Direct Lending

Kisah Steve Adcock Yang Bersara Awal Pada Usia 35

Setelah berjaya kumpul hampir USD$1 juta wang simpanan, Steve Adcock berhenti kerjanya di software development pada 2016 dan bersara pada usia 35. Masa itu gaji Steve adalah 6 digit. Kemudian, isterinya, Courtney juga sertainya untuk bersara awal.

Bukan semua orang dapat bersara pada usia 30-an, tetapi untuk mencapai kebebasan kewangan adalah tidak mustahil. Kata Steve, sebenarnya tiada sesiapa pun yang hendak ‘stay broke’ sepanjang hidup. Tapi walaupun matlamat kewangan anda bukanlah untuk bersara awal, tapi kita semua boleh cuba hidup dengan 6 prinsip asas ini untuk bina kewangan yang lebih kukuh. Jadi, inilah perkongsian Steve Adcock yang membantunya untuk bersara pada umur 35.

Gambar oleh CNBC

1. Jadikan kebebasan kewangan sebagai matlamat utama

Steve berkongsi tentang pengalamannya dulu di mana dia mempunyai gaji yang tinggi dan juga berpotensi dalam sektor pekerjaannya. Tapi, dia tidak rasa gembira untuk pergi ke kerja setiap hari. Dia kata, “I didn’t enjoy having a boss or sitting through performance reviews. The meetings, office conflicts and long commutes were exhausting. I wanted to leave the 9-to-5 life & travel the world”.

Jadi, Steve tetapkan matlamatnya untuk bersara pada usia yang muda. Dia fokus untuk melakukan perubahan terhadap tabiat kewangannya. Dia simpan 70% gajinya dan labur kebanyakkan wangnya. Mula-mula memang mencabar untuk Steve ubah tabiat kewangannya, tetapi dia selalu mengingatkan dirinya untuk bezakan apa itu keperluan dan kemahuan.

Lama-kelamaan, Steve tidak rasa perubahan yang dia lakukan itu membebankan sebab dia tahu semua yang dia lakukan itu boleh bantunya merealisasikan matlamatnya untuk bersara awal.


2. Tingkatkan pendapatan anda

Walaupun gaji Steve tinggi, tapi dia selalu fikir tentang cara untuk jana pendapatan ekstra apabila dia tiada di office. Steve mulakan website kewangan dan menulis blog artikel secara konsistent. Contohnya, setiap bulan Steve dapat income dari, menulis blog ($1000 / RM4.1K), YouTube channel tentang travel ($400-$500 / RM1.6K-RM2K) dan juga freelance writing.Steve juga fokus pada kerja tetapnya agar dia dapat kenaikkan gaji 10%-15% dan dia telah berjaya dapatnya sebanyak 2 kali. Tambahan pula, Steve  dan Courtney simpan 70% gaji mereka. Steve dan Courtney berjaya kumpul ($200K-$230K / RM824K-RM948K) setahun.


3. Labur dalam aset

Jika anda hanya simpan wang, dapat kenaikkan gaji dan jana pendapatan sampingan saja adalah tidak cukup untuk bersara awal. Steve dan Courtney labur dalam stock, real estate, perniagaan dan lain-lain.

Contohnya aset seperti rumah, anda beli rumah dengan harga yang murah. Kemudian, harga rumah tersebut akan bertambah atau meningkat nilainya. Apabila anda jual dengan harga yang lebih tinggi, makanya anda akan dapat keuntungan. Satu lagi contoh, jika anda labur RM1000 dan ia meningkat 10% (atau RM100) dalam setahun. Dengan keuntungan RM100, jika anda tidak keluarkan keuntungan tersebut, maka anda akan dapat RM1,100. Itu yang Steve lakukan, keuntungan yang dia dapat, Steve laburkan.

Dengan pelaburan aset, Steve dan Courtney berjaya meningkatkan simpanan mereka sehingga ia cecah lebih dari $1 juta (RM4.125 juta). Steve nasihatkan bahawa ia masih tidak lambat lagi untuk anda mula melabur. Jika anda belum bermula, terdapat banyak sumber yang anda boleh cari online atau anda boleh berbincang dengan penasihat kewangan yang dipercayai.


4. Auto deduction

Kebanyakan majikan menawarkan pelan persaraan di mana anda boleh buat auto deduction daripada gaji anda. Contohnya di Malaysia adalah PPA Malaysia (www.ppa.my).

Untuk Steve & Courtney mereka,

  • Buat caruman 401(k) & akaun IRA (sama seperti EPF kita)
  • Buat auto deduction dari gaji ke akaun simpanan
  • Buat pembayaran kad kredit secara automatik

Auto deduction dapat bantu anda bayar bil tepat pada masa maka skor kredit anda juga akan jadi cantik. Sebab tiada pembayaran lewat, anda tidak akan dikenakan penalti atau kadar faedah yang tinggi.


5. Ketahui aliran wang anda

Salah satu cara yang berkesan untuk menghapuskan hutang adalah dengan mengetahui aliran keluar masuk wang anda. Setiap sen adalah penting. Ini adalah prinsip yang asas tetapi ramai mungkin kurang disiplin untuk mengkaji perbelanjaan mereka setiap bulan.

Cuba lakukan perubahan kecil ini untuk mantapkan lagi pelan kewangan anda:

  • Lihatlah bil anda. Pastikan anda faham setiap item dalam bil anda.
  • Utamakan pembayaran hutang dan dana persaraan terlebih dahulu. Kalau ada ekstra barulah reward diri.
  • Jangan pandang rendah terhadap perbelanjaan kecil. Contohnya, breakfast, lunch kat cafe, kesemuanya adalah kos.
  • Semak jika anda masih menggunakan langganan bulanan seperti Netflix, gym membership, dan lain-lain. Pastikan anda sedar berapa kosnya dan semak jika anda masih menggunakannya atau tidak.

6. Faham tentang keperluan & kehendak

Dulu, Steve adalah seorang ‘super-spender’. Dia mempunyai sebuah ‘supercharged Corvette Convertible’ dan ‘Cadillac CTS’. Steve juga menunggang motor Yamaha R1 di mana dia bayar insurans $150 (RM620) setiap bulan. Akhirnya dia telah jual semua kenderaannya agar dia dapat bina dana persaraannya.

Kini, Steve dan Courtney fokus perbelanjaannya kepada keperluan seperti barangan dapur, insurans, loan rumah, dan lain-lain. Kemahuan seperti langganan TV bulanan, mereka memilih option yang lebih murah. Keluar makan hanya $50 (RM200) sebulan, beli baju baru kurang daripada 2 kali sebulan dan hanya tukar handphone jika ianya rosak.Jika anda terlalu strict dengan bajet, lama-kelamaan anda akan hilang motivasi untuk mengikutinya. Tetapkan matlamat agar apabila anda berjaya capai nanti, reward diri dengan sesuatu yang anda suka. Tak perlulah reward yang mahal-mahal ya.

Inilah perkongsian oleh Steve Adcock. Harap-harap ia boleh bantu untuk mengukuhkan lagi perancangan kewangan anda. Selamat membaca dan jadilah seorang yang pandai uruskan kewangan demi masa depan anda dan orang tersayang.

**Kadar pertukaran mata wang USD adalah tepat pada waktu penulisan

Sumber: CNBC

Perlu bantuan kewangan?

Semak kelayakan anda secara percuma melalui Direct Lending. Kami adalah platform pinjaman peribadi bank dan koperasi yang menawarkan pinjaman dengan kadar mampu milik serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja. Servis kami adalah 100% percuma, tiada caj pendahuluan.

Direct Lending

Add comment