Perlindungan Takaful Kereta Dengan Ansuran Mudah

Selamat & Bayaran Fleksibel
Bayar takaful kereta secara ansuran patuh Syariah di aplikasi Lenda Pay, dengan tempoh 3–12 bulan ikut bajet anda.

Lulus Cepat & Proses Mudah
Permohonan ansuran lulus secepat 15 minit tanpa slip gaji. Sesuai untuk renew segera tanpa kerumitan.

Nikmati Perlindungan Di Seluruh Malaysia
Bekerjasama dengan 300 agensi takaful seluruh Malaysia.
Pembiayaan Patuh Syariah
Kalkulator Bayaran
Ansuran Takaful Kereta
Kira bayaran bulanan takaful kereta anda dengan mudah menggunakan pelan ansuran Direct Lending. Sesuaikan tempoh ansuran 3–12 bulan mengikut bajet anda.


3 Langkah Mudah untuk Mohon Pelan Ansuran Takaful Kereta
Muat Turun & Mohon Had Kredit
Muat turun Lenda Pay dan mohon had kredit guna IC dan penyata bank sahaja — tanpa slip gaji.

Renew Takaful & Lenda Bayar Dulu
Renew takaful kereta melalui penyedia rakan kongsi kami & pilih pelan bayaran dalam aplikasi. Lenda akan bayar terus kepada penyedia takaful.
![]()
Bayar Bulanan
Selesaikan bayaran secara ansuran fleksibel selama 3, 6, 9 atau 12 bulan.

Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira
Anda boleh jadi yang seterusnya


Panel Takaful Kereta







Kelebihan Takaful Berbanding Insurans

Perlindungan Patuh Syariah
Takaful beroperasi tanpa riba, gharar atau unsur tidak patuh Syariah. Semua sumbangan peserta digunakan secara beretika dan telus.

Lebihan Dikongsi Bersama
Jika ada lebihan tabarru’, ia boleh diagihkan semula kepada peserta. Sistem lebih adil berbanding insurans biasa yang berasaskan keuntungan syarikat.
![]()
Lebih Fleksibel & Mesra Bajet
Takaful menawarkan pilihan bayaran ansuran yang lebih ringan, membantu anda kekalkan perlindungan tanpa perlu bayar lump sum setiap tahun.
Perbandingan Bayar Insurans & Roadtax Kereta: Bayar Penuh vs Ansuran Takaful
Jika anda ingin tahu perbezaan antara bayar insurans kereta secara penuh dan bayar roadtax/insurans secara ansuran, jadual di bawah membantu anda membuat perbandingan. Dengan pelan ansuran takaful kereta Direct Lending, anda boleh kekal dilindungi walaupun bajet bulanan ketat, menguruskan aliran tunai dengan lebih mudah, dan mengelakkan gangguan perlindungan.
| Situasi / Isu | Bayar Penuh | Bayar Secara Ansuran (Takaful Kereta) |
|---|---|---|
| Gaji cukup-cukup / bulan sempit | Susah nak keluarkan RM1,000–RM2,000 sekali gus | Boleh renew walaupun bajet ketat sebab bayar RM70–RM700/bulan (berdasarkan profil & kelayakan) |
| Banyak komitmen lain (sewa, bil, anak sekolah) | Roadtax/insurans selalu tertangguh | Bayar sikit setiap bulan → lebih stabil |
| Insuran perlu renew segera (untuk kerja, hantar anak, e-hailing/penghantaran) | Tak dapat renew jika duit tak cukup | Boleh renew cepat → hanya bayar deposit rendah |
| Tabung kecemasan terhad | Habis terus bila bayar penuh | Tak kacau simpanan sebab ansuran ringan |
Soalan Lazim Pelan Ansuran Takaful Kereta
Pelan Ansuran Takaful Kereta Direct Lending (Renew Now, Pay Later) ialah kemudahan pembiayaan tidak bercagar dan patuh Syariah, kini melalui aplikasi Lenda Pay by Direct Lending. Pembiayaan ini hanya untuk pembaharuan takaful kereta. Amaun yang diluluskan akan dibayar terus kepada penyedia takaful kereta tempat anda memperbaharui takaful, dengan syarat penyedia itu rakan kongsi Direct Lending. Kadar keuntungan adalah tetap, jadi ansuran bulanan anda kekal sama sepanjang tempoh pilihan anda. Kini anda boleh memperbaharui takaful kereta dan bayar secara ansuran sehingga 12 bulan.
Pelan Ansuran Takaful Kereta Direct Lending (Renew Now, Pay Later) ialah kemudahan pembiayaan tidak bercagar dan patuh Syariah, kini melalui aplikasi Lenda Pay by Direct Lending. Pembiayaan ini hanya untuk pembaharuan takaful kereta. Amaun yang diluluskan akan dibayar terus kepada penyedia takaful kereta tempat anda memperbaharui takaful, dengan syarat penyedia itu rakan kongsi Direct Lending. Kadar keuntungan adalah tetap, jadi ansuran bulanan anda kekal sama sepanjang tempoh pilihan anda. Kini anda boleh memperbaharui takaful kereta dan bayar secara ansuran sehingga 12 bulan.
Produk pembiayaan ini berasaskan konsep Syariah daripada komoditi Murabahah melalui Tawarruq. Kontrak jual beli ini adalah antara anda dan Direct Lending, dengan komoditi patuh Syariah tertentu yang dikenal pasti dan digunakan sebagai aset pendasar untuk transaksi jual beli antara pelanggan dan Direct Lending untuk tujuan pengagihan dana di bawah Kemudahan tersebut.
Selain butiran peribadi asas, anda hanya perlu muat naik dua dokumen ini dalam aplikasi Lenda Pay:
- Gambar IC (depan dan belakang)
- Penyata Bank 3 bulan terkini (akaun utama yang menerima pendapatan seperti gaji) – Cara untuk muat turun penyata bank boleh rujuk di sini
Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun yang mempunyai akaun bank dan nombor telefon yang aktif di WhatsApp. Kad kredit tidak diperlukan.
Permohonan diproses dalam 15 hingga 30 minit selepas semua dokumen dimuat naik dalam aplikasi. Waktu operasi: 9:00 pagi hingga 6:00 petang, 7 hari seminggu.
Sebaik sahaja had kredit anda diluluskan dalam aplikasi Lenda Pay, anda boleh memperbaharui takaful kereta dengan mana-mana penyedia rakan kongsi kami.
Selepas anda ketahui jumlah bayaran ansuran untuk membaharui takaful kereta; anda boleh mula merancang dan dapatkan sebut harga dengan mana-mana pembekal takaful kereta yang menawarkan pembiayaan ini.
Jika anda baru mendapati anda memerlukan dana yang lebih semasa di pembekal takaful kereta, anda juga boleh terus membuat permohonan di pembekal takaful tersebut dan keputusan pra-kelulusan hanya mengambil masa 15 minit (semasa waktu kerja).
Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan.Tiada apa-apa caj pemprosesan yang akan dikenakan untuk pembiayaan ini.
Dari RM300 hingga RM5,000, dengan tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan (tertakluk kepada penilaian kredit).
Tidak. Perjanjian ditandatangani secara digital dalam aplikasi Lenda Pay sebelum bayaran pertama anda.
Kemudahan pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin atau guarantor.
Direct Lending akan mengkreditkan amaun pembiayaan terus ke pembekal takaful kereta dalam 3 hari selepas menandatangani kontrak pembiayaan untuk membaharui takaful kereta. Sekiranya jumlah pembiayaan tidak mencukupi untuk membayar keseluruhan bil membaharui takaful kereta, anda dikehendaki membayar baki bil kepada pembekal takaful kereta terus sebelum mendapatkan polisi takaful kereta.
Bayaran bulanan ditolak secara automatik pada setiap tarikh matang melalui kaedah pilihan anda dalam aplikasi Lenda Pay: kad debit, kad kredit atau Touch 'n Go eWallet. Anda juga boleh membuat bayaran secara manual dalam aplikasi.
Anda akan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 8% setahun yang terdiri daripada; Ta’widh (pampasan) 1% setahun dan Gharamah (penalti) 7% setahun pada ansuran tertunggak. Caj Gharamah (penalti) ini akan disalurkan kepada badan kebajikan. Caj lewat bayar ini tidak akan dikompaun.
Anda boleh membuat penyelesaian awal sebelum tamat tempoh ansuran, dengan memberikan notis bertulis 1 minggu terlebih dahulu kepada Direct Lending. Rebat boleh diberikan kepada anda berdasarkan baki keuntungan tertunda.
Anda boleh daftar di sini dan pihak Direct Lending akan hubungi anda dalam masa 1 hari bekerja..
Pembiayaan ini akan ditawarkan oleh Direct Lending Sdn. Bhd., sebuah platform pembiayaan peribadi yang menyediakan pembiayaan yang selamat dan berpatutan untuk pelanggan yang bekerja keras di Malaysia. Direct Lending adalah Syarikat Kredit Komuniti yang dikawal oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Direct Lending menerima anugerah Top Rising Star of 2023 daripada Fintech Frontiers Awards Malaysia. Direct Lending juga penerima geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., dan antara syarikat startup daripada Global Accelerator Programme pada tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).
Takaful kemalangan peribadi berkumpulan (Takaful PA DirectCare+) yang melindungi anda daripada kemalangan diri dan termasuk ciri perlindungan pembiayaan untuk pemohon yang berjaya menyelesaikan proses checkout Pelan Ansuran Takaful Kereta dalam aplikasi Lenda Pay.
Klik sini untuk info lanjut.
Klik sini untuk Terma dan Syarat Pembiayaan DirectCare
Klik sini untuk Lembaran Penerangan Produk DirectCare
Klik sini untuk Polisi Pemulangan Dana Pembiayaan DirectCare
Klik sini untuk Soalan Lazim Takaful PA DirectCare+
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Amaun pembiayaan adalah dari RM300 (minimum) sehingga RM5,000 (maksimum). Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan berdasarkan profil kredit pelanggan. Tempoh pembiayaan adalah 3 sehingga 12 bulan. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM500 dengan tempoh pembiayaan 6 bulan, kadar keuntungan 1.5% sebulan, bayaran bulanan adalah RM89.5 sebulan.










