Cara Dapatkan Penyata Bank Download Online
Banyak urusan yang memerlukan anda untuk menyediakan penyata bank atau bank statement anda untuk memproses permohonan pembiayaan seperti, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan urusan rasmi lain. Berikut ialah contoh penyata bank yang boleh anda dapati secara online daripada bank anda di Malaysia, tanpa perlu ke cawangan.
Mohon Pinjaman Peribadi Tanpa Susah
Semak kelayakan anda sekarang untuk pinjaman dengan kadar serendah 2.82%. Proses cepat, 100% online, mudah & selamat.
- ✔️ Proses secepat 2-3 hari bekerja
- ✔️ Tiada caj tersembunyi
- ✔️ Konsultan bantu A-Z tanpa caj
Maybank
Jika anda adalah pengguna Maybank. Ini adalah cara mudah untuk anda dapatkan bank statement Maybank secara online menggunakan Maybank2U.
- Daftar masuk ke Maybank2u
- Pilih “View Statements”
- Statement bank Maybank anda akan ditunjukkan
- Tarikh penyata bank Maybank boleh diubah mengikut bulan yang anda inginkan
- Tekan statement & tekan butang muat turun
Maybank juga menawarkan perkhidmatan eStatement yang mana anda boleh mendapatkan penyata setiap bulan melalui e-mail secara percuma.
CIMB Bank
Jika anda pengguna CIMB Bank dan anda ingin mendapatkan penyata bank CIMB secara online, ini cara download statement CIMB melalui CIMB Clicks.
- Daftar masuk ke CIMB Clicks
- Tekan “My Accounts”
- Pilih “Deposits/ Investment Account-i”
- Tekan butang 3 titik & pilih “View/ Download eStatements”
- Pilih bulan yang anda inginkan & tekan butang muat turun
Salah satu alternatif yang anda boleh cuba juga adalah CIMB “Email Statement Delivery” untuk terima eStatement setiap bulan yang hanya berharga RM1.
RHB Bank
Untuk pengguna RHB Bank, anda boleh dapat penyata bank RHB dengan menggunakan RHB Now.
- Daftar masuk RHB Now
- Tekan pada column akaun anda
- Tekan "Statement"
- Pilih bulan yang anda inginkan
- Tekan “Save to file” untuk muat turun penyata bank
Anda boleh juga melanggan servis email eStatement RHB secara percuma untuk dapatkan penyata secara e-mail setiap bulan.
Hong Leong Bank
Pengguna Hong Leong bank boleh dapatkan penyata bank Hong Leong secara percuma melalui app Hong Leong Connect.
- Daftar masuk Hong Leong Connect app
- Pilih menu “Statement/Invoice”
- Tekan “Online Statement”
- Pilih statement pada pop-up
- Pilih bulan yang anda inginkan dan muat turun penyata bank
Bank Islam
Untuk pengguna Bank Islam, cara dapatkan bank statement Bank Islam tanpa caj adalah melalui website Bank Islam Biz.
- Daftar masuk Bank Islam Biz
- Tekan butang tiga garis
- Pergi ke “My Accounts”
- Tekan e-statement
- Pilih “Download”
- Pilih account yang anda inginkan dan tekan submit
- Anda akan nampak list of statements
- Tekan penyata bank yang anda inginkan
BSN
Jika anda menggunakan BSN, anda boleh mendapatkan penyata bank melalui website BSN
- Layari laman web MyBSN
- Masukkan Username
- Klik butang Login
- Sahkan Security Image
- Masukkan Password
- Klik Account Overview
- Klik E-Statement
- Klik Account Name
- Klik Transaction History
- Klik Print
Bank Rakyat
Pengguna Bank Rakyat kini boleh mendapatkan penyata bank dengan lebih mudah melalui iRakyat (online banking) atau secara terus di cawangan.
1. Melalui iRakyat (Online Banking)
- Layari https://www.irakyat.com.my dan log masuk menggunakan User ID & Kata Laluan anda.
- Pilih menu Akaun dan klik akaun yang anda ingin dapatkan penyata.
- Pilih Penyata Akaun / Account Statement.
- Tetapkan tempoh penyata yang diperlukan (bulan & tahun).
- Klik Muat Turun / Download untuk mendapatkan penyata dalam format PDF.
✅ Penyata online ini sesuai untuk kegunaan rasmi seperti permohonan pinjaman.
2. Melalui Cawangan Bank Rakyat
- Pergi ke cawangan Bank Rakyat terdekat.
- Ambil nombor giliran dan tunggu di kawasan menunggu.
- Apabila nombor anda dipanggil, pergi ke kaunter yang ditetapkan.
- Nyatakan niat anda untuk mendapatkan penyata bank dan tempoh penyata yang dikehendaki.
- Tunggu pegawai bank memproses permohonan anda dan terima penyata bercetak.
✅ Sesuai jika anda memerlukan penyata bercetak secara rasmi.
Cara Dapatkan Penyata Bank Online untuk Maybank, CIMB dan RHB Bank (Tutorial)
Jika anda berminat untuk membuat pinjaman peribadi dengan kadar serendah 2.82% dan secepat 2 hari berkerja. Semak kelayakan pinjaman peribadi percuma untuk penjawat awam dan pekerja swasta. Tiada caj pendahuluan dan kad ATM tidak diperlukan.
Kami juga menawarkan pembiayaan auto servis – Servis kereta sekarang, Pay later yang patuh syariah untuk pemilik kereta yang memerlukan bantuan kewangan baiki atau servis kereta.
Soalan Lazim
Penyata bank atau bank statement adalah dokumen rasmi yang diberikan oleh bank anda setiap bulan. Dokumen ini menunjukkan semua transaksi termasuk deposit, pengeluaran dan pemindahan dalam masa tertentu.
Penyata bank biasanya diperlukan untuk permohonan pinjaman, pembiayaan, sewa, atau urusan rasmi lain bagi mengesahkan pendapatan dan baki akaun anda.
Untuk kebanyakan bank, log masuk ke laman web rasmi atau aplikasi bank anda, pergi ke menu dan pilih “Penyata Akaun” atau “Account Statement”, pilih tempoh yang diperlukan, kemudian klik “Muat Turun” atau “Download”. Untuk langkah-langkah terperinci bagi setiap bank, sila rujuk bahagian di atas.
Ya. Kebanyakan bank di Malaysia membenarkan anda muat turun penyata bank secara online, jadi anda tidak perlu ke cawangan. Pastikan anda menggunakan portal rasmi bank untuk keselamatan.
Ya. Kebanyakan bank membenarkan anda pilih tempoh sejarah transaksi sehingga 12 bulan atau lebih. Anda boleh muat turun penyata lama tersebut terus dari online banking.
Ya, selagi anda berkongsi dengan pihak yang sah dan dipercayai seperti institusi kewangan berlesen (bank, koperasi, kredit komuniti), majikan dan agensi kerajaan atau swasta yang berdaftar.
Sebelum berkongsi penyata bank dengan pihak lain, pastikan anda mengikuti tips keselamatan berikut:
- Hantar penyata akaun bank dalam format PDF, bukan screenshot.
- Elakkan berkongsi penyata bank melalui WhatsApp atau platform tidak rasmi kecuali anda pasti nombor atau penerima itu sah.
- Sembunyikan atau padamkan maklumat sensitif jika tidak diperlukan, seperti nombor akaun penuh atau baki akaun.
Penyata bank (bank statement) dan salinan akaun bank (account copy) adalah dua dokumen berbeza. Penyata bank adalah dokumen bulanan yang memaparkan semua transaksi kewangan anda. Salinan akaun bank adalah salinan dokumen yang menunjukkan maklumat asas akaun tanpa transaksi. Biasanya, salinan akaun bank hanya memaparkan nama, nombor akaun, dan jenis akaun, tanpa melaporkan transaksi harian.
Penyata bank biasanya digunakan sebagai bukti pendapatan, permohonan pinjaman, semakan CCRIS, dan audit kewangan. Sebaliknya, salinan akaun bank digunakan untuk pembukaan akaun baru, urusan gaji, dan permohonan bantuan.
Contoh format penyata bank termasuk PDF atau cetakan buku bank. Contoh format salinan akaun bank termasuk slip ringkasan akaun atau screenshot dari online banking.




