Kami percaya bahawa setiap individu yang bekerja keras layak mendapat pinjaman yang selamat dan berpatutan
Namun begitu, realitinya adalah berbeza. Berdasarkan laporan daripada Bank Dunia mengenai Penyertaan Kewangan di Malaysia (Mei 2017), hanya 25% daripada jumlah populasi orang dewasa, dan 15% daripada golongan B40, memperoleh pinjaman bank.
Alternatif yang ada sekarang untuk golongan yang permohonannya ditolak oleh bank adalah tidak mencukupi. Kesannya, mereka mudah diambil kesempatan oleh sindiket penipuan pinjaman serta peminjam wang yang tidak berlesen. Kes-kes sebegini telah banyak berlaku dan dilaporkan.
Kami menubuhkan Direct Lending untuk mengubah situasi ini. Kami menawarkan pinjaman yang selamat dan berpatutan buat setiap individu yang bekerja keras, untuk membantu mereka memenuhi keperluan dan merealisasikan impian mereka.
Direct Lending adalah sebuah platform pinjaman peribadi atas talian yang membolehkan para peminjam untuk mencari, memohon serta mendapatkan pinjaman yang paling sesuai bagi mereka. Pembiayaan di platform adalah berkonsep Syariah dan ditawarkan oleh RCE Capital Berhad (disenaraikan di Bursa Malaysia), Public Islamic Bank, Koperasi KOBETA, Koperasi KOPUTRI dan Koperasi Ukhwah. Selain itu, kami juga bekerjasama dengan JCL Credit Leasing dan syarikat pinjaman lain yang berdaftar dengan KPKT.
Baru-baru ini, Direct Lending telah melancarkan pembiayaan auto servis yang membantu pemilik kereta mendapatkan pembiayaan patuh Syariah untuk membayar servis pembaikan kereta di bengkel terpilih.
Direct Lending menerima sebuah geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., sebuah agensi kerajaan yang mempunyai mandat untuk memberikan dana kepada syarikat baru berasaskan teknologi yang mempunyai potensi serta kaliber yang tinggi menerusi Cradle Investment Programme (CIP300). Selain itu, Direct Lending merupakan di antara tiga syarikat permula (startup) yang tersenarai dalam kategori teknologi kewangan untuk Global Accelerator Programme tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).
Kenapa guna Direct Lending?
CEPAT
Ketahui kalayakan segera. Terima pinjaman sepantas 2 hari bekerja*
MUDAH
Cari dan mohon pinjaman yang sesuai untuk anda, bila-bila masa, di mana jua
SELAMAT
Wakil permasaran yang sah. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan
PERCUMA
Servis kami 100% percuma, dari semakan kelayakan sehingga dapatkan pinjaman
REBAT TUNAI
Rebat tunai dari Direct Lending, jadi anda boleh dapat lebih tunai dalam tangan
Pencapaian kami sehingga kini
Lebih 50,000
Semakan kelayakan pinjaman dibuat melalui platform kami
RM450,000+
Rebat Tunai kepada pelanggan Direct Lending
90%
Kadar kelulusan permohonan pinjaman bank & koperasi melalui Direct Lending
Testimoni Pelanggan
Apa yang pelanggan katakan tentang servis kami di Google Business Page

“Best service. Personal loan transactions are processed well and fast”
“….Trusted and fastest medium for loan, Direct Lending!”
“Cepat, mudah, selamat dan perkhidmatan yg diberikan staff 100% percuma..”
Testimoni Pelanggan
Apa yang pelanggan katakan tentang servis kami di Google Business Page dan Facebook
Kenali Team Direct Lending
















Aimi
Loan specialist
Graduan UNITEN, aktif
Aini
Loan specialist
Graduan UNIKL, city slickers
Alia
Product
Graduan UiTM, ahli matematik
Amira
Marketing
MSU graduate, explorer
Anis
Loan specialist
Graduan UiTM, happy-go-lucky
Atikha
Loan specialist
ex-Politeknik, VIP
Vinie
Product
UM undergrad, pencabar
Soon Tak
CTO
Eat, sleep, code
Yik
Director
Ex-banker, bapa
Yoong Foong
Software Engineer
Code, gamer