Dapatkan Rawatan Anda, Bayar Bulanan dengan Mudah
![]()
Rawatan Sekarang, Bayar Bulanan
Dapatkan rawatan perubatan yang anda perlukan tanpa perlu menunda. Bayar dalam ansuran fleksibel 3 hingga 12 bulan di aplikasi Lenda Pay.

Lulus Cepat & Mudah, Tanpa Slip Gaji
Proses permohonan ringkas dan mudah, supaya anda boleh fokus kepada rawatan anda tanpa kerumitan.

Diterima di 140+ Penyedia Perubatan
Tersedia di hospital, klinik, dental klinik dan farmasi di negeri tertentu di Malaysia yang menawarkan pelan ansuran perubatan.
Kalkulator Bayaran Bulanan
Perubatan
Kira bayaran ansuran bulanan perubatan anda dengan cepat dan mudah menggunakan pelan ansuran Direct Lending.
Cari Penyedia Perubatan Berdekatan Anda

Muat turun aplikasi baharu kami Lenda Pay untuk mencari semua panel penyedia perubatan yang berdekatan anda.
Kenapa pilih Pelan Ansuran Direct Lending?
Permohonan Mudah
Hanya kad pengenalan dan penyata bank
Kelulusan Segera
Dalam 15 minit (waktu bekerja)
Mampu Milik
Bayar sehingga 12 kali bayaran bulanan. Tiada caj tersembunyi
Selamat
Tanpa kad kredit atau debit
Pembiayaan Patuh Syariah


3 Langkah Mudah Untuk Bayar Rawatan Perubatan Dengan Ansuran
Muat Turun & Mohon Had Kredit
Muat turun Lenda Pay dan mohon had kredit guna IC dan penyata bank sahaja — tanpa slip gaji.

Dapatkan Rawatan & Lenda Bayar Dulu
Dapatkan rawatan perubatan di klinik, hospital atau farmasi panel kami & pilih pelan bayaran dalam aplikasi. Lenda akan bayar terus kepada penyedia perkhidmatan kesihatan.
![]()
Bayar Bulanan
Selesaikan bayaran secara ansuran fleksibel selama 3, 6, 9 atau 12 bulan.

Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira
Anda boleh jadi yang seterusnya


Soalan Lazim Pelan Ansuran Perubatan
Pembiayaan Rawatan Perubatan Direct Lending (Treatment Sekarang, Pay Later) ialah kemudahan pembiayaan tidak bercagar dan patuh Syariah, kini melalui aplikasi Lenda Pay by Direct Lending. Pembiayaan ini hanya untuk tujuan perubatan. Amaun yang diluluskan akan dibayar terus kepada penyedia penjagaan kesihatan panel tempat anda menerima rawatan. Kadar keuntungan adalah tetap, jadi ansuran bulanan anda kekal sama sepanjang tempoh pilihan anda. Kini anda boleh bayar kos rawatan secara ansuran bulanan sehingga 12 bulan, jadi anda boleh fokus pada kesihatan dan pemulihan.
Permohonan kini dibuat melalui aplikasi Lenda Pay sahaja:
- Muat Turun & Daftar: Muat turun Lenda Pay by Direct Lending di App Store atau Google Play. Daftar guna nombor telefon yang aktif di WhatsApp.
- Dapatkan Had Kredit: Isi maklumat asas dan muat naik gambar IC (depan & belakang) serta penyata bank 3 bulan terkini untuk semak had kredit.
- Dapatkan Rawatan & Sahkan: Dapatkan rawatan di klinik, hospital atau farmasi panel kami. Kemudian sahkan pelan bayaran dan tandatangani perjanjian secara digital dalam aplikasi.
Produk pembiayaan ini berasaskan konsep Syariah daripada komoditi Murabahah melalui Tawarruq. Kontrak jual beli ini adalah antara anda dan Direct Lending, dengan komoditi patuh Syariah tertentu yang dikenal pasti dan digunakan sebagai aset pendasar untuk transaksi jual beli antara pelanggan dan Direct Lending untuk tujuan pengagihan dana di bawah Kemudahan tersebut.
Selain butiran peribadi asas, anda hanya perlu muat naik dua dokumen ini dalam aplikasi Lenda Pay:
- Gambar IC (depan dan belakang)
- Penyata bank 3 bulan terkini (akaun utama penerima gaji atau pendapatan) – Cara untuk muat turun penyata bank boleh rujuk di sini
Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun yang mempunyai akaun bank dan nombor telefon yang aktif di WhatsApp. Kad kredit tidak diperlukan.
Permohonan diproses dalam 15 hingga 30 minit selepas semua dokumen dimuat naik dalam aplikasi. Waktu operasi: 9:00 pagi hingga 6:00 petang, 7 hari seminggu.
Sebaik sahaja had kredit anda diluluskan dalam aplikasi Lenda Pay, anda boleh menggunakannya untuk rawatan di mana-mana penyedia penjagaan kesihatan panel kami. Dengan mengetahui had kredit lebih awal, anda boleh merancang dan menempah temu janji.
Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan, tanpa caj pemprosesan tambahan.
Dari RM300 hingga RM10,000, dengan tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan (tertakluk kepada penilaian kredit).
Tidak. Perjanjian ditandatangani secara digital dalam aplikasi Lenda Pay sebelum bayaran pertama anda.
Tidak. Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin atau cagaran.
Direct Lending akan membayar terus kepada penyedia penjagaan kesihatan dalam 1 hingga 2 hari bekerja selepas anda menandatangani perjanjian dalam aplikasi Lenda Pay. Jika amaun pembiayaan tidak mencukupi untuk keseluruhan bil rawatan, sila bayar baki terus kepada penyedia sebelum rawatan.
Bayaran bulanan ditolak secara automatik pada setiap tarikh matang melalui kaedah pilihan anda dalam aplikasi Lenda Pay: kad debit, kad kredit atau Touch 'n Go eWallet. Anda juga boleh membuat bayaran secara manual dalam aplikasi.
Caj lewat bayar 8% setahun (1% Ta’widh, 7% Gharamah). Caj Gharamah disalurkan ke badan kebajikan. Caj lewat bayar ini tidak akan dikompaun.
Ya, dengan notis 1 minggu. Rebat diberikan berdasarkan baki keuntungan tertunda.
Anda boleh daftar di sini dan pihak Direct Lending akan hubungi anda dalam masa 1 hari bekerja.
Pembiayaan ini akan ditawarkan oleh Direct Lending Sdn. Bhd., sebuah platform pembiayaan peribadi yang menyediakan pembiayaan yang selamat dan berpatutan untuk pelanggan yang bekerja keras di Malaysia. Direct Lending adalah Syarikat Kredit Komuniti yang dikawal oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Direct Lending menerima anugerah Top Rising Star of 2023 daripada Fintech Frontiers Awards Malaysia. Direct Lending juga penerima geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., dan antara syarikat startup daripada Global Accelerator Programme pada tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).
Klik sini untuk Terma dan Syarat Pembiayaan DirectCare
Klik sini untuk Lembaran Penerangan Produk DirectCare
Klik sini untuk Polisi Pemulangan Dana Pembiayaan DirectCare
*Direct Lending hanya menyediakan penyelesaian pembiayaan. Nasihat perubatan, diagnosis, rawatan dan penetapan harga adalah ditentukan sepenuhnya oleh penyedia perubatan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Amaun pembiayaan adalah dari RM300 (minimum) sehingga RM10,000 (maksimum). Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan berdasarkan profil kredit pelanggan. Tempoh pembiayaan adalah 3 sehingga 12 bulan. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM500 dengan tempoh pembiayaan 6 bulan, kadar keuntungan 1.5% sebulan, bayaran bulanan adalah RM89.50 sebulan.










