Pinjaman Peribadi Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)

Kadar terapung dari 2.95% setahun

  • Pinjaman sehingga RM200,000. Menyediakan program penyatuan & penstrukturan hutang
  • Berkonsep Syariah
  • Khas untuk penjawat awam

Semak Kelayakan

Mengenai Pinjaman Peribadi Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)

Pinjaman peribadi ini disediakan oleh Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (Co-opbank Pertama) dengan bayaran balik melalui potongan biro angkasa. Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan nama asalnya “The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited”. Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad.

Misi Co-opbank Pertama adalah untuk memberi pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota dan juga menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti. Sebagai sebuah institusi kewangan, Co-opbank Pertama menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk pembiayaan peribadi, pembiayaan pendidikan, pembiayaan hartanah, pembiayaan perumahan, pembiayaan perniagaan, produk deposit, akaun simpanan, skim kebajikan, takaful, wasiat dan skim perumahan.

Co-opbank Pertama mempunyai lebih kurang 30 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Selepas pelanggan membuat permohonan pembiayaan Co-opbank Pertama melalui Direct Lending, pelanggan akan diperlukan untuk pergi ke cawangan Co-opbank yang terdekat untuk menandatangani surat tawaran apabila pembiayaan sudah diluluskan.

Ciri-ciri Pinjaman Istimewa

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan dari minimum 1 tahun sehingga 10 tahun
  • Kadar keuntungan dari 2.95% (terapung)
  • Payout sehingga 98% dan tolak 2 bulan bayaran awal
  • Bayaran melalui biro angkasa
  • Tanpa penjamin atau cagaran
  • Pembiayaan berkonsep Syariah
  • Pembiayaan dilindungi Takaful
  • Proses lebih kurang 1 minggu

Syarat Pemohon

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga dan tidak melebihi 60 tahun semasa tamat pembiayaan
  • Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC (asalkan majikan ada potongan biro angkasa)
  • Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan
  • Pendapatan bulanan tetap minimum RM2,000 termasuk elaun tetap
  • Kira komitmen luar

Ingin menyatukan hutang anda?

Capai kebebasan kewangan anda hari ini dengan pinjaman peribadi Co-opbank Pertama (dahulu dikenali sebagai Bank Persatuan). Anda boleh menggunakan pembiayaan peribadi yang berkadar rendah ini untuk menyatukan hutang yang lebih mahal jadi anda boleh kurangkan beban bayaran bulanan pinjaman.

Direct Lending adalah platform pinjaman online yang menawarkan pinjaman peribadi koperasi cepat, mudah, selamat, dan mampu milik. Direct Lending mempunyai kerjasama strategik dengan Co-opbank Pertama sejak 2019. Permohonan 100% percuma. Semak kelayakan hari ini.

Semak Kelayakan

Jaminan kami

Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.

Anda Keutamaan Kami

Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.

Urusan Dipermudahkan

Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*

Telus

Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.

Percuma

Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.

Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira

Anda boleh jadi yang seterusnya

Naimah Naimah
10 January 2024
Good
Mr JJ
10 January 2024
Direct lending memang terbaik..sangat mudah & senang berurusan dengan cik rina yg banyak membantu dari awal proses permohonan..
wan mohd faris
9 January 2024
Excellent service,fast approval
Nasruddin Ramlee
9 January 2024
Memudahkan urusan..lain kali boleh apply lagi👍👍👍
Amirul Ashraf
9 January 2024
Very good and fast
SURIAYANI MOHD KAMAL
9 January 2024
Thank you for excellent service and prompt action. Can be trusted 100%.
Suzianah Sinu
9 January 2024
Saya tak sangka bole lulus loan ni, sebelum ni dh cuba banyak tempat.. kat aeon tak lepas, kat JCL pun tak lepas dan banyak cuba tempat kredit komuniti lain.. bukan tak lepas cuma kredit komuniti pegang kad, dan saya tak suka kad saya kena hold.. tapi alhamdulilaa, setelah mencuba loan dekat direct lending, saya lulus dgn amoun 10k, sungguh tak sangka.. alhamdulilaa rezeki saya, so kwn2 kat luar yg nak buat loan tu bole laa ke direct lending..senang, mudah, tak pegang kad, mesra pelanggan.. recommende laa direct lending ni.. saya bagi 10bintang.. terbaikk !!
Adylla Azwar
9 January 2024
1st time dengar direct lending dr group page fb tp ms tu ingat hnya utk pekerja makan gaji sahaja. Ms servis kereta di fendy auto, ada banner tentang pay later direct lending utk servis auto.. cuba apply dan lulus. Servis pantas, dokumentasi ringkas dan pemprosesan cepat dan cs sangat membantu dan respon pantas. Terima kasih direct lending

Soalan Lazim

Apakah pinjaman peribadi Co-opbank Pertama? Adakah pinjaman ini berkonsep Syariah?

Pinjaman peribadi Co-opbank Pertama dikenali sebagai Co-opbank Persatuan sebelum ini adalah satu pinjaman peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi Co-opbank Pertama adalah berkonsep Syariah.

Anda boleh mohon pinjaman peribadi Co-opbank Pertama untuk apa-apa tujuan saja. Ramai mohon pinjaman peribadi Co-opbank Pertama untuk membuat penyatuan hutang di mana semua hutang mahal boleh disatukan dengan pinjaman baru tersebut. Pinjaman yang berkadar rendah ini boleh bantu kurangkan ansuran bulanan pinjaman anda.

Adakah saya layak memohon pinjaman peribadi Co-opbank Pertama?

Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:

  • Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 dan tidak melebihi 60 tahun semasa tamat pembiayaan
  • Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan di sektor awam
  • Pendapatan kasar minimum sebanyak RM2,000 termasuk elaun tetap
  • Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Saya mempunyai komitmen luar slip gaji yang tinggi. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman peribadi Co-opbank Pertama akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Jadi anda perlu selesaikan komitmen hutang tersebut sebelum memohon pinjaman ini.

Saya ada masalah CCRIS/CTOS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Untuk peminjam yang ada masalah rekod CCRIS, Co-opbank Pertama menerima tetapi dengan syarat tunggakan pembiayaan tersebut perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum mohon pinjaman. Untuk peminjam yang ada rekod CTOS pula, syarikat bukan perbankan dibenarkan manakala untuk syarikat tersenarai di bawah bank perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum mohon pinjaman.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman peribadi Co-opbank Pertama tidak menerima peminjam yang tersenarai di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.

Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman yang boleh saya mohon?

Amaun pinjaman maksimum yang boleh dipinjam adalah RM200,000. Tempoh pinjaman adalah 10 tahun atau sehingga 1 tahun sebelum umur persaraan.

Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman ini?

Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Potongan gaji saya dah lebih 60%, bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Untuk pembiayaan peribadi, salah satu syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan adalah potongan gaji tidak melebihi 60% melainkan koperasi tersebut memberikan sedikit kelonggaran. Sebenarnya ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi permohonan pinjaman anda lulus atau tidak seperti rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (debt service ratio). Contohnya, anda boleh cuba mohon pinjaman peribadi walaupun potongan gaji anda melebihi 60% tetapi rekod kredit dan DSR anda adalah baik.

Apakah dokumen yang saya perlu sediakan untuk memohon pinjaman Co-opbank Pertama?

Dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
  • 3 bulan penyata slip gaji terkini (disahkan benar oleh majikan)
  • Surat pengesahan pekerjaan
  • Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
Berapakah lama masa yang diambil sebelum pinjaman dimasukkan ke dalam akaun bank saya?

Untuk pinjaman peribadi Co-opbank Pertama pra kelulusan adalah secepat 2 hari bekerja. Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.

Apakah kadar keuntungan pinjaman peribadi Co-op Bank Pertama?

Kadar keuntungan 2.31% untuk tempoh pinjaman sehingga 3 tahun dan 2.67% untuk tempoh 4 sehingga 10 tahun (untuk pemohon dengan gaji kasar RM2,000 & ke atas). Kadar tetap 3.75% disediakan juga untuk pemohon dengan gaji kasar RM2,000 & ke atas.

Apakah caj yang dikenakan untuk pinjaman peribadi Co-op Bank Pertama? Pinjaman ini ada ahli yuran?

Tiada yuran ahli atau yuran pemprosesan yang akan dikenakan untuk pinjaman peribadi Co-op Bank Pertama.

Adakah sebarang bayaran ansuran pendahuluan diperlukan?

Untuk pinjaman peribadi Co-op Bank Pertama, 2 bulan bayaran ansuran pendahuluan akan ditolak daripada pinjaman tersebut.

Berapa dalam tangan yang saya akan terima dengan pinjaman ini? Apakah jumlah pembiayaan yang saya akan terima?

Jumlah payout atau amaun pembiayaan yang anda boleh terima adalah sehingga 98%. Jumlah pembiayaan yang anda akan terima akan ditentukan oleh pihak Co-op Bank Pertama.

Adalah pinjaman ini mempunyai perlindungan Takaful?

Pinjaman peribadi Co-op Bank Pertama mempunyai perlindungan Takaful.

Saya dah ada pinjaman pinjaman peribadi Co-op Bank Pertama yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) untuk pinjaman ini?

Ya, anda boleh membuat pinjaman bertindih (overlap) untuk pinjaman peribadi Co-op Bank Pertama.

Apakah akan terjadi jika saya lewat membayar?

Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan pinjaman peribadi Co-op Bank Pertama.

Bolehkah saya membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi saya?

Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi Co-op Bank Pertama.

Bagaimana saya boleh mohon pinjaman peribadi Co-op Bank Pertama?

Semak kelayakan anda melalui platform Direct Lending dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.

Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.

 

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk pemohon dengan gaji kasar RM2,000 dan keatas, kadar keuntungan pembiayaan adalah 2.31% setahun untuk tempoh pembiayaan dari minimum 1 tahun sehingga maximum 3 tahun, dan 2.95% untuk tempoh pembiayaan dari minimum 4 tahun sehingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pinjaman RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 2.95% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM12,950.