Kenapa Guna Pelan Ansuran Servis Kereta Kami?

Kenapa pilih Pelan Ansuran Direct Lending?

Permohonan Mudah

Hanya kad pengenalan dan penyata bank

Kelulusan Segera

Dalam 15 minit (waktu bekerja)

Mampu Milik

Bayar sehingga 12 kali bayaran bulanan. Tiada caj tersembunyi

Selamat

Tanpa kad kredit atau debit

Mohon & Bayar Bulanan Servis Kereta

Semak kelayakan sekarang

Pembiayaan Patuh Syariah

Ini adalah kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang diiktiraf oleh Amanie Advisors, sebuah firma Penasihat Kewangan Islam terkemuka dunia yang diterajui oleh sarjana Syariah, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar. Kemudahan ini adalah berdasarkan konsep syariah Komoditi Murabahah melalui Tawarruq.

3 Langkah Mudah Untuk Servis Kereta Dengan Ansuran

Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira

Anda boleh jadi yang seterusnya

Cari Bengkel Servis Kereta Berdekatan Anda

      Apa yang Anda Boleh Servis Dengan Pelan Ansuran?

      servis-kereta
      Servis Enjin & Rutin

      Servis harian kereta, minyak enjin, penapis minyak, check enjin.

      Tayar & Rim

      Tukar tayar, alignment rim, balancing tayar, tukar rim.

      Brek, Suspensi & Steering

      Servis brek, tukar pad brek, check minyak brek, tukar absorber, alignment steering.

      Aircond & Elektrik Kereta

      Servis aircond, tambah gas, tukar filter, servis bateri, lampu, sensor, masalah elektrik kecil.

      Repair Minor & Badan Kereta

      Baiki calar/lekuk, tukar bumper, tukar muffler

      Anggaran Harga Servis Kereta Proton Saga & Perodua Bezza di Malaysia

      Jika anda sedang mencari harga servis kereta Proton Saga atau servis kereta Perodua Bezza, berikut adalah anggaran kos terbaru bagi servis rutin, servis major, servis air-cond, tukar tayar, pembaikan minor, dan servis brek & suspensi. Jadual ini membantu anda membuat perbandingan dan merancang bajet servis kereta di Malaysia.

      Anggaran harga servis kereta Proton Saga & Perodua Bezza termasuk servis rutin, major, air-cond, tukar tayar dan pembaikan minor.
      Jenis Servis Proton Saga (RM) Perodua Bezza (RM) Catatan / Apa Disertakan
      Servis Minor / Rutin (Oil, filter, asas check) 150 – 250 150 – 260 Minyak enjin standard/semi-synthetic, penapis, pemeriksaan asas enjin dan cecair
      Servis Major / Pembaikan Besar (engine/transmisi) 500 – 800 550 – 750 Servis lengkap termasuk cecair dan beberapa penukaran komponen mengikut keperluan
      Servis Air-cond (gas refill / flush / servis asas) 100 – 200 100 – 180 Gas air-cond, cuci filter/cabin, periksa compressor / paip (bergantung keadaan sistem)
      Tukar Tayar / Rim (kereta kecil / sedan) 150 – 250 per unit 150 – 250 per unit Bergantung pada saiz & jenama tayar; alignment & balancing biasanya caj tambahan
      Pembaikan Minor / Kerja Kecil (lampu, calar, muffler) 150 – 500 120 – 450 Anggaran kasar bergantung pada spare-part & scope kerja
      Servis Brek & Suspensi / Kerja Mekanikal Ringan 180 – 400 160 – 350 Pad brek, minyak brek, alignment, penyelenggaraan suspensi

      Nota: Semua harga di atas adalah anggaran (estimate) berdasarkan bengkel rasmi dan bengkel biasa untuk Proton Saga & Perodua Bezza di Malaysia. Kos sebenar mungkin berbeza mengikut jenis alat ganti, lokasi bengkel, keadaan kereta, dan servis tambahan. Sila rujuk bengkel untuk quotation sebenar.

      Soalan Lazim Pelan Ansuran Servis Kereta

      Apakah produk Pembiayaan Auto Servis ini?

      Pembiayaan Auto Servis (Servis Kereta, PayLater) atau Pelan Ansuran Servis Kereta ini adalah kemudahan pembiayaan yang tidak bercagar dan juga patuh Syariah. Pembiayaan ini adalah untuk tujuan perkhidmatan auto servis di mana amaun pembiayaan yang telah diluluskan akan dibayar kepada bengkel terpilih (tempat yang anda servis kenderaan). Kemudahan pembiayaan ini dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap di mana bayaran ansuran bulanan adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan. Sekarang anda boleh bayar ansuran servis kereta dan lanjutkan bayaran bulanan sehingga 12 kali.

      Apakah konsep Syariah yang digunapakai?

      Produk pembiayaan ini berasaskan konsep Syariah daripada komoditi Murabahah melalui Tawarruq. Kontrak jual beli ini adalah antara anda dan Direct Lending, dengan komoditi patuh Syariah tertentu yang dikenal pasti dan digunakan sebagai aset pendasar untuk transaksi jual beli antara pelanggan dan Direct Lending untuk tujuan pengagihan dana di bawah Kemudahan tersebut.

      Dokumen apa yang diperlukan untuk memohon?

      Selain daripada butiran peribadi, kami hanya memerlukan dua dokumen ini:

      • Gambar IC (depan dan belakang)
      • Penyata Bank 3 bulan terkini (akaun utama penerima gaji) – Cara untuk muat turun penyata bank boleh rujuk di sini

      Siapakah yang layak untuk memohon pembiayaan ini?

      Warganegara Malaysia berumur 18–65 tahun dengan akaun bank. Kad kredit tidak diperlukan.

      Berapa lama permohonan diluluskan?

      Keputusan pra-kelayakan diberikan segera selepas mengisi maklumat. Kelulusan akhir dan amaun pembiayaan diumumkan secepat 15 minit selepas waktu bekerja.

      Bila saya boleh servis kereta selepas diluluskan?

      Servis boleh dilakukan dalam masa 2 minggu selepas kelulusan. Jika memerlukan dana tambahan di bengkel, pra-kelulusan hanya mengambil 15 minit semasa waktu bekerja.

      Berapakah kadar keuntungan?

      Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan, tanpa caj pemprosesan tambahan.

      Berapakah jumlah amaun pembiayaan dan tempoh pembiayaan?

      Pembiayaan tersedia dari RM300 hingga RM5,000, dengan tempoh 3–12 bulan.

      Perlukah tandatangan kontrak di pejabat Direct Lending?

      Tidak. Kontrak ditandatangani secara digital melalui telefon bimbit selepas servis kereta selesai.

      Adakah penjamin atau cagaran diperlukan?

      Tidak. Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin atau cagaran.

      Bagaimana pembiayaan dikreditkan?

      Amaun pembiayaan dikreditkan terus ke bengkel dalam 3 hari selepas kontrak ditandatangani. Jika jumlah tidak mencukupi, pelanggan membayar baki terus kepada bengkel.

      Bagaimana bayaran bulanan dibuat?

      Sebelum menandatangani perjanjian pembiayaan di platform Direct Lending, anda perlu sediakan eMandate untuk membenarkan proses auto debit melalui akaun bank anda, daripada institusi kewangan berlesen di Malaysia. Bayaran bulanan akan ditolak daripada akaun ini pada tarikh bayaran seperti yang dinyatakan dalam kontrak pembiayaan.

      Apa berlaku jika lewat bayar?

      Caj lewat bayar 8% setahun (1% Ta’widh, 7% Gharamah). Caj Gharamah disalurkan ke badan kebajikan. Caj lewat bayar ini tidak akan dikompaun.

      Boleh bayar penuh sebelum tamat tempoh?

      Ya, dengan notis 1 minggu. Rebat diberikan berdasarkan baki keuntungan tertunda.

      Saya ada bengkel dan berminat untuk tawarkan pembiayaan ini, apakah caranya?

      Anda boleh daftar di sini dan pihak Direct Lending akan hubungi anda dalam masa 1 hari bekerja.

      Siapakah Direct Lending?

      Pembiayaan ini akan ditawarkan oleh Direct Lending Sdn. Bhd., sebuah platform pembiayaan peribadi yang menyediakan pembiayaan yang selamat dan berpatutan untuk pelanggan yang bekerja keras di Malaysia. Direct Lending adalah Syarikat Kredit Komuniti yang dikawal oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

      Direct Lending menerima anugerah Top Rising Star of 2023 daripada Fintech Frontiers Awards Malaysia. Direct Lending juga penerima geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., dan antara syarikat startup daripada Global Accelerator Programme pada tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

      Apakah Takaful Kemalangan Peribadi (PA) DirectCare+?

      Takaful kemalangan peribadi berkumpulan (Takaful PA DirectCare+) yang melindungi anda daripada kemalangan diri dan termasuk ciri perlindungan pembiayaan untuk pemohon yang berjaya menyelesaikan proses checkout Pelan Pembiayaan Auto Servis Direct Lending.

      Klik sini untuk maklumat lanjut.

       

      Klik sini untuk Terma dan Syarat Pembiayaan DirectCare
      Klik sini untuk Lembaran Penerangan Produk DirectCare
      Klik sini untuk Soalan Lazim Takaful PA DirectCare+

      *Tertakluk kepada terma dan syarat. Amaun pembiayaan adalah dari RM300 (minimum) sehingga RM5,000 (maksimum). Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan berdasarkan profil kredit pelanggan. Tempoh pembiayaan adalah 3 sehingga 12 bulan. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM500 dengan tempoh pembiayaan 6 bulan, kadar keuntungan 1.5% sebulan, bayaran bulanan adalah RM89.5 sebulan.