[VIDEO] Cara Beli Motor Dengan Harga RM100 Sebulan. Ini Cara Paling Bijak!

[VIDEO] Cara Beli Motor Dengan Harga RM100 Sebulan. Ini Cara Paling Bijak!

Penggunaan motor dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat. Motor juga bukan sahaja digunakan sebagai kenderaan harian malah ia juga boleh dijadikan sebagai investment untuk melakukan kerja sambilan. Contohnya anda boleh jadi rider makanan untuk Grab, Foodpanda atau sebagai pembantu peribadi dan buat pekerjaan orang lain berdasarkan upah seperti GoGet, Lalamove dan lain-lain. Jadi, apa salahnya kan kalau kita tambah pendapatan bulanan untuk membeli motosikal murah dan mampu milik.

Sebenarnya, ada beberapa cara beli motor yang boleh digunakan. Jika anda mungkin mempunyai wang tunai ekstra sebenarnya lagi bagus boleh terus bayar motosikal secara tunai. Kebanyakkan pengguna motor boleh dikatakan memilih untuk cara beli motor secara ansuran supaya tidak rasa terbeban sangat bayar ‘lump sum’ untuk sebiji motor.

Ya! Sebenarnya tidak salah pun untuk ada komitmen bulanan bayar motor. Artikel kali ini aka tunjukkan cara beli motor yang paling bijak untuk anda bayar ‘lump sum’ dan sekaligus memiliki motor tersebut.

Infografik di bawah adalah senarai harga motor yang paling hot dekat pasaran tahun 2020/2021. Sebelum itu, kami  akan kirakan siap-siap bayaran bulanan motosikal anda dengan menggunakan pinjaman peribadi bank dan koperasi (pinjaman untuk penjawat awam). Anda boleh dapatkan pinjaman peribadi serendah 2.69% tanpa cagaran atau penjamin. Pinjaman ini juga berkonsepkan Syariah.

Jom kita buat kiraan berdasarkan kadar faedah 2.69% dan tempoh pinjaman selama 3 tahun. Adalah lebih baik untuk memendekkan tempoh pembayaran motosikal untuk melangsaikan hutang dengan cepat. Seawal 3 tahun pun sudah okay sebenarnya!

Eh jap! Tadi kata bayar lump sum? Okay macam ni maksud bayar lump sum. Jika anda memohon pembiayaan peribadi anda akan menjimatkan proses permohonan pinjaman sewa beli dengan mana-mana kedai motor ataupun bank. Anda juga akan memiliki sepenuhnya motor tersebut. Kiranya, anda sudah bayar cash untuk beli motor tersebut dengan kedai. Anda hanya perlu bayar bulanan dengan institusi kewangan dengan kadar serendah 2.69% (Pinjaman koperasi Co-op Bank Pertama).

cara beli motor

Cara beli motor dengan menggunakan Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi

  1. Semak kelayakan anda.
  2. Tunggu permohonan pinjaman lulus secepat 2 hari bekerja dan duit masuk akaun bank.
  3. Pilih motor pilihan anda dan bayar cash secara penuh.
  4. Tahniah, anda berjaya beli motor baru!

Jom tengok video ni untuk lihat banyak lagi senarai motor pilihan:

Kesimpulan

Jika anda belum bersedia untuk membeli kereta, cari cara beli motor yang bijak dan berbaloi untuk anda. Tidak salah untuk menyediakan beberapa alternatif supaya anda mempunyai banyak pilihan dan boleh membantu untuk membuat keputusan dengan mudah. Anda juga boleh bandingkan kadar faedah dengan bank, pembiayaan sewa beli ataupun pembiayaan motosikal yang lain. Jadilah seorang pengguna yang bijak!

Direct Lending adalah sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras dalam Malaysia. Kami bantu peminjam untuk cari, banding dan mohon pinjaman bank dan koperasi, dan pinjaman wang berlesen yang sesuai dengan anda. 

Perkhidmatan kami 100% percuma. Tiada sebarang caj yang dikenakan.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan