Salah satu persiapan raya selain menyediakan juadah Hari Raya adalah menyediakan duit raya. Untuk yang berkemampuan, adalah lebih baik jika kita memberi duit raya semasa Hari Raya. Anggaplah ini sebagi satu sedekah kepada sanak-saudara dan sedara mara kita.
Jika dulu kita spend time beratur di kaunter bank untuk menukar duit baru, kini ada cara yang lebih express dan lebih selamat untuk kita dapatkan duit baru tersebut. Cara ini juga dapat mengurangkan kesesakkan di bank dan kita lebih terlindung daripada virus Covid-19.
Salah satu bank yang menyediakan servis penukaran duit raya di mesin ATM adalah Maybank. Anda boleh tukar duit raya yang bernilai RM10, RM20 & RM50 di lokasi ATM terpilih. Ini 3 cara tukar duit raya di mesin ATM Maybank.
1. Pergi ke ATM terpilih

Pergi ke cawangan Maybank (terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada poster ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru. Contoh gambar di atas ialah ATM Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.
2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah

Macam biasa, masukkan kad bank anda dan pilih pengeluaran / withdraw. Pilih jumlah yang anda ingin keluarkan. Maksimum setiap pengeluaran adalah RM300 sahaja.
3. Dapatkan sampul raya di kaunter

Terus keluarkan duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut dan pergi ke kaunter depan untuk dapatkan sampul raya.
Ini adalah senarai ATM Maybank yang menyediakan servis penukaran duit raya.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi Bank dan Koperasi yang terbaik untuk anda.
Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.