Pembiayaan Peribadi RCE Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP)

Lulus secepat 2 hari bekerja

  • Komitmen luar tinggi, AKPK, CCRIS/CTOS layak mohon.
  • Berkonsep Syariah.
  • Untuk penjawat awam.

Semak Kelayakan

Mengenali Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP)

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis adalah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan bekerjasama dengan RCE Marketing Sdn Bhd untuk menawarkan pembiayaan peribadi.

RCE Marketing Sdn Bhd adalah sebuah syarikat kewangan berlesen yang dipercayai dan memberi dana kepada yayasan-yayasan di Malaysia untuk pembiayaan peribadi kakitangan kerajaan sejak tahun 2003. RCE Marketing Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat milik penuh oleh RCE Capital Berhad (“RCE”) yang disenaraikan di Bursa Malaysia. RCE mempunyai aset berjumlah lebih daripada RM2,900 juta pada 31 Mac 2023 dan adalah sebuah anak syarikat Amcorp Group Berhad yang dikawal oleh Tan Sri Azman Hashim.

Ciri-ciri Pembiayaan Istimewa

  • Dapatkan kelayakan segera dan pembiayaan secepat 2 hari bekerja**
  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan dari minimum 1 tahun sehingga maximum 10 tahun
  • Kadar keuntungan bermula dari 6.65% tetap setahun. Tiada ahli yuran bulanan
  • Pembayaran melalui potongan Biro Angkasa
  • Tiada bayaran pendahuluan. Permohonan 100% percuma
  • Tanpa penjamin atau cagaran
  • Pembiayaan berkonsep syariah

Syarat Pemohon

  • Warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 58 tahun
  • Kakitangan kerajaan (kecuali Anggota Tentera)
  • Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 6 bulan
  • Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
  • Komitmen luar tinggi, CCRIS/CTOS dan AKPK juga layak memohon

Permohonan ditolak bank kerana rekod kredit atau komitmen luar tinggi anda?

Aktifkan semula kehidupan kewangan anda dengan pembiayaan daripada Koperasi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP).

Direct Lending adalah wakil pemasaran yang sah untuk pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis. Platform pinjaman online kami direka untuk membantu kakitangan awam yang memerlukan pinjaman yang cepat atau mempunyai rekod kredit yang kurang baik.

Semak Kelayakan

Jaminan kami

Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.

Anda Keutamaan Kami

Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.

Urusan Dipermudahkan

Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*

Telus

Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.

Percuma

Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.

Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira

Anda boleh jadi yang seterusnya

Soalan Lazim

Apakah pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis? Adakah pembiayaan ini berkonsep Syariah?

Pembiayaan peribadi RCE Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP) adalah pembiayaan peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis adalah berkonsep Syariah.

Anda boleh mohon pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis sebagai kewangan tambahan untuk bantu realisasikan impian anda. Sama ada untuk ubahsuai rumah, beli kenderaan, bayar bil perubatan, selesaikan hutang mahal dan sebagainya.

Adakah saya layak memohon pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis?

Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:

  • Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 sehingga 58 tahun
  • Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 termasuk elaun tetap
  • Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Saya mempunyai komitmen luar slip gaji yang tinggi. Bolehkah saya mohon pembiayaan ini?

Pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis tidak akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Jadi anda boleh mohon pembiayaan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis walaupun ada komitmen luar slip gaji yang tinggi.

Saya ada masalah CCRIS/CTOS. Bolehkah saya mohon pembiayaan ini?

Untuk pelanggan yang ada masalah rekod CCRIS, anda boleh mohon pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis menerima. Untuk rekod CTOS pula, amaun yang kurang daripada RM30,000 sahaja adalah layak untuk mohon pembiayaan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis. Selain itu, pihak Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis terima peminjam yang ada rekod Akaun Perhatian Khas (SAA – Special Attention Account).

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK. Bolehkah saya mohon pembiayaan ini?

Pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis boleh menerima pelanggan yang tersenarai di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.

Berapakah jumlah dan tempoh pembiayaan yang boleh saya mohon?

Amaun pembiayaan maksimum adalah RM200,000. Tempoh pembiayaan adalah minimum 1 tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Bagaimanakah proses bayaran balik pembiayaan ini?

Pembiayaan anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Potongan gaji saya dah lebih 60%, bolehkah saya mohon pembiayaan ini?

Untuk pembiayaan peribadi, salah satu syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan adalah potongan gaji tidak melebihi 60%. Ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi permohonan pembiayaan anda lulus atau tidak seperti rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (debt service ratio).

Apakah dokumen yang saya perlu sediakan untuk memohon pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis?

Dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
  • 3 bulan penyata slip gaji terkini (disahkan benar oleh majikan)
  • Surat pengesahan pekerjaan
  • Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
Berapakah lama masa yang diambil sebelum pembiayaan dimasukkan ke dalam akaun bank saya?

Proses permohonan pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis adalah secepat 2 hari bekerja. Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.

Apakah kadar keuntungan pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis?

Kadar keuntungan tetap pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis bermula dari 6.65% p.a.

Apakah caj yang dikenakan untuk pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis? Pembiayaan ini ada ahli yuran?

Buat masa kini, tiada yuran keahlian untuk pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.

Adakah sebarang bayaran ansuran pendahuluan diperlukan?

Untuk pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, 1 bulan bayaran ansuran pendahuluan diperlukan dan ini ditolak dari amaun pembiayaan.

Berapa dalam tangan yang saya akan terima dengan pembiayaan ini? Apakah jumlah pembiayaan yang saya akan terima?

Jumlah payout atau amaun pembiayaan yang anda boleh terima adalah dari 77% sehingga 84%. Jumlah pembiayaan yang anda akan terima akan ditentukan oleh pihak Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.

Adakah pembiayaan ini mempunyai perlindungan Takaful?

Pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis tidak mempunyai perlindungan Takaful.

Saya dah ada pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis yang aktif, bolehkah saya buat Pembiayaan Bertindih (Overlapping Facility) untuk pembiayaan ini?

Ya, anda boleh membuat pinjaman bertindih (overlap) untuk pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.

Apakah akan terjadi jika saya lewat membayar?

Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.

Bolehkah saya membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi saya?

Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis. Ada rebat untuk pembayaran awal juga.

Bagaimana saya boleh mohon pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis?

Semak kelayakan anda melalui platform Direct Lending dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.

Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.

 

* Tertakluk kepada terma dan syarat.  Kadar keuntungan pembiayaan bermula dari minimum 6.65% p.a. sehingga maksimum 9.99% p.a. Tempoh pembiayaan adalah antara 1 hingga 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 6.65% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM16,650 bagi pembiayaan daripada RCE Marketing Sdn Bhd (“RCE”) melalui Yayasan yang ia bekerjasama dan tidak mengenakan yuran keahlian.

** Tertakluk pada terma. Sila rujuk halaman pinjaman koperasi