Repair Gajet Anda, Bayar Secara Ansuran dengan Mudah

Baiki Sekarang, Bayar Bulanan
Dapatkan smartphone, tablet atau laptop anda dibaiki tanpa menunggu lama. Bayar secara ansuran fleksibel dari 3 hingga 12 bulan mengikut bajet anda.

Lulus Cepat & Mudah, Tanpa Slip Gaji
Proses permohonan ringkas dengan minimum kerumitan, supaya anda boleh fokus untuk mendapatkan gajet anda dibaiki.

Diterima di 70+ Kedai Repair Gadget
Tersedia di kedai baiki smartphone, tablet dan laptop di negeri terpilih di Malaysia yang menawarkan pelan ansuran repair gadget.
Kenapa pilih Pelan Ansuran Direct Lending?
Permohonan Mudah
Hanya kad pengenalan dan penyata bank
Kelulusan Segera
Dalam 15 minit (waktu bekerja)
Mampu Milik
Bayar sehingga 12 kali bayaran bulanan. Tiada caj tersembunyi
Selamat
Tanpa kad kredit atau debit
Pembiayaan Patuh Syariah
Ini adalah kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang diiktiraf oleh Amanie Advisors, sebuah firma Penasihat Kewangan Islam terkemuka dunia yang diterajui oleh sarjana Syariah, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar. Kemudahan ini adalah berdasarkan konsep syariah Komoditi Murabahah melalui Tawarruq.
Anggaran Harga Baiki Smartphone, Laptop & Tablet di Malaysia
| Jenis Peranti | Jenis Baiki | Anggaran Harga (RM) |
|---|---|---|
| Smartphone Android | Ganti skrin | 100 – 400 |
| Ganti bateri | 70 – 280 | |
| Baiki port pengecas / butang | 80 – 150 | |
| Baiki kamera | 80 – 300 | |
| Masuk air / diagnostik | 50 – 200 | |
| iPhone | Ganti skrin (bergantung model) | 350 – 1,688+ |
| Ganti bateri | 120 – 350 | |
| Baiki port pengecas | 80 – 250 | |
| Baiki kamera | 100 – 350 | |
| Masuk air / diagnostik | 150 – 500 | |
| Laptop | Ganti skrin | 200 – 700 |
| Ganti bateri | 100 – 350 | |
| Ganti papan kekunci | 180 – 330 | |
| Baiki papan induk (motherboard) | 200 – 600+ | |
| Masalah perisian / OS | 50 – 150 | |
| Baiki port / sambungan | 60 – 300 | |
| Tablet | Ganti skrin | 100 – 400 |
| Ganti bateri | 100 – 350 | |
| Baiki port pengecas / butang | 80 – 150 | |
| Baiki kamera | 80 – 250 | |
| Masalah perisian | 50 – 150 |
*Penafian: Harga boleh berbeza mengikut model peranti, jenama, sama ada alat ganti asal atau pihak ketiga, dan sesetengah skrin flagship mewah (terutama iPhone) boleh menelan kos lebih tinggi.*
Sumber: Anggaran harga baiki gajet di Malaysia berdasarkan kedai baiki tempatan, termasuk MRFIX Taman Maluri.


3 Langkah Mudah Untuk Repair Gajet Anda dengan Ansuran
Mohon Ansuran
Hantar permohonan secara online dengan mudah, hanya perlukan kad pengenalan dan penyata bank. Tidak perlu slip gaji.

Daftar Keluar
Sahkan pelan pembayaran bulanan dan tandatangani kontrak pembiayaan.
![]()
Baiki Gajet Anda
Dapatkan kelulusan cepat, buat bayaran pertama, gajet anda dibaiki, dan teruskan membayar secara ansuran bulanan selama 3–12 bulan.

Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira
Anda boleh jadi yang seterusnya


Soalan Lazim Pelan Ansuran Baiki Gajet
Pembiayaan Baiki Gajet (Repair Sekarang, Pay Later) atau Pelan Ansuran Baiki Gajet adalah kemudahan pembiayaan yang tidak bercagar dan patuh Syariah. Pembiayaan ini diperuntukkan untuk tujuan baiki gajet, di mana amaun pembiayaan yang diluluskan akan dibayar terus kepada kedai repair gajet terpilih (smartphone, tablet atau laptop). Kemudahan pembiayaan ini dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap, di mana bayaran ansuran bulanan adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan. Sekarang anda boleh dapatkan peranti anda dibaiki dan bayar secara ansuran bulanan sehingga 12 kali.
Produk pembiayaan ini berasaskan konsep Syariah daripada komoditi Murabahah melalui Tawarruq. Kontrak jual beli ini adalah antara anda dan Direct Lending, dengan komoditi patuh Syariah tertentu yang dikenal pasti dan digunakan sebagai aset pendasar untuk transaksi jual beli antara pelanggan dan Direct Lending untuk tujuan pengagihan dana di bawah Kemudahan tersebut.
Selain daripada butiran peribadi, kami hanya memerlukan dua dokumen ini:
- Gambar IC (depan dan belakang)
- Penyata Bank 3 bulan terkini (akaun utama penerima gaji) – Cara untuk muat turun penyata bank boleh rujuk di sini
Warganegara Malaysia berumur 18–65 tahun dengan akaun bank. Kad kredit tidak diperlukan.
Keputusan pra-kelayakan diberikan segera selepas mengisi maklumat. Kelulusan akhir dan amaun pembiayaan diumumkan secepat 15 minit semasa waktu bekerja.
Baiki gajet boleh dilakukan dalam tempoh 2 minggu selepas kelulusan. Jika anda memerlukan amaun pembiayaan tambahan di kedai repair gajet, pra-kelulusan hanya mengambil masa sekitar 15 minit semasa waktu bekerja.
Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan, tanpa caj pemprosesan tambahan.
Pembiayaan tersedia dari RM300 hingga RM5,000, dengan tempoh 3–12 bulan.
Tidak. Kontrak ditandatangani secara digital melalui telefon bimbit sebelum membuat bayaran pertama dan telefon bimbit dibaiki.
Tidak. Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin atau cagaran.
Amaun pembiayaan akan dikreditkan terus ke kedai repair gajet dalam tempoh 1 hingga 2 hari bekerja selepas kontrak pembiayaan ditandatangani. Jika jumlah pembiayaan tidak mencukupi untuk menampung kos baiki sepenuhnya, anda perlu membayar baki tersebut terus kepada kedai repair gajet.
Sebelum menandatangani perjanjian pembiayaan di platform Direct Lending, anda perlu sediakan eMandate untuk membenarkan proses auto debit melalui akaun bank anda, daripada institusi kewangan berlesen di Malaysia. Bayaran bulanan akan ditolak daripada akaun ini pada tarikh bayaran seperti yang dinyatakan dalam kontrak pembiayaan.
Caj lewat bayar 8% setahun (1% Ta’widh, 7% Gharamah). Caj Gharamah disalurkan ke badan kebajikan. Caj lewat bayar ini tidak akan dikompaun.
Ya, dengan notis 1 minggu. Rebat diberikan berdasarkan baki keuntungan tertunda.
Anda boleh daftar di sini dan pihak Direct Lending akan hubungi anda dalam masa 1 hari bekerja.
Pembiayaan ini akan ditawarkan oleh Direct Lending Sdn. Bhd., sebuah platform pembiayaan peribadi yang menyediakan pembiayaan yang selamat dan berpatutan untuk pelanggan yang bekerja keras di Malaysia. Direct Lending adalah Syarikat Kredit Komuniti yang dikawal oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Direct Lending menerima anugerah Top Rising Star of 2023 daripada Fintech Frontiers Awards Malaysia. Direct Lending juga penerima geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., dan antara syarikat startup daripada Global Accelerator Programme pada tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).
Klik sini untuk Terma dan Syarat Pembiayaan DirectCare
Klik sini untuk Lembaran Penerangan Produk DirectCare
*Direct Lending hanya menyediakan penyelesaian pembiayaan. Nasihat perubatan, diagnosis, rawatan dan penetapan harga adalah ditentukan sepenuhnya oleh penyedia perubatan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Amaun pembiayaan adalah dari RM300 (minimum) sehingga RM5,000 (maksimum). Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan berdasarkan profil kredit pelanggan. Tempoh pembiayaan adalah 3 sehingga 12 bulan. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM500 dengan tempoh pembiayaan 6 bulan, kadar keuntungan 1.5% sebulan, bayaran bulanan adalah RM89.50 sebulan.











