bank komersial terbuka kepada pekerja swasta, bekerja sendiri serta pekerja sektor awam. Tetapi, untuk pinjaman koperasi di mana pembayaran balik adalah melalui potongan ANGKASA, ia dikhaskan untuk kakitangan kerajaan dan pekerja GLC.

Untuk penjawat awam yang memilih kaedah pembayaran balik adalah melalui potongan gaji, anda ada pilihan untuk mohon pinjaman bank dan koperasi. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan:

Sesuai untuk mohon pinjaman peribadi bank jika:

  • Mencari pinjaman peribadi berkadar rendah dengan payout tinggi
  • Peminjam yang ada rekod pembayaran yang baik dan tiada rekod kredit negatif
  • Peminjam yang ada komitmen hutang yang rendah

Sesuai untuk mohon pinjaman peribadi koperasi jika:

  • Peminjam yang ada rekod kredit negatif, AKPK atau disenarai bawah Akaun Perhatian Khas (SAA)
  • Peminjam yang ada komitmen tinggi di luar slip gaji

Ya, semua pinjaman peribadi bank dan koperasi untuk penjawat awam di platform Direct Lending berteraskan berkonsep Syariah.

Pinjaman peribadi adalah solusi yang mudah dan cepat untuk bantu anda selesaikan masalah kewangan anda.

Anda boleh mohon pinjaman bank dan koperasi untuk membuat penyatuan hutang atau ‘overlap’ pinjaman lama atau hutang mahal untuk bantu kurangkan komitmen bulanan. Anda juga boleh gunakan pinjaman koperasi untuk mula atau mengembangkan perniagaan anda, ubahsuai rumah, beli kereta atau motor, bayar yuran pendidikan, perkahwinan dan juga untuk hal-hal kecemasan.

Amaun yang anda layak untuk pinjam bergantung pada beberapa faktor seperti jumlah pendapatan anda, komitmen bulanan dan sejarah kredit. Jumlah pinjaman maksimum adalah sehingga RM250,000 bergantung pada institusi kewangan.

Namun, bayaran balik untuk pinjaman bank dan koperasi adalah melalui potongan gaji, di mana pemotongan maksimum yang dibenarkan dalam slip gaji anda adalah 60%. Oleh itu, anada hanya layak mohon pinjaman jika potongan tidak melebihi 60%.

Semak kelayakan anda secara percuma di SINI.

Anda layak untuk mohon jika anda adalah seorang penjawat awam di Malaysia dan:

  • Warganegara Malaysia berumur 20 sehingga 58 tahun
  • Ada pekerjaan tetap sekurang-kurangnya 6 bulan berkhidmat di sektor awam
  • Pendapatan kasar bulanan minimum RM1,500
  • Tidak muflis dan mampu membayar balik pinjaman

Dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan (MyKad) (depan dan belakang)
  • 3 bulan slip gaji sah terkini
  • Surat pengesahan pekerjaan
  • Salinan penyata bank terkini (transaksi gaji bulanan dikreditkan)

Kebanyakkan pinjaman peribadi bank dan koperasi di platform Direct Lending menawarkan kadar faedah tetap, di mana ansuran bulanan adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan tanpa mengambil kira perubahan terhadap kadar asas oleh Bank Negara.

Pinjaman peribadi adalah satu jenis pinjaman tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan apa-apa jaminan atau penjamin untuk meminjam duit.

Ya, anda boleh dan ini akan membantu anda untuk rendahkan komitmen bulanan atau membolehkan anda dapatkan tunai dalam tangan tanpa meningkatkan komitmen bulanan. Jika anda membuat overlap dengan bank atau koperasi yang sama, anda tidak perlu mohon untuk dapatkan surat penyelesaian hutang.

Kelulusan pinjaman secepat 2 hari bekerja sehingga 2 minggu. Ini bergantung pada bank dan koperasi tertentu. Sebagai contoh, Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis menawarkan pembiayaan secepat 2 hari bekerja manakala pinjaman Public Bank dan Coopbank Pertama adalah sekitar 1 minggu.

Ya, anda boleh membuat penyelesaian awal. Kebanyakkan bank dan koperasi menawarkan rebat untuk penyelesaian awal.

Direct Lending adalah platform pinjaman peribadi yang membantu peminjam cari, mohon dan banding pembiayaan yang paling sesuai dengan anda. Kami adalah agen sah untuk hampir 10 bank dan koperasi Malaysia yang diiktiraf di Malaysia.

Servis kami adalah 100% PERCUMA dan kami tidak akan meminta sebarang bayaran daripada pelanggan. Direct Lending mempunyai hampir 1,000 review 5 bintang daripada pelanggan kami di Google Business Page dan Facebook.

Proses memohon pinjaman peribadi adalah sangat mudah. Semak kelayakan anda melalui platform kami dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.

Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.

Alami pinjaman bank & koperasi yang lebih baik sekarang

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Rebat tunai hanya diberikan oleh Direct Lending setelah mendapat kelulusan dan pembayaran pembiayaan. Kadar keuntungan pembiayaan bermula dari minimum 2.69% p.a. (kadar rata) sehingga maksimum 9.99% p.a. (kadar rata). Tempoh pembiayaan adalah antara minimum 1 tahun sehingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 2.99% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM12,990

** Untuk pinjaman RCE Yayasan. Tempoh 2 hari bekerja dikira bermula dari titik masa RCE menerima kesemua dokumen yang relevan daripada anda sehingga titik masa ketika wang pinjaman dimasukkan ke dalam akaun anda. Tempoh 2 hari bekerja hanya suatu jangkaan dan TIDAK dijamin, jika semua syarat berikut di penuhi: Semua dokumen yang dihantar adalah lengkap dan memenuhi syarat, tanpa keperluan dokumen tambahan atau susulan berikutan penyerahan pertama; RCE mesti berjaya menghubungi anda dan majikan anda untuk pengesahan yang diperlukan dalam tempoh 24 jam daripada penerimaan dokumen lengkap anda dan pengesahan tersebut mestilah berjaya; dan Akaun bank yang diberikan untuk pendepositan wang pinjaman haruslah akaun bank Maybank. Dalam semua keadaan yang lain, ia akan mengambil masa lebih daripada 2 hari bekerja.