Bila perlu,
Lenda bayar dulu.
Pelan ansuran untuk keperluan anda -
3 hingga 12 bulan, patuh Syariah.
Bila perkara tak dijangka datang – kereta, perlindungan, kesihatan – jangan risau. Lenda ibarat stok yang bantu bayar dulu dan awak boleh bayar balik secara ansuran. Tak perlu pening pada waktu kecemasan.
Kereta rosak last minute
Takaful nak expired
Medical bill datang
Kereta penting untuk kerja dan harian. Kalau kena servis atau repair mendadak, Lenda bantu dahulukan bayaran.
Takaful dah nak tamat? Lenda bantu bayarkan dulu supaya perlindungan awak tak terputus.
Bab kesihatan, tak boleh tangguh. Lenda bantu uruskan bayaran supaya awak boleh fokus sembuh dulu.
Muat turun Lenda Pay app, isi maklumat asas untuk dapatkan had limit kredit awak.
Bila dah lulus, Lenda bantu dulukan bayaran kepada merchant/partner.
Bayar balik secara ansuran mengikut pelan yang awak pilih.

Lenda Pay ialah penyelesaian pembayaran digital 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' (BNPL) yang 100% Patuh Shariah, dibawakan khas oleh Direct Lending. Aplikasi ini direka untuk membantu anda menguruskan aliran tunai sewaktu kecemasan dengan membahagikan kos perbelanjaan penting kepada pelan ansuran bulanan yang fleksibel tanpa memerlukan kad kredit.
Pengguna Apple dan Android boleh memuat turun aplikasi Lenda Pay melalui App Store dan Google Play Store, atau anda boleh memuat turunnya secara terus di sini.
Kami memfokuskan kepada pembiayaan keperluan harian yang kritikal. Anda boleh menggunakan Lenda Pay di rangkaian panel kami untuk kategori berikut:
Lenda Pay adalah dilancarkan oleh Direct Lending. Pembiayaan melalui Lenda Pay akan ditawarkan oleh Direct Lending Sdn. Bhd., sebuah platform pembiayaan peribadi yang menyediakan pembiayaan yang selamat dan berpatutan untuk pelanggan yang bekerja keras di Malaysia. Direct Lending adalah Syarikat Kredit Komuniti yang dikawal oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Direct Lending menerima anugerah Top Rising Star of 2023 daripada Fintech Frontiers Awards Malaysia. Direct Lending juga penerima geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., dan antara syarikat startup daripada Global Accelerator Programme pada tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).
Proses permohonan kami adalah sangat mudah dan dilakukan sepenuhnya secara digital menerusi telefon pintar anda. Syarat-syarat utama merangkumi:
Selain daripada butiran peribadi, kami hanya memerlukan dua dokumen ini:
Kami memahami bahawa keperluan anda kadangkala tidak boleh ditangguh. Oleh itu, kami menawarkan:
Tidak. Kontrak ditandatangani secara digital melalui Lenda Pay sebelum membuat bayaran pertama dan sebelum servis diberi kepada pelanggan.
Tidak. Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin atau cagaran.
Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan, tanpa caj pemprosesan tambahan.
Produk pembiayaan ini berasaskan konsep Syariah daripada komoditi Murabahah melalui Tawarruq. Kontrak jual beli ini adalah antara anda dan Direct Lending, dengan komoditi patuh Syariah tertentu yang dikenal pasti dan digunakan sebagai aset pendasar untuk transaksi jual beli antara pelanggan dan Direct Lending untuk tujuan pengagihan dana di bawah Kemudahan tersebut.
Bagi memastikan anda tidak terlepas tarikh pembayaran, Lenda Pay menggunakan sistem Autodebit Fleksibel yang selamat. Pembayaran bulanan akan ditolak secara automatik mengikut tarikh matang melalui kaedah pilihan utama anda, sama ada menggunakan Kad Debit, Kad Kredit, atau Touch 'n Go eWallet. Selain itu, anda juga boleh membuat pembayaran manual pada bila-bila masa melalui aplikasi Lenda Pay menggunakan perbankan dalam talian, e-Wallet atau kad.
Ya, dengan memberikan notis 1 minggu. Rebat (Ibra') akan diberikan berdasarkan baki keuntungan tertunda yang belum dijelaskan.
Anda boleh daftar di sini dan pihak Direct Lending akan hubungi anda dalam masa 1 hari bekerja.
