SERV - FAQ - Direct Lending Malaysia
Pembiayaan Auto Servis
Mohon Online, Terima Kelulusan Segera
Dapatkan Pra-Kelulusan Pembiayaan Sebelum Servis Kereta
LANGKAH 1

Isikan maklumat peribadi & terima keputusan pra-kelulusan segera

LANGKAH 2

Upload IC & bank statement

LANGKAH 3

Terima kelulusan & jumlah had kredit dalam masa 15 minit

*berdasarkan waktu operasi bengkel terpilih

Bayar Dengan Kemudahan Pembiayaan Di Bengkel
LANGKAH 1

Semak pelan pembiayaan untuk yuran servis

LANGKAH 2

Tandatangan kontrak pembiayaan, buat bayaran pertama & sediakan pembayaran balik

LANGKAH 3

Tinggalkan bengkel & nilaikan servis mereka

SOALAN LAZIM

Tentang Direct Lending dan SERV:

Pembiayaan ini akan ditawarkan oleh Direct Lending Sdn Bhd, sebuah platform pembiayaan peribadi yang menyediakan pembiayaan yang selamat dan berpatutan untuk peminjam yang bekerja keras di Malaysia. Direct Lending adalah Syarikat Kredit Komuniti yang dikawal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

Direct Lending juga penerima geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., dan antara syarikat startup daripada Global Accelerator Programme pada tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

SERV adalah sebuah platform untuk pemilik kenderaan mencari dan membuat tempahan servis kereta dengan bengkel terpilih; ianya membantu anda untuk memudahkan proses pembayaran termasuk pembiayaan auto servis melalui kerjasama bersama Direct Lending. 

SERV dan Direct Lending juga antara syarikat startup yang menerima geran daripada Cradle Investment Program (CIP300).

Tentang Produk dan Cara Untuk Mohon:

Selain daripada butiran peribadi: 

  • Gambar IC (depan dan belakang)

Penyata Bank 3 bulan terkini (akaun utama yang menerima pendapatan seperti gaji) – Cara untuk muat turun penyata bank boleh rujuk di sini.

Pembiayaan ini layak untuk warganegara Malaysia berumur 18 – 65 tahun yang mempunyai akaun bank. Kad kredit TIDAK diperlukan. 

Semasa tempoh percubaan, anda hanya boleh gunakan pembiayaan auto servis ini di bengkel yang terpilih sahaja.

Keputusan pra-kelayakan akan dimaklumkan segera semasa mengisi maklumat peribadi berdasarkan profil kredit anda. Kelulusan permohonan dan jumlah pembiayaan yang layak akan dimaklumkan 15 minit* selepas anda melengkapkan pemohonan.

*berdasarkan waktu operasi bengkel terpilih

Anda boleh servis kereta dalam masa 1 minggu selepas permohonan diluluskan.

Tempah bengkel di aplikasi SERV dalam masa seminggu atau datang terus ke bengkel terpilih yang menyertai program ini. 

Jika anda baru mendapati ada keperluan dana yang lebih semasa di bengkel, anda juga boleh terus membuat permohonan di bengkel tersebut dan, keputusan pra-kelulusan hanya mengambil masa 15 minit. 

Kadar keuntungan antara 0.8% – 1.5% sebulan, bergantung kepada profil kredit peminjam.

Kami juga akan mengenakan caj perkhidmatan untuk melaksanakan pembiayaan ini.

Jumlah caj tersebut akan ditunjukkan semasa proses pra-kelulusan. Tiada caj tersembunyi.

Berikut adalah contoh pelan pembayaran berdasarkan keuntungan 1.25% sebulan (kadar tetap) dan caj perkhidmatan mengikut jumlah dan tempoh pembiayaan. Tiada caj keuntungan yang dikenakan untuk amaun yang dibayar semasa check out.

Tidak – ia akan dilakukan di bengkel selepas servis selesai dan apabila anda bersetuju dengan pembiayaan tersebut. Kebanyakan proses hanya dilakukan secara digital melalui telefon pintar anda.

Pengeluaran dan Pembayaran Balik:

Pembiaya akan mengkreditkan amaun pembiayaan terus ke bengkel 3 hari selepas perjanjian ditandatangani.

Semasa check out, anda akan tetapkan akaun bank sebagai auto debit untuk pembayaran balik – bayaran balik akan ditolak secara automatik daripada akaun bank tersebut pada hari yang sama dan untuk bulan-bulan seterusnya.

Anda akan dikenakan caj bayaran lewat sebanyak 8% setahun.

Ada Soalan Lagi?

Sila hubungi kami di support@directlending.com.my 

Kembali ke halaman pembiayaan auto servis atau mohon sekarang.