8 Platform Jana Pendapatan Dari Rumah
platform jana side income

8 Platform Jana Pendapatan Dari Rumah

Bila masuk tahun 2021, banyak cara untuk jana pendapatan dari rumah telah diperkenalkan. Mungkin ramai yang selesa untuk buat 1 kerja sahaja, tetapi ada segelintir yang terbeban dengan komitmen kewangan dan satu sumber pendapatan sahaja tidak mencukupi.

Situasi ini bertambah teruk bila negara kita diserang wabak covid-19 tahun lalu, banyak industri terjejas dan sekaligus melumpuhkan sektor ekonomi di Malaysia. Bukan sahaja peniaga, malah pekerja juga ramai yang terpaksa berhadapan pemotongan gaji, dan ada yang dibuang kerja.

Di sini, kami senaraikan platform untuk anda jana income sekaligus dapat menambah pendapatan.

1. AVANA

buat side income

Sumber: AVANA

Jadi ejen affiliate untuk pelbagai jenama eksklusif di AVANA dan gandakan side income anda. Menerusi ciri “Explore”, anda boleh mencari jenama kegemaran anda dan menjadi ejen Affiliate dengan mudah. Pendafataran juga adalah PERCUMA!

  • Affiliate adalah salah satu teknik yang memasarkan dan mengiklankan produk sesuatu jenama secara online.
  • Sebagai seorang ejen affiliate, anda seperti ‘orang tengah’ yang mempromosikan produk pemilik jenama (HQ) melalui link affiliate tertentu.
  • Anda tak perlu beli stok atau simpan barang, sebaliknya pesanan pelanggan anda akan dihantar terus kepada HQ yang akan menguruskan proses penghantaran.
  • Kongsikan link, dapatkan pesanan dan boom, komisen diterima! Ka-ching!

Jom Explore dengan langkah mudah berikut:

  1. Muat naik aplikasi AVANA di sini dan log masuk akaun.
  2. Lengkapkan maklumat anda.
  3. Explore pelbagai jenama sedia ada untuk anda menjadi ejen.
  4. Klik jenama untuk lihat info, senarai produk dan kadar komisen.
  5. Berminat? Hantar request anda untuk menjadi ejen jenama.
  6. Sudah mendapat approval? Jom buat duit ekstra sekarang!

Tunggu apa lagi? Gandakan pendapatan sampingan anda sekarang dengan AVANA!

 
2. GoGet

Sumber: GoGet

Jana pendapatan tambahan cecah RM8,000 sebulan sebagai seorang GoGetter!

Peluang pekerjaan disediakan setiap hari, termasuk hari minggu & cuti! Memilih daripada pelbagai jenis pekerjaan seperti kerja dispatch, Personal Shopper, Picker & Packer di warehouse dan sebagainya.

Soalan lazim: Adakah saya perlu bekerja setiap hari? Tidak! Anda boleh bekerja pada bila-bila masa sahaja. Tiada komitmen langsung.

Aplikasi ini sesuai untuk anda yang mempunyai banyak masa terluang dan mahu buat duit poket lebih. Untuk fresh graduate atau mungkin adik-adik lepasan SPM yang berminat untuk cuba pengalaman kerja sebenar, jom daftar sebagai seorang GoGetter! Jangan risau, latihan secara online dan insurans perlindungan juga disediakan.

Syarat kelayakan untuk jadi GoGetter:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Memiliki akaun perbankan online
  • Mempunyai smartphone dengan akses internet
  • Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Guna kod rujukan [directbantu+] semasa daftar & PERCUMA RM20*

 

3. Kiddocare

 

Sumber: Kiddocare

Kiddocare adalah platform dalam talian yang menghubungkan ibu bapa dengan cara penyelesaikan penjagaan anak. Bermula dari pandemik tahun lalu, mereka telah membantu ramai wanita menjana side income dengan menjadi pengasuh kanak-kanak atau babysitter untuk pelanggan Kiddocare.

Sebagai Kiddocarers atau babysitter, anda akan menjaga anak client di rumah atau di mana-mana tempat yang ditugaskan. Tiada tugasan yang tidak berkaitan akan diberikan, sebagai Kiddocarer anda tidak akan membuat tugasan seperti, menjadi pembantu rumah, menjaga orang tua atau menjaga haiwan peliharaan. Anda hanya akan diberi tugas menjadi pengasuh anak dengan SOP yang telah ditetapkan oleh Kiddocare.

 

Langkah untuk menjadi Kiddocarer

 

Syarat kelayakan untuk menjadi Kiddocarer

Respon daripada salah satu Kiddocarer ini juga menunjukkan selain daripada jana pendapatan tambahan, anda juga akan dapat meningkatkan kemahiran dalam kerjaya.

Banyak yang Aida belajar dan improve sejak menjadi seorang babysitter dengan Kiddocare. Syukur Alhamdulilah Aida diperkenalkan dengan platform Kiddocare.

Sekarang ni Aida boleh dapat RM980 maksimum dalam masa seminggu sahaja Dengan hanya 5 bulan menjadi carer, Aida dapat membeli sebuah kereta baru!

Aida Sabrina – Kiddocarer

Jangan lepaskan peluang untuk tambah side income dengan menjadi Kiddocarer hari ini!

 
 
4. SaltyCustoms (Yeefu)
 
Sumber: Yeefu

Anda seorang yang kreatif? Mempunyai bakat dalam melukis atau mencipta design pakaian sendiri? Ini masa yang terbaik untuk monetize bakat tersebut menjadi salah satu sumber pendapatan tambahan. Macam mana caranya? Mulakan projek perniagaan design anda dengan menggunakan platform Yeefu dan jana pendapatan tambahan!

Selain daripada mencetak t-shirt dan merchandise, Yeefu juga akan mengurus semua proses pembelian, melayan pelanggan dan semua proses pembayaran juga akan diuruskan oleh mereka. Anda kini tidak perlu risau jika mempunyai kekangan masa untuk menguruskan operasi penjualan t-shirt tersebut kerana semuanya akan lebih mudah dengan Yeefu.

Macam mana jika jualan tak laku? Jangan risau! Yeefu juga menyediakan e-Book istimewa untuk pelanggan secara PERCUMA. Segala keraguan dan persoalan anda akan terjawab dengan panduan pemilihan design, harga, tips pemasaran yang berkesan dan banyak lagi panduan daripada Yeefu sendiri! Tempat lain tak akan dapat ilmu FREE macam ni tau.

Ini 4 langkah untuk memulakan projek bisnes dengan Yeefu:

  1. Daftar online di laman web Yeefu
  2. Tubuhkan kedai online anda
  3. Promosikan di semua platform
  4. Terima untung hasil jualan

Sempena kolaborasi Yeefu bersama Direct Lending untuk program DirectBantu+, anda boleh mulakan projek jualan t-shirt atau merchandise dengan minimum 20pcs sahaja untuk setiap produk. Memang untung gila! Pendaftaran pun PERCUMA!

Antara respon daripada pengguna Yeefu:

KitaJagaKita by Merican Muay Thai gym – “Working with Yeefu was super easy. They understood what we wanted and everything went smoothly. Will definitely want to run a campaign with them again.” 


Loyaute campaign by Raffie Zainal  “Satisfied with the service given, easy and fun to work with.”


Stay Epic by Epicism – “Very satisfied with how Yeefu handled everything!

Hanya 20pcs untuk mulakan projek anda. Promosi dilanjutkan sehingga 14 Julai 2021 sahaja!

 
5. XOX

Sumber: XOX

Buat part-time sahaja tapi pendapatan mampu cecah RM3,000 sebulan?! Betul, hanya dengan menjadi pengedar XOX anda bukan sahaja mampu mencapai pendapatan tambahan lumayan malah dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan anda. Tak payah keluar rumah pun, jana side income dari rumah dengan cara yang mudah. Daftar hanya sekali dan anda mampu untung berkali-kali dengan dengan bimbingan online marketing daripada XOX.

Jenis Pendapatan Menjadi Pengedar ONEXOX

  • Insentif Pendaftaran Baru Sehingga 120%
  • Insentif Top Up Bulanan Sehingga 21%
  • Insentif pendaftaran Dealer baru (RM30 setiap Dealer)
  • Insentif Kekal
  • Untung runcit jualan SIM kad (Sehingga 22%)
  • Untung runcit jualan Top Up e-Recharge (sehingga 7%)
  • Kempen-kempen Insentif Bonus Tambahan (Contoh: Kempen Raya)

Tunggu apa lagi? Jana side income dengan lebih selamat hanya dari rumah.

 
6. HappyFresh
 

HappyFresh

Sumber: HappyFresh

Kaki shopping sesuai untuk mohon side job ni! 

Apa itu personal shopper? Personal Shopper adalah orang yang menyediakan pertolongan untuk belikan sesuatu produk yang dipesan atau dikirim oleh seseorang atau kenalan yang tidak dapat membeli produk itu sendiri. Tak dapat membeli mungkin disebabkan beberapa faktor seperti lokasi, masa dan juga pengangkutan.

Kenapa kena jadi Personal Shopper HappyFresh? Anda akan menikmati pendapatan yang lumayan sehingga RM2,000/sebulan dengan tugas yang mudah iaitu membeli barang runcit yang dipesan dari kedai-kedai yang dipilih. Kalau anda rajin, insentif kehadiran dan insentif  berkhidmat penuh juga ditawarkan!

Syarat menjadi Personal Shopper:

  1. Pencapaian akademik minimum: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  2. Boleh bercakap, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris
  3. Mempunyai kenderaan sendiri
  4. Boleh berkhidmat 5 hari seminggu (termasuk hujung minggu) mengikut slot tawaran perkhidmatan dalam aplikasi.
  5. Waktu berkhidmat: 8:30am – 7pm

Jadi personal shopper HappyFresh dan jana pendapatan sehingga RM2,000/sebulan!

 
7. HAUZ

Sumber: Hauz

Program rujukan daripada HAUZ ini memberi peluang untuk anda menjana side income dengan menjadi perujuk atau referral. Terima RM100 untuk setiap rujukan yang berjaya! Anda hanya perlu kongsikan atau refer HAUZ, aplikasi yang diiktiraf terbaik dalam pengurusan masa, tenaga kerja & operasi harian dengan rakan anda untuk terima ganjaran bagi setiap langganan yang berjaya.

Tiada caj yang dikenakan untuk jadi perujuk Hauz. Anda hanya perlu dapatkan borang online daripada team mereka.

Buat side income dengan cara mudah sekarang!

 
8. Direct Lending
 
jana pendapatan dari rumah

Selain daripada 6 platform tersebut, Direct Lending juga menyediakan platform rujukan (Referral Program) untuk semua pelanggan atau sesiapa sahaja yang berminat menambah side income. Anda hanya perlu kongsikan link rujukan kepada kenalan atau keluarga anda, dan setiap pinjaman yang lulus daripada link unik tersebut, anda akan terima ganjaran tunai RM250. Kalau rajin anda juga mampu jana RM1,000 tunai jika dapat refer ke 3 kawan atau kenalan.

Tiada caj pendaftaran dikenakan. Anda hanya perlukan telefon bimbit dengan akses kepada internet dan aplikasi Whatsapp sebagai platform untuk berkomunikasi dengan admin Direct Lending.

Ganjaran tunai RM250 ini hanya sepanjang bulan Jun 2021 sahaja.

 

Kesimpulan

Sebenarnya, anda tidak perlu lakukan semua platform dalam masa yang sama. Anda boleh pilih platform yang mana sesuai ikut kemampuan dan minat. Jika anda menyukai kerja fizikal anda boleh cuba kerja seperti menjadi runner atau babysitter. Jika anda berminat dengan buat duit online sahaja, anda boleh cuba menjadi dropshipper.

Baca juga artikel cara menambah pendapatan untuk anda yang mempunyai kerja sepenuh masa tapi berminat untuk jana pendapatan dari rumah. 

Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.69% atau secepat 2 hari bekerja.

 

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan