Cara Dapatkan Penyata Bank Download Online
Banyak urusan yang memerlukan anda untuk menyediakan penyata bank atau bank statement anda untuk memproses permohonan pembiayaan seperti, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan urusan rasmi lain. Berikut ialah contoh penyata bank yang boleh anda dapati secara online daripada bank anda di Malaysia, tanpa perlu ke cawangan.
Maybank
Jika anda adalah pengguna Maybank. Ini adalah cara mudah untuk anda dapatkan bank statement Maybank secara online menggunakan Maybank2U.
- Daftar masuk ke Maybank2u
- Pilih “View Statements”
- Statement bank Maybank anda akan ditunjukkan
- Tarikh penyata bank Maybank boleh diubah mengikut bulan yang anda inginkan
- Tekan statement & tekan butang muat turun
Maybank juga menawarkan perkhidmatan eStatement yang mana anda boleh mendapatkan penyata setiap bulan melalui e-mail secara percuma.
CIMB Bank
Jika anda pengguna CIMB Bank dan anda ingin mendapatkan penyata bank CIMB secara online, ini cara download statement CIMB melalui CIMB Clicks.
- Daftar masuk ke CIMB Clicks
- Tekan “My Accounts”
- Pilih “Deposits/ Investment Account-i”
- Tekan butang 3 titik & pilih “View/ Download eStatements”
- Pilih bulan yang anda inginkan & tekan butang muat turun
Salah satu alternatif yang anda boleh cuba juga adalah CIMB “Email Statement Delivery” untuk terima eStatement setiap bulan yang hanya berharga RM1.
RHB Bank
Untuk pengguna RHB Bank, anda boleh dapat penyata bank RHB dengan menggunakan RHB Now.
- Daftar masuk RHB Now
- Tekan pada column akaun anda
- Pilih bulan yang anda inginkan
- Tekan “Statement” & “Save to file” untuk muat turun penyata bank
Anda boleh juga melanggan servis email eStatement RHB secara percuma untuk dapatkan penyata secara e-mail setiap bulan.
Hong Leong Bank
Pengguna Hong Leong bank boleh dapatkan penyata bank Hong Leong secara percuma melalui app Hong Leong Connect.
- Daftar masuk Hong Leong Connect app
- Pilih menu “Statement/Invoice”
- Tekan “Online Statement”
- Pilih statement pada pop-up
- Pilih bulan yang anda inginkan dan muat turun penyata bank
Bank Islam
Untuk pengguna Bank Islam, cara dapatkan bank statement Bank Islam tanpa caj adalah melalui website Bank Islam Biz.
- Daftar masuk Bank Islam Biz
- Tekan butang tiga garis
- Pergi ke “My Accounts”
- Tekan e-statement
- Pilih “Download”
- Pilih account yang anda inginkan dan tekan submit
- Anda akan nampak list of statements
- Tekan penyata bank yang anda inginkan
BSN
Jika anda menggunakan BSN, anda boleh mendapatkan penyata bank melalui website BSN
- Layari laman web MyBSN
- Masukkan Username
- Klik butang Login
- Sahkan Security Image
- Masukkan Password
- Klik Account Overview
- Klik E-Statement
- Klik Account Name
- Klik Transaction History
- Klik Print
Bank Rakyat
Untuk pengguna bank rakyat, anda haruslah pergi ke cawangan bank rakyat yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan penyata bank.
- Pergi ke cawangan bank rakyat berdekatan
- Maklumkan kepada pegawai bank yang bertugas di kaunter nombor giliran yang anda ingin mendapatkan penyata bank anda
- Dapatkan nombor giliran dan tunggu di kawasan menunggu
- Pergi ke kaunter yang ditetapkan ketika nombor anda dipanggil oleh pegawai
- Nyatakan niat anda untuk mendapatkan penyata bank dan bulan yang anda inginkan
- Tunggu pegawai bank yang bertugas untuk memproses permohonan anda
Buat masa sekarang, Bank rakyat masih belum mempunyai servis penyata bank online. Sebarang penambahbaikan akan di kemas kini di page ini.
Cara Dapatkan Penyata Bank Online untuk Maybank, CIMB dan RHB Bank (Tutorial)
Jika anda berminat untuk membuat pinjaman peribadi dengan kadar serendah 2.97% dan secepat 2 hari berkerja. Semak kelayakan pinjaman peribadi percuma untuk penjawat awam dan pekerja swasta. Tiada caj pendahuluan dan kad ATM tidak diperlukan.
Kami juga menawarkan pembiayaan auto servis – Servis kereta sekarang, Pay later yang patuh syariah untuk pemilik kereta yang memerlukan bantuan kewangan baiki atau servis kereta.
Soalan Lazim
Penyata bank atau bank statement adalah dokumen rasmi yang diberikan oleh bank anda setiap bulan. Dokumen ini menunjukkan semua transaksi termasuk deposit, pengeluaran dan pemindahan dalam masa tertentu.
Terdapat beberapa tujuan pihak seperti pemberi pinjaman, majikan atau agensi kerajaan minta penyata bank.
- Mereka perlu membuat semakan kelayakan kewangan untuk lihat kemampuan anda untuk bayar balik pinjaman, bayar sewa atau lihat komitmen bulanan lain anda.
- Jika anda tiada slip gaji tetap, penyata bank adalah satu dokumen yang boleh menunjukkan pendapatan masuk setiap bulan. Ini adalah lebih sesuai untuk bisnes sendiri, freelance atau pekerjaan berkomisen.
- Penyata akaun bank juga boleh menjadi satu pengesahan identiti dan akaun supaya mereka boleh mengesahkan bahawa nombor akaun dan pemilik akaun adalah orang yang sama.
- Pengesahan transaksi terdahulu boleh dibuat untuk menyemak jika anda ada bayaran diterima atau dibuat seperti deposit, refund atau subsidi kerajaan.
Ya, selagi anda berkongsi dengan pihak yang sah dan dipercayai seperti institusi kewangan berlesen (bank, koperasi, kredit komuniti), majikan dan agensi kerajaan atau swasta yang berdaftar.
- Hanya hantar penyata akaun bank anda dalam format PDF, bukan screenshot.
- Elakkan berkongsi bank statement anda melalui WhatsApp kecuali anda pasti nombor itu sah.
- Sembunyi atau padamkan maklumat sensitif jika tidak diperlukan seperti nombor akaun penuh atau baki akaun.
Penyata bank atau bank statement adalah dokumen bulanan yang memaparkan semua transaksi kewangan anda. Salinan Akaun Bank atau dikenali sebagai Account Copy adalah salinan dokumen yang menunjukkan maklumat asas akaun tanpa transaksi. Salinan akaun bank biasanya hanya ada nama, nombor akaun dan jenis akaun, tidak melaporkan transaksi harian.
Penyata bank biasanya digunakan sebagai bukti pendapatan, pinjaman, semakan CCRIS dan audit kewangan, manakala Salinan akaun bank adalah untuk pembukaan akaun baru, urusan gaji dan permohonan bantuan.
Contoh format untuk penyata bank adalah dalam PDF atau cetakan buku bank. Contoh format salinan akaun bank adalah dalam slip ringkasan akaun atau screenshot online banking.