Bagaimana Mula Perniagaan Sambil Bekerja Sepenuh Masa

Memulakan perniagaan bukanlah satu kerja yang mudah. Untuk memulakan perniagaan sambil bekerja sepenuh masa? Itu lagilah bukan kerja mudah! Namun, tunggu dulu. Sebelum anda melupakan hasrat anda itu, kami telah sediakan beberapa langkah praktikal bagaimana untuk berjaya di dalam kedua-dua aspek ini.

1. Mulakan Perniagaan Dalam Bidang Yang Anda Minati

Sumber Gambar: Pexel

Pertama sekali, ketahui minat anda. Jika anda minat memasak, bukalah restoran kecil sebagai permulaan. Jangan buka syarikat IT walaupun anda tahu membuat programming. Kemahiran anda penting, namun minat anda akan membawa anda ke satu tahap yang lebih tinggi.

Kami terdapat beberapa cadangan perniagaan yang boleh anda ceburi untuk mereliasasikan minat anda sambil bekerja sepenuh masa.

  • Menulis
  • Rekabentuk Grafik
  • Membangunkan laman web/aplikasi komputer atau mobile app
  • Perniagaan Makanan
  • Tutor/Guru Sambilan
  • Perniagaan Pelancongan

2. Mulakan Perniagaan Online Untuk Uji dan Mengesahkan Konsep Perniagaan Anda Dahulu

side business
Sumber Gambar: Pexel

Daripada anda berhabis-habisan pada permulaan, apa kata anda uji konsep perniagaan anda dengan melancarkannya secara online. Mulakan dari rumah dahulu. Buat jualan di Internet dan lihat penerimaan pelanggan yang anda sasarkan. Terdapat banyak laman web dan aplikasi yang mudah dan murah yang boleh anda guna untuk merasmikan perniagaan anda. Contohnya:

  • EtsyJual barangan kraftangan atau hasil seni anda.
  • Upwork: Jual bakat anda dalam pelbagai bidang misalnya pembinaan laman web, penulisan, pengiklanan, pemprosesan data dan lain-lain.
  • iStockPhoto: Jual hasil fotografi anda.
  • Carousell: Jual apa sahaja disini!

Perniagaan online membolehkan anda kekal fokus kepada kerja sepenuh masa anda. Ia tidaklah mengganggu kerana anda hanya perlu menguruskan perniagaan sampingan anda melalui smartphone. Ingat, uruskan ia semasa waktu rehat dan bukan pada waktu kerja anda!

3. Semak Kontrak Majikan Anda

Sumber Gambar: Freepik

Terdapat syarikat yang tidak membenarkan pekerjanya mempunyai pekerjaan kedua atau perniagaan sampingan. Untuk mengelakkan masalah di kemudian hari, pastikan perniagaan sampingan anda tidak melanggar polisi syarikat majikan anda. Semak semula kontrak dan jika anda tidak faham terma-terma yang digunakan, dapatkan nasihat peguam atau pakar perunding.

Untuk mengelakkan konflik, pastikan konsep perniagaan anda tiada kena mengena dengan perniagaan majikan anda. Bersifat terbuka dengan majikan anda. Tentu anda tidak mahu mereka mendapat tahu mengenai perniagaan anda daripada orang lain.

4. Tetapkan Modal Perniagaan

Sumber Gambar: Freepik

Berapa banyak yang anda sanggup melaburkan ke dalam perniagaan baru anda? Oleh kerana anda masih mempunyai pendapatan tetap, mungkin anda boleh menggunakan sebahagian daripadanya sebagai modal perniagaan. Ketahui berapa banyak yang anda perlukan setiap bulan bagi membeli stok, menyewa ruang perniagaan, dan iklankan produk atau perkhidmatan anda. Pastikan anda menggunakan sumber peribadi, dan bukannya sumber majikan anda.

5. Rancang Waktu Kerja Perniagaan dan Tetapkan Matlamat

Sumber Gambar: Freepik

Anda juga patut menentukan berapa banyak jam yang anda ingin luangkan untuk perniagaan anda. Jika anda bekerja daripada pukul 9 hingga 5, cuba luangkan masa pada waktu petang (selepas waktu kerja) untuk mengembangkan perniagaan anda. Tetapkan matlamat perniagaan secara harian atau mingguan yang realistik. Cuba penuhi matlamat tersebut kerana ia akan membantu anda untuk kekal fokus. Anda pasti akan dapat melihat hasil positif pada perniagaan anda.

Selain itu, jangan curi tulang pada waktu kerja. Jika anda terasa penat keesokkan harinya di pejabat, jangan bekerja lagi pada waktu petang. Cuba luangkan masa pada hujung minggu untuk perniagaan anda.

6. Cari Rakan Kongsi

rakan kongsi
Sumber Gambar: Pexel

Memulakan perniagaan baru adalah mencabar dan merupakan satu perjalanan yang agak sunyi. Jadi, carilah rakan kongsi perniagaan. Ia membantu anda untuk  mendapatkan ilham dan menyelesaikan segala masalah yang mendatang. Ia juga amat penting jika anda sangat sibuk dengan kerja sepenuh masa. Rakan kongsi akan mengurangkan beban dan membolehkan anda membahagikan masa antara pekerjaan dan perniagaan dengan lebih baik.

Hargailah Pekerjaan dan Jadikannya Keutamaan Anda

Akhir sekali, bezakan di antara pekerjaan dan perniagaan anda. Bersifat jujurlah dan jangan ambil sumber daripada majikan anda dalam apa sebarang bentuk sekalipun. Bekerjalah dengan penuh minat dan jangan lupa untuk menikmati masa anda di pejabat. Bergaullah dengan bos dan rakan sekerja anda secara baik. Buatkan ia sesuatu yang menyeronokkan dan memotivasikan. Yelah, itukan sumber pendapatan utama anda – hargainya dan bersyukurlah.

Bagaimana dengan cadangan diatas? Cuba segala panduan yang telah kami kongsikan dan lihat bagaimana ia membantu anda untuk berjaya didalam perniagaan sambil kekal profesional dan produktif di tempat kerja! Kongsikan juga bersama kami pengalaman anda!

Sebagai alternatif, anda boleh mula dengan bekerja sebagai freelancer, lihat panduan kami untuk menjana pendapatan tambahan sambil mempunyai pekerjaan sepenuh masa.

Jika anda memerlukan modal untuk membiayai perniagaan anda, anda boleh memohon pinjaman di halaman pinjaman koperasi kami (untuk kakitangan kerajaan dan awam sahaja). Adakah anda mempunyai pengalaman peribadi yang anda ingin berkongsi? Beritahu kami dalam komen dibawah!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *