Kenapa pilih Direct Lending?
Permohonan Mudah
Hanya kad pengenalan dan penyata bank
Kelulusan Segera
Dalam 15 minit (waktu bekerja)
Mampu Milik
Bayar sehingga 12 kali bayaran bulanan. Tiada caj tersembuyi
Selamat
Tanpa kad kredit atau debit
Pembiayaan Patuh Syariah
Kalkulator Pembayaran
Cara Mohon
Mohon
Isikan maklumat anda
Muat Naik
Hanya kad pengenalan dan penyata bank
DAFTAR KELUAR
Buat bayaran pertama, sediakan pelan pembayaran bulanan dan tandatangan kontrak pembiayaan
Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira
Anda boleh jadi yang seterusnya
Cari Bengkel Kereta Berdekatan Anda
Soalan Lazim
Pembiayaan Auto Servis (Servis Kereta, PayLater) atau Pelan Ansuran Servis Kereta ini adalah kemudahan pembiayaan yang tidak bercagar dan juga patuh Syariah. Pembiayaan ini adalah untuk tujuan perkhidmatan auto servis di mana amaun pembiayaan yang telah diluluskan akan dibayar kepada bengkel terpilih (tempat yang anda servis kenderaan). Kemudahan pembiayaan ini dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap di mana bayaran ansuran bulanan adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan. Sekarang anda boleh bayar ansuran servis kereta dan lanjutkan bayaran bulanan sehingga 12 kali.
Produk pembiayaan ini berasaskan konsep Syariah daripada komoditi Murabahah melalui Tawarruq. Kontrak jual beli ini adalah antara anda dan Direct Lending, dengan komoditi patuh Syariah tertentu yang dikenal pasti dan digunakan sebagai aset pendasar untuk transaksi jual beli antara pelanggan dan Direct Lending untuk tujuan pengagihan dana di bawah Kemudahan tersebut.
Selain daripada butiran peribadi, kami hanya memerlukan dua dokumen ini:
- Gambar IC (depan dan belakang)
- Penyata Bank 3 bulan terkini (akaun utama yang menerima pendapatan seperti gaji) – Cara untuk muat turun penyata bank boleh rujuk di sini
Pembiayaan ini terbuka untuk warganegara Malaysia berumur 18 – 65 tahun yang mempunyai akaun bank. Kad kredit TIDAK diperlukan.
Keputusan pra-kelayakan akan dimaklumkan segera selepas mengisi maklumat peribadi berdasarkan profil kredit anda. Kelulusan permohonan dan jumlah pembiayaan yang layak akan dimaklumkan secepat 15 minit (selepas waktu bekerja) selepas anda melengkapkan pemohonan.
Anda boleh servis kereta dalam masa 2 minggu selepas permohonan diluluskan.
Selepas anda ketahui jumlah bayaran ansuran untuk baiki kereta; anda boleh mula merancang dan menempah temujanji atau melawat mana-mana bengkel yang menawarkan pembiayaan ini.
Jika anda baru mendapati ada keperluan dana yang lebih semasa di bengkel, anda juga boleh terus membuat permohonan di bengkel tersebut dan keputusan pra-kelulusan hanya mengambil masa 15 minit (semasa waktu kerja).
Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan.Tiada apa-apa caj pemprosesan yang akan dikenakan untuk pembiayaan ini.
Amaun pembiayaan adalah dari RM300 (minimum) sehingga RM5,000 (maksimum).
Pembiayaan ini adalah bertempoh dari 3 kali bayaran bulanan sehingga 12 kali bayaran bulanan.
Tidak –kontrak pembiayaan akan ditandatangani secara digital melalui telefon bimbit anda selepas servis kereta anda telah selesai dan sekiranya anda bersetuju untuk mengunakan pembiayaan tersebut.
Kemudahan pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin atau guarantor.
Direct Lending akan mengkreditkan amaun pembiayaan terus ke bengkel 3 hari selepas menandatangani kontrak pembiayaan untuk membayar bil servis kereta. Sekiranya jumlah pembiayaan tidak mencukupi untuk membayar keseluruhan bil servis kereta anda, anda dikehendaki membayar baki bil servis kereta kepada bengkel terus sebelum mengambil kereta anda.
Sebelum menandatangani perjanjian pembiayaan di platform Direct Lending, anda perlu sediakan eMandate untuk membenarkan proses auto debit melalui akaun bank anda, daripada institusi kewangan berlesen di Malaysia. Bayaran bulanan akan ditolak daripada akaun ini pada tarikh bayaran seperti yang dinyatakan dalam kontrak pembiayaan.
Anda akan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 8% setahun yang terdiri daripada; Ta’widh (pampasan) 1% setahun dan Gharamah (penalti) 7% setahun pada ansuran tertunggak. Caj Gharamah (penalti) ini akan disalurkan kepada badan kebajikan. Caj lewat bayar ini tidak akan dikompaun.
Anda boleh membuat penyelesaian awal sebelum tamat tempoh ansuran, dengan memberikan notis bertulis 1 minggu terlebih dahulu kepada Direct Lending. Rebat boleh diberikan kepada anda berdasarkan baki keuntungan tertunda.
Anda boleh daftar di sini dan pihak Direct Lending akan hubungi anda dalam masa 1 hari bekerja.
Pembiayaan ini akan ditawarkan oleh Direct Lending Sdn. Bhd., sebuah platform pembiayaan peribadi yang menyediakan pembiayaan yang selamat dan berpatutan untuk pelanggan yang bekerja keras di Malaysia. Direct Lending adalah Syarikat Kredit Komuniti yang dikawal oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Direct Lending menerima anugerah Top Rising Star of 2023 daripada Fintech Frontiers Awards Malaysia. Direct Lending juga penerima geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., dan antara syarikat startup daripada Global Accelerator Programme pada tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).
Klik sini untuk Terma dan Syarat Pembiayaan DirectCare
Klik sini untuk Lembaran Penerangan Produk DirectCare
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Amaun pembiayaan adalah dari RM300 (minimum) sehingga RM5,000 (maksimum). Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan berdasarkan profil kredit pelanggan. Tempoh pembiayaan adalah 3 sehingga 12 bulan. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM500 dengan tempoh pembiayaan 6 bulan, kadar keuntungan 1.5% sebulan, bayaran bulanan adalah RM89.5 sebulan.