Sebenarnya setiap individu mempunyai laluan kerjaya masing-masing. Mungkin ada yang lebih suka berniaga daripada berkerja di pejabat. Tetapi untuk individu yang ingin mula berniaga, pastinya terfikir tentang modal bisnes. Boleh ke mula bisnes dengan modal kecil tapi dapat keuntungan yang banyak?
Kali ini kami kumpulkan jenis perniagaan yang menguntungkan cecah RM10k sebulan walaupun modal rendah. Bisnes-bisnes ini sesuai untuk yang telah hilang kerja dan struggle untuk cari cara menambah pendapatan. Jika anda sedang bekerja sepenuh masa, anda juga berpeluang untuk mulakan perniagaan dengan modal sendiri atau memohon pinjaman bisnes sebagai modal.
*Semua pengiraan daripada segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga mungkin adalah berbeza mengikut lokasi dan masa.
Jenis-Jenis Perniagaan Modal Kecil
1. Jual Buah Potong

Jika motor sedia ada, boleh gunakah motosikal untuk bergerak dan cari port yang ada ramai orang. Contohnya seperti di depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang. Keuntungan jual buah potong biasanya margin dalam 50%-60% daripada modal.
Andaikan anda jual RM1 / paket, dengan target 600 paket sehari,
600 paket x RM1 = RM600 / sehari
Keuntungan = RM350 sehari (lepas tolak margin 50%) x 30 hari = RM10,500
2. Jual Burger

Cuba berikan fokus kepada pelajar atau pemuda. Terutamanya pelajar yang duduk di kolej. Set up gerai burger di depan lokasi tersebut. Kalau ada modal, bolehlah beli kereta bajet untuk buat berniaga. Mudah juga nak kalau set up kat mana-mana. Keuntungan jual burger selalunya margin dalam 60%.
Andaikan anda jual RM3.50 sebiji dengan target 160 biji sehari,
160 biji x RM3.50 = RM560 / sehari
Keuntungan = RM336 sehari (lepas tolak margin 60%) x 30 hari = RM10,080
3. Jual Nasi Campur

Cubalah jual nasi ayam goreng atau nasi berlauk RM4 di kawasan yang ada ramai penduduk. Jangan lupa juga untuk sediakan perkhidmatan penghantaran. Untuk boostkan lagi sales, anda boleh cuba buat iklan di Facebook agar orang di area sekitar dapat tahu tentang bisnes anda. Keuntungan jual nasi selalunya margin dalam 60%.
Andaikan anda jual RM4 sebungkus dengan target 150 bungkus sehari,
150 bungkus x RM 4 = RM600 / sehari
Keuntungan = RM 360 (lepas tolak margin 60%) x 30 hari = RM10,800
4. Jual Air

Cubalah jual air yang murah kepada pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah. Setkan harga air itu murah minimum pun RM1 untuk satu cup. Ada 2 sesi yang anda boleh target iaitu sekolah biasa pada pukul 1-2 petang dan sekolah agama pukul 5-6 petang. Satu sesi bolehlah jual 300 cup. Sebulan ada 21 hari persekolahan yang anda boleh buka gerai. Keuntungan jual air selalunya margin dalam 80%.
Andaikan anda jual RM1 satu cup dengan target 600 bungkus sehari,
600 bungkus x RM 1 = RM600 / sehari
Keuntungan = RM 480 (lepas tolak margin 80%) x 21 hari = RM10,080
5. Berniaga di Pasar Malam

Contohnya anda boleh jual apam balik di pasar malam. Pilihlah pasar malam yang rami orang. Mungkin anda boleh set up gerai di pasar malam mungkin seminggu 4 kali. Keuntungan jual apam balik selalunya margin dalam 80%.
Andaikan anda jual RM2 sekeping dengan target 400 keping sehari,
400 keping x RM 2 = RM800 / sehari
Keuntungan = RM640 (lepas tolak margin 80%) x 16 hari = RM10,240
6. Jadi Agen / Dropship Produk

Buat research tentang produk yang sedia ada di pasaran. Pilih produk yang laku keras pada bulan itu. Ini sebab kebanyakan produk bermusim. Cuba cari produk yang menawarkan keuntungan RM50 per item. Untuk bantu boostkan sales, cuba guna iklan Facebook atau Instagram dengan bajet kos iklan RM80. Close deal sekurang-kurangkan 11 produk sehari.
Andaikan anda untung RM50 untuk satu produk dengan target 11 sehari,
11 produk x RM50 = RM550 / sehari
Keuntungan = RM360 (lepas tolak iklan RM80 & bayaran pos RM110) x 30 hari = RM10,800
Perbezaan antara Pinjaman Peribadi & Pinjaman Perniagaan

Bilakah pinjaman peribadi sesuai digunakan untuk tujuan perniagaan?

Bilakah pinjaman perniagaan sesuai digunakan untuk membiayai perniagaan anda?
