Repair Gajet Anda, Bayar Secara Ansuran dengan Mudah

Cari Kedai Repair Gajet Berdekatan Anda

      Kenapa pilih Pelan Ansuran Direct Lending?

      Permohonan Mudah

      Hanya kad pengenalan dan penyata bank

      Kelulusan Segera

      Dalam 15 minit (waktu bekerja)

      Mampu Milik

      Bayar sehingga 12 kali bayaran bulanan. Tiada caj tersembunyi

      Selamat

      Tanpa kad kredit atau debit

      Pembiayaan Patuh Syariah

      Ini adalah kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang diiktiraf oleh Amanie Advisors, sebuah firma Penasihat Kewangan Islam terkemuka dunia yang diterajui oleh sarjana Syariah, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar. Kemudahan ini adalah berdasarkan konsep syariah Komoditi Murabahah melalui Tawarruq.

      Anggaran Harga Baiki Smartphone, Laptop & Tablet di Malaysia

      Jenis Peranti Jenis Baiki Anggaran Harga (RM)
      Smartphone Android Ganti skrin 100 – 400
      Ganti bateri 70 – 280
      Baiki port pengecas / butang 80 – 150
      Baiki kamera 80 – 300
      Masuk air / diagnostik 50 – 200
      iPhone Ganti skrin (bergantung model) 350 – 1,688+
      Ganti bateri 120 – 350
      Baiki port pengecas 80 – 250
      Baiki kamera 100 – 350
      Masuk air / diagnostik 150 – 500
      Laptop Ganti skrin 200 – 700
      Ganti bateri 100 – 350
      Ganti papan kekunci 180 – 330
      Baiki papan induk (motherboard) 200 – 600+
      Masalah perisian / OS 50 – 150
      Baiki port / sambungan 60 – 300
      Tablet Ganti skrin 100 – 400
      Ganti bateri 100 – 350
      Baiki port pengecas / butang 80 – 150
      Baiki kamera 80 – 250
      Masalah perisian 50 – 150

      *Penafian: Harga boleh berbeza mengikut model peranti, jenama, sama ada alat ganti asal atau pihak ketiga, dan sesetengah skrin flagship mewah (terutama iPhone) boleh menelan kos lebih tinggi.*

      Sumber: Anggaran harga baiki gajet di Malaysia berdasarkan kedai baiki tempatan, termasuk MRFIX Taman Maluri.

      3 Langkah Mudah Untuk Repair Gajet Anda dengan Ansuran

      Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira

      Anda boleh jadi yang seterusnya

      Soalan Lazim Pelan Ansuran Baiki Gajet

      Apakah produk Pembiayaan Baiki Gajet ini?

      Pembiayaan Baiki Gajet (Repair Sekarang, Pay Later) atau Pelan Ansuran Baiki Gajet adalah kemudahan pembiayaan yang tidak bercagar dan patuh Syariah. Pembiayaan ini diperuntukkan untuk tujuan baiki gajet, di mana amaun pembiayaan yang diluluskan akan dibayar terus kepada kedai repair gajet terpilih (smartphone, tablet atau laptop). Kemudahan pembiayaan ini dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap, di mana bayaran ansuran bulanan adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan. Sekarang anda boleh dapatkan peranti anda dibaiki dan bayar secara ansuran bulanan sehingga 12 kali.

      Apakah konsep Syariah yang digunapakai?

      Produk pembiayaan ini berasaskan konsep Syariah daripada komoditi Murabahah melalui Tawarruq. Kontrak jual beli ini adalah antara anda dan Direct Lending, dengan komoditi patuh Syariah tertentu yang dikenal pasti dan digunakan sebagai aset pendasar untuk transaksi jual beli antara pelanggan dan Direct Lending untuk tujuan pengagihan dana di bawah Kemudahan tersebut.

      Dokumen apa yang diperlukan untuk memohon?

      Selain daripada butiran peribadi, kami hanya memerlukan dua dokumen ini:

      • Gambar IC (depan dan belakang)
      • Penyata Bank 3 bulan terkini (akaun utama penerima gaji) – Cara untuk muat turun penyata bank boleh rujuk di sini

      Siapakah yang layak untuk memohon pembiayaan ini?

      Warganegara Malaysia berumur 18–65 tahun dengan akaun bank. Kad kredit tidak diperlukan.

      Berapa lama permohonan diluluskan?

      Keputusan pra-kelayakan diberikan segera selepas mengisi maklumat. Kelulusan akhir dan amaun pembiayaan diumumkan secepat 15 minit semasa waktu bekerja.

      Bila saya boleh baiki gajet selepas kelulusan?

      Baiki gajet boleh dilakukan dalam tempoh 2 minggu selepas kelulusan. Jika anda memerlukan amaun pembiayaan tambahan di kedai repair gajet, pra-kelulusan hanya mengambil masa sekitar 15 minit semasa waktu bekerja.

      Berapakah kadar keuntungan?

      Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan, tanpa caj pemprosesan tambahan.

      Berapakah jumlah amaun pembiayaan dan tempoh pembiayaan?

      Pembiayaan tersedia dari RM300 hingga RM5,000, dengan tempoh 3–12 bulan.

      Perlukah tandatangan kontrak di pejabat Direct Lending?

      Tidak. Kontrak ditandatangani secara digital melalui telefon bimbit sebelum membuat bayaran pertama dan telefon bimbit dibaiki.

      Adakah penjamin atau cagaran diperlukan?

      Tidak. Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin atau cagaran.

      Bagaimana pembiayaan dikreditkan?

      Amaun pembiayaan akan dikreditkan terus ke kedai repair gajet dalam tempoh 1 hingga 2 hari bekerja selepas kontrak pembiayaan ditandatangani. Jika jumlah pembiayaan tidak mencukupi untuk menampung kos baiki sepenuhnya, anda perlu membayar baki tersebut terus kepada kedai repair gajet.

      Bagaimana bayaran bulanan dibuat?

      Sebelum menandatangani perjanjian pembiayaan di platform Direct Lending, anda perlu sediakan eMandate untuk membenarkan proses auto debit melalui akaun bank anda, daripada institusi kewangan berlesen di Malaysia. Bayaran bulanan akan ditolak daripada akaun ini pada tarikh bayaran seperti yang dinyatakan dalam kontrak pembiayaan.

      Apa berlaku jika lewat bayar?

      Caj lewat bayar 8% setahun (1% Ta’widh, 7% Gharamah). Caj Gharamah disalurkan ke badan kebajikan. Caj lewat bayar ini tidak akan dikompaun.

      Boleh bayar penuh sebelum tamat tempoh?

      Ya, dengan notis 1 minggu. Rebat diberikan berdasarkan baki keuntungan tertunda.

      Saya ada kedai repair laptop/smartphone/tablet, dan berminat untuk tawarkan pembiayaan ini, apakah caranya?

      Anda boleh daftar di sini dan pihak Direct Lending akan hubungi anda dalam masa 1 hari bekerja.

      Siapakah Direct Lending?

      Pembiayaan ini akan ditawarkan oleh Direct Lending Sdn. Bhd., sebuah platform pembiayaan peribadi yang menyediakan pembiayaan yang selamat dan berpatutan untuk pelanggan yang bekerja keras di Malaysia. Direct Lending adalah Syarikat Kredit Komuniti yang dikawal oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

      Direct Lending menerima anugerah Top Rising Star of 2023 daripada Fintech Frontiers Awards Malaysia. Direct Lending juga penerima geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., dan antara syarikat startup daripada Global Accelerator Programme pada tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

       

      Klik sini untuk Terma dan Syarat Pembiayaan DirectCare
      Klik sini untuk Lembaran Penerangan Produk DirectCare

      *Direct Lending hanya menyediakan penyelesaian pembiayaan. Nasihat perubatan, diagnosis, rawatan dan penetapan harga adalah ditentukan sepenuhnya oleh penyedia perubatan.

      *Tertakluk kepada terma dan syarat. Amaun pembiayaan adalah dari RM300 (minimum) sehingga RM5,000 (maksimum). Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan berdasarkan profil kredit pelanggan. Tempoh pembiayaan adalah 3 sehingga 12 bulan. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM500 dengan tempoh pembiayaan 6 bulan, kadar keuntungan 1.5% sebulan, bayaran bulanan adalah RM89.50 sebulan.