Terma Penggunaan

Sila baca terma dan syarat ("Terma Penggunaan") yang dinyatakan di bawah kerana kandungan ini terpakai ke atas akses anda dan penggunaan perkhidmatan kami oleh anda, termasuk laman web kami (www.directlending.com.my), API, pemberitahuan e-mel, butang aplikasi dan widget ("Perkhidmatan"), dan sebarang maklumat, teks, grafik, video, foto, gaya dan tema atau bahan lain yang dimuat naik, dimuat turun atau yang muncul pada Perkhidmatan (dirujuk sebagai "Kadungan").

Penggunaan dan akses anda ke Perkhidmatan menandakan persetujuan anda terhadap Terma Penggunaan dan persetujuan supaya terikat oleh Terma Penggunaan dan sebahagian atau keseluruhan daripada semua terma berkaitan yang dirujuk di bawah ini secara mutlak. Sekiranya anda tidak bersetuju kepada terma penggunaan ini, sila segera berhenti menggunakan Laman Web ini. Laman Web dan Perkhidmatan hanya tersedia kepada individu berumur 18 tahun ke atas yang boleh memasuki perjanjian yang sah di bawah undang-undang yang terpakai. Jika anda tidak melebihi umur 18 tahun, sila berhenti menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan ini.

Perkhidmatan tidak harus dianggap sebagai sebuah tawaran atau percubaan untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang dinyatakan kepada sebarang individu yang mana ia menyalahi undang-undang untuk melakukan tawaran atau percubaan sebegitu atau di mana undang-undang atau peraturan tempatan tidak membenarkan penggunaan produk-produk atau perkhidmatan sedemikian.

Terma lain yang terpakai

Terma Penggunaan merujuk kepada terma tambahan dalam Kenyataan Dasar Privasi kami, yang juga terpakai ke atas penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda.

Kenyataan Dasar Privasi menetapkan terma yang terpakai bagi kami memproses sebarang data peribadi yang kami kumpul daripada anda, atau yang anda berikan kepada kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju kepada pemprosesan data anda dan anda menjamin bahawa segala data yang anda berikan adalah tetap dan untuk memaklumkan kami melalui e-mel jika terdapat sebarang perubahan. Anda memahami bahawa melalui penggunaan Perkhidmatan kami, anda bersetuju kepada pengumpulan dan penggunaan (seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi) maklumat ini, termasuk pemindahan maklumat ini dalam dan ke luar Malaysia untuk disimpan, diproses atau digunakan oleh kami. Sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan yang disediakan, kami mungkin menyediakan anda dengan bahan komunikasi tertentu, seperti pengumuman perkhidmatan dan pesanan pentadbiran. Bahan komunikasi ini wajib dan menjadi sebahagian daripada Perkhidmatan dan akaun www.directlending.com.my anda, dan anda mungkin tidak boleh mengecualikan diri daripada menerima bahan tersebut.

Huraian Perkhidmatan

Perkhidmatan disediakan oleh DL Techlab Sdn. Bhd., bagi pihak Direct Lending Sdn. Bhd. (secara kolektif dirujuk sebagai "Direct Lending" atau "kami").

Direct Lending Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965, merupakan wakil pemasaran yang sah bagi RCE Marketing Sdn Bhd (subsidari kepada RCE Capital Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia) yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi kepada kakitangan awam melalui Yayasan Ihsan Rakyat and Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis. Kami juga menawarkan pinjaman peribadi daripada Public Islamic Bank, RHB Islamic Bank, Koperasi KOPUTRI dan koperasi-koperasi terpilih di Malaysia ("Pembekal Perkhidmatan Kewangan").

Direct Lending bukan merupakan peminjam, dan kami tidak membekalkan pinjaman, keputusan kredit, dan kami tidak memiliki atau mengawal kemudahan kewangan yang dipasarkan kepada anda. Kami meneliti maklumat yang anda berikan kepada kami dan jika anda memenuhi syarat-syarat tertentu, kami akan merujuk anda kepada Pembekal Perkhidmatan Kewangan yang kami percaya berpeluang tinggi menawarkan anda dengan pinjaman berdasarkan penilaian maklumat anda. Jika anda membuat keputusan untuk memperoleh pembiayaan itu, anda akan memasuki sebuah perjanjian asing bersama Pembekal Perkhidmatan Kewangan dan bukannya bersama kami. Kami tidak mengawal dan tidak bertanggungjawab untuk tindakan yang diambil atau tindakan yang tidak diambil oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan. Anda tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan Perkhidmatan kami untuk mula menghubungi atau mengambil pinjaman dengan mana-mana Pembekal Perkhidmatan Kewangan.

Tiada apa-apa dalam Terma Penggunaan ini yang boleh ditafsirkan sebagai mewujudkan sebarang hubungan rakan kongsi atau usahasama di antara kami dan anda, atau pembentukan mana-mana pihak sebagai ejen pihak yang satu lagi untuk sebarang tujuan dan kedua-dua pihak tidak diberi kuasa untuk mengikat satu sama lain atau memasuki kontrak bagi pihak yang satu lagi atau mewujudkan liabiliti terhadap pihak itu melalui sebarang cara atau untuk sebarang tujuan.

Perubahan kepada perkhidmatan kami

Perkhidmatan yang kami sediakan sentiasa berubah dan bentuk, kandungan, terma dan sifat Perkhidmatan yang disediakan mungkin berubah dari masa ke masa tanpa notis terlebih dahulu kepada anda. Seterusnya, kami boleh berhenti (secara kekal atau sementara) membekalkan Perkhidmatan (atau sebarang ciri dalam Perkhidmatan) kepada anda atau pengguna secara am tanpa notis terlebih dahulu. Kami juga mengekalkan hak untuk mewujudkan batasan terhadap penggunaan dan penyimpanan mengikut budi bicara kami pada bila-bila masa tanpa memaklumkan anda.

Kami tidak melakukan apa-apa pernyataan atau jaminan, sama ada secara nyata atau tersirat, bahawa Perkhidmatan kami atau sebarang kandungan pada laman kami adalah tepat, lengkap atau terkini.

Kebergantungan terhadap maklumat yang dipaparkan

Ulasan dan bahan lain yang dipaparkan pada Laman Web ini tidak bertujuan sebagai nasihat yang harus diletakkan kebergantungan. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang pergantungan yang diletakkan pada bahan-bahan sedemikian oleh anda atau sesiapa yang anda maklumkan tentang sebarang kandungannya.

Akses ke Perkhidmatan kami

Kami tidak menjamin bahawa Perkhidmatan kami, atau kandungannya, akan sentiasa dikemas kini, tersedia atau bebas dari gangguan. Kami boleh menggantung, menarik balik, menamatkan atau mengubah semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan kami dan Kandungan tanpa sebarang notis. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda jika Perkhidmatan kami tidak tersedia pada masa atau tempoh tertentu disebabkan walau apa pun sebab.

Anda juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap individu yang mengakses Perkhidmatan kami melalui sambungan Internet anda sedar dan mematuhi Terma Penggunaan ini serta terma dan syarat lain yang berkaitan.

Akaun dan kata laluan anda

Jika anda diberikan akses log masuk, anda bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan kerahsiaan kata laluan yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan dan bagi mana-mana aktiviti atau tindakan di bawah kata laluan anda. Kami menggalakkan anda supaya menggunakan kata laluan yang "kuat" (kata laluan yang menggunakan gabungan huruf besar dan kecil, nombor dan simbol) untuk akaun anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah kata laluan atau akaun anda dan tidak patut mendedahkan maklumat itu kepada mana-mana pihak ketiga.

Kami mempunyai hak untuk menggantung atau menyahdayakan sebarang kata laluan, sama ada dipilih oleh anda atau yang diperuntukkan oleh kami, pada bila-bila masa, jika kami berpendapat bahawa anda gagal menepati sebarang peruntukan Terma Penggunaan ini. Kami tidak mempunyai sebarang liabiliti akibat daripada mana-mana pihak ketiga yang mengakses akaun anda.

Jika anda ketahui atau mencurigai sesiapa selain daripada diri anda yang mengetahui kata laluan anda, anda harus memaklumkan kami dengan segera di support@directlending.com.my.

Hak-hak harta intelek

Segala hak harta intelek yang wujud berkenaan dengan Perkhidmatan dan Kandungan (kecuali kandungan yang disumbangkan oleh pengguna) adalah milik Direct Lending atau telah dilesenkan dengan sah kepada Direct Lending untuk digunakan. Semua hak di bawah undang-undang terpakai dengan ini terpelihara. Anda tidak dibenarkan memuat naik, memapar, menerbit, menghasilkan semula, menyiarkan atau mengedar dalam apa-apa cara sebarang komponen laman web atau menghasilkan karya derivatif berkenaan dengannya, kerana laman web ini telah dihak cipta di bawah undang-undang.

Anda bersetuju untuk menghormati segala hak harta intelek, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, cap dagang, nama perniagaan (yang berdaftar atau tidak) yang terkandung atau dipaparkan pada Laman Web atau yang anda punyai akses berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan kami.

Anda tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian daripada bahan dalam Laman Web kami untuk tujuan komersial tanpa kebenaran dan anda bersetuju untuk tidak memuat turun atau mencetak salinan bahan-bahan tersebut untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan kegunaan sebenar.

Jika anda mencetak, menyalin atau memuat turun mana-mana bahagian daripada laman kami dan melanggar terma penggunaan yang dinyatakan di sini, hak anda untuk menggunakan Laman Web kami akan diberhentikan serta-merta dan anda perlu, mengikut budi bicara kami, memulangkan atau menghapuskan semua salinan bahan-bahan tersebut yang telah dibuat.

Anda bersetuju bahawa kami bebas untuk menggunakan, mendedahkan, menyerap dan mengubah suai semua dan sebarang idea, konsep, teknik, cadangan, saranan, komen serta maklumat dan komunikasi lain yang diberikan oleh anda kepada kami ("Maklum Balas") sehubungan dengan Perkhidmatan dan/atau penggunaan Perkhidmatan tanpa sebarang bayaran kepada anda. Dengan ini, anda mengetepikan dan bersetuju untuk mengetepikan semua hak dan tuntutan untuk sebarang ganjaran, fi, royalti, caj dan/atau bayaran lain yang berkaitan dengan penggunaan, pendedahan, penyerapan dan/atau pengubahsuaian sebahagian atau keseluruhan Maklum Balas anda.

Penggunaan Perkhidmatan

Kami mempunyai hak mutlak (namun tidak akan mempunyai kewajipan) untuk mengalihkan atau enggan mengedarkan sebarang Kandungan pada Perkhidmatan, menggantung atau menamatkan akaun pengguna, dan untuk menuntut kembali nama pengguna tanpa liabiliti terhadap anda. Kami juga mempunyai hak untuk mengakses, membaca, memelihara, dan mendedahkan sebarang maklumat yang kami percaya wajar dilakukan

  1. untuk mematuhi segala undang-undang, peraturan-peraturan, proses undang-undang atau permintaan kerajaan;
  2. menguatkuasakan Terma Penggunaan, termasuk penyiasatan potensi pelanggaran syarat-syarat;
  3. mengesan, mengelak atau menangani penipuan, isu-isu keselamatan atau teknikal;
  4. memberi tindak balas kepada permintaan sokongan pengguna; atau
  5. melindungi hak, harta atau keselamatan Direct Lending, penggunanya dan orang awam.

Representasi dan Jaminan

Bagi menggunakan Perkhidmatan kami dan sewaktu menggunakannya, anda merepresentasi dan menjamin bahawa:

  1. anda memiliki hak dan keupayaan untuk memasuki Terma Penggunaan ini;
  2. anda telah dan akan pada setiap masa membekalkan maklumat yang benar, tepat, dan lengkap, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat berkenaan sebarang pembiayaan yang telah diperoleh, atau dalam proses untuk memperoleh, daripada mana-mana institusi kewangan dan bukan kewangan;
  3. anda tidak menyembunyikan apa-apa fakta penting;
  4. anda tidak menerima sebarang pembiayaan lain daripada institusi kewangan atau bukan kewangan selain daripada yang diisytiharkan di sini;
  5. anda tidak ingkar membayar mana-mana akaun dengan mana-mana bank, institusi kewangan, dan pemberi hutang dan tidak terhalang dari sisi undang-undang;
  6. anda akan mematuhi syarat-syarat Direct Lending dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan berkenaan dengan permohonan anda;
  7. anda memahami bahawa tawaran pembiayaan tertakluk kepada proses pengesahan yang wajib oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan tentang dokumen dan maklumat yang anda bekalkan dan bergantung kepada kelulusan terakhir oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan yang mempunyai budi bicara mutlak untuk meluluskan atau menolak pinjaman itu dan tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk memberi sebarang sebab.
  8. sekiranya maklumat yang diberikan menjadi tidak tepat, mengelirukan, atau berubah walau apa cara pun, anda hendaklah memaklumkan perubahan tersebut kepada kami dengan segera; dan
  9. pelaksanaan kewajipan anda di bawah Terma Penggunaan ini mahupun penggunaan Perkhidmatan kami tidak akan melanggar undang-undang, kaedah-kaedah, atau peraturan-peraturan kerajaan yang mempunyai bidang kuasa atau mengakibatkan pelanggaran sebarang perjanjian anda dengan mana-mana pihak ketiga atau mengganggu secara tidak munasabah penggunaan Perkhidmatan kami oleh pelanggan kami yang lain.

Anda memberi kebenaran kepada Direct Lending dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan untuk mendapat, mengesahkan dan mendedahkan sebarang maklumat yang dihantar kepada kami untuk tujuan Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada Maklumat Kredit (seperti yang ditakrifkan dalam Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010) yang berkaitan dengan anda dari dan/atau kepada mana-mana sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada Pihak Berkuasa Hasil Dalam Negeri; Kumpulan Wang Simpanan Pekerja; RAM Credit Information Sdn. Bhd., CTOS Data Systems Sdn. Bhd. dan mana-mana orang, individu dan/atau entiti lain, agensi pelaporan/rujukan kredit, dan institusi kewangan lain berkaitan dengan permohonan kredit anda atau transaksi bersama anda yang dianggap sesuai oleh Direct Lending dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan.

Perolehan dan/atau pendedahan maklumat sedemikian adalah bagi tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembukaan akaun, penilaian kredit, semakan atau pengawasan kredit/akaun, pemungutan hutang, penyelesaian pengskoran, dokumentasi undang-undang dan/atau tindakan yang dibenarkan melalui kontrak atau kemudahan kewangan yang diberikan.

Anda juga memberi kuasa dan kebenaran kepada Direct Lending dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan untuk mendedahkan kepada mana-mana individu, perbadanan dan pihak berkuasa dalam atau di luar Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pungutan hutan, syarikat dari dalam kumpulan Direct Landing dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan, agen-agen mereka, dan agen khidmat luaran dilantik bagi memberi perkhidmatan berintegrasi, mengekalkan dan menyimpan rekod, maklumat dan butiran (kewangan atau sebaliknya), berkaitan dengan hal ehwal, akaun, kewangan dan kelakuan anda yang dianggap sebagai sesuai oleh Direct Lending dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan.

Kebenaran itu hendaklah kekal terpakai selama tempoh anda mengekalkan akaun, pinjaman, kredit atau transaksi lain bersama kami atau Pembekal Perkhidmatan Kewangan. Anda memberi kuasa kepada Direct Lending dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan secara jelas untuk membincang bersama majikan semasa anda dan bakal majikan anda tentang penggunaan Perkhidmatan kami.

Semua borang dan dokumen sokongan yang dihantar oleh anda ke Direct Lending dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan untuk mengguna Perkhidmatan kami akan menjadi hak milik Pembekal Perkhidmatan Kewangan dan kami berhak untuk mengekalkan borang dan dokumen tersebut tidak kira keputusan permohonan anda atau penggunaan Perkhidmatan kami.

Pembatasan Liabiliti dan Penafian

Sila baca bahagian ini dengan teliti kerana ia membataskan liabiliti Direct Lending dan syarikat, pegawai, pengarah, pekerja, ejen, wakil, rakan kongsi dan pemberi lesen mereka (secara kolektif, "Entiti of Direct Lending"). Setiap sub bahagian di bawah hanya terpakai sehingga tahap maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang. Bidang kuasa tertentu tidak membenarkan penafian jaminan yang tersirat atau pembatasan liabiliti dalam kontrak, dan oleh itu kandungan dalam bahagian ini mungkin tidak terpakai kepada anda. Tiada apa-apa dalam bahagian ini yang bertujuan untuk membataskan mana-mana hak anda yang mana ia mungkin tidak dibenarkan dari segi undang-undang. Segala maklumat adalah untuk rujukan umum anda. Kami tidak bertanggungjawab terhadap maklumat sedemikian.

AKSES DAN PENGGUNAAN ANDA TERHADAP PERKHIDMATAN KAMI ADALAH PADA RISIKO ANDA SENDIRI DAN DISEDIAKAN SEBAGAI "SEADANYA", dan, "SEPERTI YANG TERSEDIA." PERKHIDMATAN ADALAH UNTUK KEGUNAAN PERIBADI ANDA SAHAJA DAN ENTITI KEPADA DIRECT LENDING TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN ATAU JAMINAN TENTANG SEBARANG JENIS JAMINAN SAMA ADA SECARA JELAS ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TANPA BATASAN, SEBARANG JAMINAN TENTANG KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU BUKAN PERBUATAN MELANGGAR.

LIABILITI KESELURUHAN ENTITI DIRECT LENDING DAN REMEDI EKSLUSIF ANDA BERKENAAN PERKHIDMATAN ATAU SEBALIKNYA, ADALAH PELAKSANAAN SEMULA PERKHIDMATAN YANG TIDAK SEMPURNA. DI DALAM BIDANG KUASA YANG TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN JENIS LIABILITI TERTENTU, LIABILITI KAMI AKAN TERHAD KEPADA TAHAP MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. KAMI TIDAK MENGENDORS ATAU MENJAMIN MANA-MANA BAHAN, PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN MELALUI KAMI ATAU PERKHIDMATAN KAMI. KAMI BUKAN DAN TIDAK AKAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA TRANSAKSI ANTARA ANDA DAN SEBARANG PIHAK KETIGA.

DALAM APA JUA KEADAAN, AGREGAT LIABILITI ENTITI DIRECT LENDING TIDAK AKAN MELEBIHI LIMA RATUS RINGGIT MALAYSIA (MYR 500).

Entiti Direct Lending tidak menjamin atau bertanggungjawab bahawa:

  1. maklumat yang dipersembahkan dalam Perkhidmatan kami adalah tepat, mencukupi, terkini atau boleh dipercayai, atau boleh digunakan untuk tujuan lain selain rujukan umum;
  2. maklumat yang dipersembahkan dalam Perkhidmatan kami adalah bebas dari kecacatan, kesilapan, peninggalan, virus atau apa-apa yang mungkin mengubah, memada, menambah ke atau merosakkan perisian, data atau peralatan;
  3. mesej yang dihantar melalui Internet termasuklah yang berhubung dengan Perkhidmatan adalah bebas daripada pintasan, korupsi, ralat, kelewatan atau kehilangan;
  4. akses ke Perkhidmatan adalah tersedia atau tidak terganggu;
  5. penggunaan Perkhidmatan akan mencapai keputusan tertentu; atau
  6. kekurangan dalam Perkhidmatan akan diperbetulkan.

Tanpa membataskan sifat umum perkara yang dinyatakan di atas, dalam apa jua keadaan, Entiti Direct Lending tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau individu lain untuk sebarang kerugian langsung, tidak langsung, sampingan, istimewa, punitif atau kerugian turutan atau ganti rugi, termasuk sebarang kerugian dalam keuntungan perniagaan, peluang atau nama baik yang timbul dari sebarang penggunaan, atau ketidakupayaan mengguna, atau kebergantungan pada maklumat atau Perkhidmatan, walaupun Entiti Direct Lending telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerugian atau kerosakan tersebut.

Jika anda memomhon pinjaman daripada Yayasan Ihsan Rakyat atau Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, Direct Lending akan mengekalkan usaha terbaik dalam membantu anda mendapatkan pinjaman dalam masa 2 hari bekerja yang diukur dari titik masa Pembekal Perkhidmatan Kewangan menerima segala dokumentasi yang diperlukan dari anda sehingga pinjaman anda dimasukkan ke akaun bank anda tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. semua dokumen yang dihantar oleh anda adalah lengkap dan memenuhi syarat, tanpa keperluan dokumen tambahan atau susulan berikutan penyerahan pertama;
  2. Pembekal Perkhidmatan Kewangan mesti berjaya menghubungi anda dan majikan anda untuk pengesahan yang diperlukan dalam tempoh 24 jam daripada penerimaan dokumen lengkap;
  3. Pengesahan itu mesti berjaya; dan
  4. akaun bank untuk pendepositan wang pinjaman haruslah sebuah akaun bank Maybank.

Walau apa jua keadaan, tempoh ini tidak akan dianggap sebagai jaminan oleh Direct Lending dan bagi semua keadaan lain, permohonan akan mengambil masa lebih daripada 2 hari.

Sebarang rebat tunai, hadiah atau promosi hantar ditawarkan kepada pelanggan yang memohon pinjaman melalui Direct Lending dan pinjaman tersebut diluluskan oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan dan diterima oleh pelanggan.

Anda akan menggunakan dan bergantung kepada kemahiran dan pertimbangan anda sendiri dalam penggunaan dan pentafsiran maklumat dan kegunaan Perkhidmatan. Anda bertanggungjawab untuk memastikan penggunaan anda terhadap maklumat dan Perkhidmatan mematuhi segala keperluan undang-undang.

Tanpa prejudis kepada apa yang dinyatakan di atas, jika penggunaan anda terhadap Perkhidmatan kami tidak berjalan dengan lancar dan/atau jika berkaitan, anda tidak menerima maklum balas yang sewajarnya dari kami, seperti yang dinyatakan di dalam Terma Penggunaan ini atau sebaliknya, anda dinasihatkan supaya menghubungi kami di support@directlending.com.my. Kekurangan maklum balas tidak akan dianggap sebagai tanda persetujuan atau penepian hak.

Had liabiliti yang terkandung dalam Terma Penggunaan ini akan terpakai pada tahap yang tertinggi oleh undang-undang yang berkenaan.

Perlindungan Ganti Rugi

Anda bersetuju untuk memberi jaminan ganti rugi dan melindungi Direct Lending dari dan terhadap sebarang tuntutan, kerugian, perbelanjaan, permintaan atau liabiliti, termasuk yuran dan kos peguam, yang ditanggung oleh Entiti Direct Lending berhubung dengan mana-mana tuntutan oleh pihak ketiga (termasuk sebarang tuntutan harta intelektual) yang timbul dari:

  1. bahan-bahan dan kandungan yang anda serah, pos atau hantar melalui Perkhidmatan;
  2. penggunaan Perkhidmatan oleh anda melanggari Terma Penggunaan ini atau undang-undang; dan
  3. sebarang tuntutan yang dibawa terhadap kami oleh pihak ketiga akibat daripada tindakan anda atau jika anda gagal bertindak.

Anda seterusnya bersetuju untuk memberi kerjasama penuh untuk mempertahankan tuntutan sedemikian. Kami mempunyai hak, pada perbelanjaan mereka, untuk mengambil alih pertahanan dan kawalan eksklusif tentang mana-mana perkara yang selainnya tertakluk kepada perlindungan ganti rugi oleh anda, dan anda tidak akan, dalam walau apa pun keadaan membayar sebarang tuntutan tanpa kebenaran bertulis daripada kami.

Pautan ke laman web kami

Anda boleh mempunyai pautan kepada Perkhidmatan kami yang ditawarkan kepada anda dalam cara yang adil dan sah dan tidak merosakkan atau mengambil kesempatan reputasi kami. Anda tidak boleh mewujudkan pautan dalam cara yang mencadangkan sebarang bentuk perhubungan, kelulusan atau pengendorsan dari pihak kami jika ia tidak wujud. Anda tidak boleh mewujudkan pautan ke Perkhidmatan kami dalam mana-mana laman web yang bukan milik anda. Kami mempunyai hak untuk menarik balik tanpa notis kebenaran mewujudkan pautan.

Pautan dan sumber pihak ketiga dalam laman web kami

Pautan dari Perkhidmatan boleh membawa anda ke laman web atau perkhidmatan lain dan anda sedar dan setuju bahawa Direct Lending tidak bertanggungjawab untuk ketepatan atau ketersediaan sebarang maklumat yang diberikan oleh perkhidmatan dan laman web pihak ketiga.

Perkhidmatan boleh mengandungi iklan, yang disasarkan ke Kandungan atau maklumat Perkhidmatan, pertanyaan yang dihantar melalui Perkhidmatan, atau maklumat yang lain. Jenis dan tahan iklan oleh Direct Lending tentang Perkhidmatan tertakluk kepada perubahan. Dalam pertimbangan untuk memberikan anda akses ke dan penggunaan Perkhidmatan, anda bersetuju bahawa Direct Lending dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan rakan kongsinya boleh meletakkan iklan sedemikian pada Perkhidmatan atau berhubung dengan paparan Kandungan atau maklumat daripada Perkhidmatan, sama ada dihantar oleh anda atau pihak lain.

Pautan ke laman web dan perkhidmatan lain tidak bermaksud sebarang endorsmen daripada kami tentang laman web atau perkhidmatan itu, atau maklumat, produk, pengiklanan atau bahan-bahan lain yang disediakan oleh pihak ketiga.

Pemutusan

Sebarang peruntukan dalam Terma Penggunaan ini yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang atau mana-mana bidang kuasa, tidak akan menjejaskan peruntukan lain yang sah atau boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang bidang kuasa yang lain.

Kepelbagaian

Kami mempunyai hak untuk meminda dan/atau menyemak Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa dengan meminda terma tanpa memberikan sebarang sebab kenapa atau menyerlahkan kepada anda perubahan tersebut. Anda dijangka untuk semak halaman ini dari semasa ke semasa untuk dimaklumkan tentang sebarang perubahan yang dilakukan, kerana anda terikat kepada terma dan syarat yang dipinda atau dikemas kini. Peruntukan tertentu yang terkandung dalam Terma Penggunaan boleh digantikan oleh peruntukan atau notis yang diterbitkan di bahagian lain di laman web kami.

Walau bagaimanapun, anda masih terikat kepada terma versi-versi sebelumnya yang anda telah mempersetujui atau dianggap sebagai bersetuju pada masa yang berkaitan. Jika terdapat konflik antara dua versi terma yang telah anda mempersetujui atau dianggap sebagai bersetuju, versi yang lebih baru akan diberi keutamaan melainkan jika dinyatakan sebaliknya.

Berbilang pengguna

Jika terdapat dua atau lebih orang yang mematuhi Terma Penggunaan ini sebagai seorang pengguna, liabiliti mereka di bawah Terma Penggunaan ini adalah digabungkan dan berasingan, dan hak-hak mereka adalah digabungkan.

Penepian

Sebarang kegagalan atau penangguhan untuk mengambil tindakan oleh sebuah pihak untuk menggunakan hak atau remedi yang disediakan di bawah perjanjian ini atau oleh undang-undang tidak akan bermaksud penepian hak tersebut dan hak atau remedi yang lain malah ia juga tidak akan menghalang atau menyekat penggunaan hak itu dan hak atau remedi yang lain. Penggunaan sebahagian atau satu daripada hak atau remedi sedemikian tidak akan menghalang atau menyekat penggunaan lanjut hak atau remedi yang lain.

Penamatan

Terma Penggunaan akan terpakai secara berterusan sehingga ditamatkan oleh anda atau kami seperti berikut.

Anda boleh menamatkan perjanjian anda bersama kami pada bila-bila masa untuk apa-apa sebab dengan menyahaktifkan akaun-akaun anda dan memberhentikan penggunaan Perkhidmatan. Anda tidak perlu memaklumkan kepada kami secara khusus ketika anda berhenti menggunakan Perkhidmatan.

Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun-akaun anda atau berhenti menyediakan semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan kepada anda pada bila-bila masa untuk apa-apa sebab, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jika kami percaya secara munasabah:

  1. anda melanggari Terma Penggunaan ini;
  2. anda mewujudkan risiko atau pendedahan kepada tindakan undang-undang untuk kami; atau
  3. peruntukan Perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda tidak lagi berdaya maju secara komersial.

Kami akan mengambil usaha-usaha yang munasabah untuk memaklumkan anda melalui alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda atau kali seterusnya anda mencuba mengakses akaun anda.

Dalam semua keadaan sedemikian, sebarang peruntukan dalam Terma Penggunaan sama ada secara nyata atau tersirat yang berniat untuk berkuatkuasa atau kekal berkuatkuasa pada atau selepas penamatan perjanjian ini akan kekal berkuatkuasa secara sepenuhnya.

Tiada apa-apa dalam bahagian ini akan menjejaskan hak kami untuk mengubah, membataskan atau menghentikan peruntukan dalam Perkhidmatan tanpa notis terlebih dahulu, seperti yang dinyatakan dalam bahagian Variations di atas.

Undang-undang dan bidang kuasa

Terma Penggunaan hendaklah ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Anda bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah di Malaysia.

Bahasa

Perjanjian ini dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Sekiranya Perjanjian ini diterjemah ke bahasa yang lain, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.

Sebarang notis yang diberikan di bawah atau berhubungan dengan Perjanjian hendaklah dalam bahasa Inggeris.

Kemas kini terakhir: 17 Mei 2018