Ciri-ciri Pinjaman Peribadi Kami
- Kadar faedah 1.5% sebulan atau 18% setahun (tetap)
- Amaun pinjaman daripada RM1,000 hingga RM10,000
- Tempoh pinjaman fleksibel dari 3 bulan sehingga 18 bulan
- Tidak perlu kad ATM, tiada bayaran pendahuluan
- Kelulusan segera dalam tempoh 1-2 hari bekerja
Kenapa Pilih Direct Lending?
Lesen Sah KPKT
Diluluskan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
Dalam Talian 100%
Permohonan dan tandatangan secara digital.
Telus
Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.

Percuma
Perkhidmatan kami percuma 100% . Tiada bayaran pendahuluan.
Kalkulator
Pinjaman Peribadi
Kira anggaran ansuran bulanan anda dengan kalkulator pinjaman peribadi.


Cara Mohon
Isi Borang Dalam Talian
Isikan maklumat diri anda dan muat naik dokumen sokongan melalui borang permohonan digital.

Sahkan Identiti dan Dokumen
Pegawai akan mengesahkan kad pengenalan, penyata bank, slip gaji dan maklumat tambahan jika perlu.
![]()
Lengkapkan Proses Selepas Kelulusan
Sahkan butiran, buat saksi pengesahan, e-KYC, tandatangan kontrak dan aktifkan potongan bayaran automatik untuk bayaran ansuran bulanan.
Perjanjian memberi pinjam wang hendaklah ditandatangani oleh semua pihak di alamat operasi syarikat.

Soalan Lazim
Pinjaman Peribadi Digital Berlesen KPKT merujuk kepada pinjaman yang ditawarkan oleh pemberi pinjam wang berlesen yang telah mendapat kelulusan khas daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menjalankan proses pinjaman secara sepenuhnya digital. Ini bermaksud anda boleh memohon, menghantar dokumen, mengesahkan identiti dan menandatangani perjanjian 100% secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat secara fizikal.
Di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, kadar faedah untuk pinjaman tidak bercagar adalah tidak lebih daripada 18% p.a. manakala untuk pinjaman bercagar tidak lebih daripada 12% p.a.
Jumlah pinjaman yang anda layak mohon bergantung pada beberapa faktor seperti pendapatan bulanan, komitmen hutang semasa dan sejarah kredit. Jumlah maksimum pinjaman yang ditawarkan ialah sehingga RM10,000.
Tempoh bayaran balik adalah fleksibel, bermula dari 3 bulan hingga 18 bulan, bergantung pada keputusan semakan kredit dan kelayakan anda.
Tidak, Direct Lending tidak akan mengambil atau memegang kad ATM semasa anda memohon pinjaman peribadi.
Dokumen asas yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- 3 bulan slip gaji sah terkini
- 3 bulan salinan penyata bank terkini (Panduan muat turun penyata bank)
Pinjaman peribadi adalah jenis pinjaman tidak bercagar, jadi anda tidak perlu menyediakan cagaran atau mempunyai penjamin untuk meminjam wang.
Kelulusan boleh diperoleh secepat 1-2 hari bekerja (dokumen lengkap). Pengeluaran pinjaman mengambil masa 1-2 hari bekerja selepas tandatangan perjanjian.
Ya, anda boleh membuat pembayaran penuh lebih awal daripada tempoh asal.
Sebagai peminjam, anda perlu menanggung yuran dan caj berikut. Jumlah ini akan ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan sebelum pembiayaan disalurkan:
- Duti setem – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.
- Yuran pengakusaksian – bergantung pada jumlah pinjaman yang diluluskan dan akan dimaklumkan selepas kelulusan.
Sekiranya anda lewat membuat bayaran ansuran, Direct Lending berhak mengenakan caj faedah lewat sebanyak 8% setahun (dikira secara harian) ke atas jumlah bayaran yang tertunggak. Caj ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Jadual J – Peraturan KPKT.
Makluman Lesen dan Permit Iklan
- Nama Syarikat: Direct Lending Sdn. Bhd.
- No. SSM: 201601007201 (1178129-H)
- No. Lesen KPKT: WL7784/14/01-3/250827
- Tempoh Sah Lesen: 26/8/2025 - 25/8/2027
- No. Permit Iklan: xxx
- Tempoh Sah Permit Iklan: xxx - xxx
Kami adalah pemberi pinjam wang digital yang berlesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Semua urusan adalah melalui laman web rasmi ini sahaja.
Elakkan daripada pihak ketiga atau ejen yang tidak sah.

